Bab 28

2.4K 191 14
                                    

PERJALANAN ke Kelantan memakan masa yang agak lama. Habis kematu punggung bila berhenti dekat Rnr. Hana menggeliat sedikit. Syok betul dia tidur dalam kereta.

"Heiz, jom teman aku beli gula-gula." Bahu adiknya ditepuk. Mujur air liur tak meleleh.

"Hmm? Ngantuklah..." Rengek Heiz sambil menepis tangan Hana.

Eh budak ni.

"Syara kau kejut Heiz." Arah Hana. Syara yang duduk di bahagian belakang membulatkan mata. Kakak ipar bagi peluang!

"Ehem, Heiz bangun sayang." Amboi bukan main lembut suara, kalau lelaki lain dengar ni auto jatuh melutut.

Serentak itu juga mata Heiz terbuka luas. Adiknya terus panik dan keluar dari kereta cepat-cepat. Gaya macam kena serang zombi.

"Heiz sayang!" Jerit Syara.

Tup!

Pintu dihempas oleh Heiz.

Kalah hindustan ni kalau rakam. Hana turut keluar diikuti Syara. Setelah itu mata melilau kiri ke kanan. Besar nak mampus Rnr ni, boleh sesat.

"Hana dah bangun? Jom makan kat medan selera, ada keluarga Hadi semua." Muncul papa entah dari mana.

"Hmm okay, jom Syara."

"Ai ai captain!" Hana terus memegang tangan Syara dan menuju ke medan selera.

Keadaan dengan papa mungkin makin okay. Syara banyak pujuknya untuk bersabar dan reda. Kata Syara siapa kita nak salahkan takdir? Siapa kita nak memilih nasib? Papa pula tak putus-putus memujuk dan meminta maaf.

Hati mana tak kesian dengan orang tua? Dingin tu masih ada. Dia sedang usaha baiki dan terima. Soal makcik Ratna pula memang dia tolak tepi. Lepas kejadian dia hampir menyerang makcik Ratna, dia sendiri sedar.

Benci memang benci tapi dia tak patut bersikap biadap macam tu. Semuanya kembali macam dulu, hubungan masih dingin. Makcik Ratna pula sama macam papa, masih memujuknya.

Percutian kali ini pun dia pergi sebab dipujuk. Ada malam haritu meleleh air mata Heiz peluk dan ajak dia ikut. Katanya kalau bukan sebab makcik Ratna dan papa, ikutlah sebabnya. Kakak, bila tengok adik meraung melalak macam tu, memang iyakan aja.

"Fuyyo besar siot Rnr. Ada mi kari, nasi goreng. Eh Hana aku nak nasi campurlah!" Lengan ditarik mengikut langkah Syara.

"Eh Mi celup ni sedap pula." Ha sudah ke kanan pula.

"Ohemgi Hana! Ada nasi ayam penyet!"

Kiri kanan, kiri kanan...

"Syara kau bela saka ke setan ni? Pilih satu je, jangan nak bernafsu sangat. Tu tengok tu, Heiz pandang kau pelik!"

Syara pantas memuncungkan bibir. Bukan selalu bercuti dalam Malaysia.

"Heiz, kau nak makan apa?" Soal Hana. Mata melilau memandang setiap menu besar gedabak.

"Nak makan nasi ayam kak," jawab Heiz sambil menunjuk tangan ke arah lot kedai nasi ayam.

"Ha okay nasi ayam jom!" Belum sempat Hana bagi kata putus, tangan sudah ditarik oleh Syara.

Selepas sahaja order dan dapat nasi ayam. Sekali lagi mata memandang kesemua tempat duduk mencari kelibat papa dan makcik Ratna.

"Itu." Tunjuk Syara.

Tak sempat balas apa-apa, lengan dah kena tarik. Sabar Hana, sabar.

Sampai sahaja di meja yang ada papa dan makcik Ratna terus Hana meletakkan nasi ayam ke atas meja. Dia mengambil tempat berhadapan dengan papa. Sebelah kanan pula Syara kemudian Heiz.

"Eh Hana!" Belum sempat sudu dan garpu dipegang ada suara menyeru namanya.

Pantas kepala diangkat memandang ke arah suara tersebut. Ada ibu Hadi dan adik-beradik Hadi tapi Hadi tak ada.

"Cari Hadi ke? Dia ikut uncle beli makanan." Ramah ibu Hadi memberitahu tanpa disoal.

"Ouh, er jemput makan?" Kekok.

"Eh makan makan, kesian Hana."

Baru sahaja beberapa suap nasi ayam, terasa bajunya ditarik dari tepi. Kepala menunduk. Toyol mana pula dok tarik-tarik baju ni. Haish!

"Kakak long, ini Hatta. Hatta nak ayam boleh?"

Asudah, gelabah! Si toyol ni nak ayam dia. Kepala diangkat semula memandang keadaan sekeliling. Semua khusyuk berbual macam projek juta-juta. Syara pula dah mula usik Heiz. Arissa dan Alissa masih membaringkan kepala di atas meja. Mesti terlelap.

"Hatta nak ayam?" Soal Hana.

"Hmp! Hatta nak kakak long. Hatta lapar,"

Nak tak nak, isi ayam dicubit sedikit lalu disua ke arah Hatta. Ini kalau letak sambal nasi ayam, mahu melalak.

"Nasi tak nak?" Saja offer. Harap sangat budak ni tak nak.

"Nak kakak long."

Ha cabul lagi mulut pergi offer, memang mendapat!

Sabar Hana. Kau dulu pun pernah jadi budak macam toyol ni juga. Nasi ayam disua ke arah Hatta.

"Sedap! Hatta nak lagi kakak long."

Allah dik, kakak baru nak makan. Rasa nak menangis pun ada. Dia lapar kot! Baru bangun tidur dah kena berbagi nikmat dunia. Mengeluh pun tak guna, tangan ni tetap duk suap Hatta.

"Eh ya Allah Hatta!" Alhamdulillah ada pun orang perasan sebelah dia ada toyol sesat.

"Hatta! Kenapa makan makanan orang? Kan abang long pergi beli ni?"

Terus ahli-ahli yang mesyuarat juta-juta tadi senyap. Semua tumpu perhatian ke arahnya.

"Kenapa Hadi?" Soal ibu Hadi.

"Ini Hatta ni, pergi makan makanan orang."

"Hah?! Bila pula dia pergi? Tadi ada je baring." Terkejut ibu Hadi. Itulah makcik, saya pun terkejut tadi ada toyol sesat tiba-tiba.

"Makanan siapa Hatta makan?"

"Kakak long..." Perlahan sahaja jawapan Hatta. Mungkin rasa bersalah.

Terus Hadi angkat kepala memandangnya. Okay nak reaksi macam mana ni? Hai? Oh atau kena bagi salam?

"Hana..." Hadi menyeru namanya dalam keadaan tersentak.

"Yo?" Jawab Hana sebelum tersenyum.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now