Bab 47

2.3K 179 18
                                    

Kesihatan Hana semakin merusut. Seringkali Syara samakan dia seperti mayat hidup tetapi Hana tahu niat Syara mahu mengusik dan membuatnya ketawa. Sikat rambut diletak atas meja sebaik saja usai menyisir rambut.

Gumpalan rambut yang gugur di sikat rambut dipandang. Perlahan Hana senyum. Hampir 50% rambutnya sudah gugur sebaik sahaja dia mula menjalani rawatan kemoterapi.

Kata doktor masih ada dua sesi sebelum dia boleh keluar dari hospital. Percubaan SPM hari itu pun dia lakukan di hospital sahaja dengan pemantauan dari guru bertugas. Tentang sakitnya masih tiada siapa yang tahu kecuali Syara.

"Assalamualaikum Hana Hono Hanat! Aku datang bawa result kau ni!" Baru sebut, muncul sudah sahabatnya.

Syara yang masih berbaju sekolah menghampirikan. Belum apa-apa, tubuhnya ditarik ke dalam pelukan.

"Tengok ni result kau! Kau makan apa kecil-kecil dulu hah? Aku yang pulun study pun dapat C aje addmath!"

Kertas soalan bertukar tangan. Mata melihat kesemua markah dan gred yang didapati. Tak ada B, alhamdulillah.

"Hey kira tak gagal pun okey dah tau tak? You did it Syara. Nanti aku belanja kau aiskrim mcflurry oreo lepas keluar je dari hospital bangkai ni."

"Hospital punya swasta aku tempah untuk kau, bangkai kau panggil?"

"Busuk!" Hana cebik bibir. Kertas soalan diletak atas meja sebelah katilnya.

Hana hanya memerhati sahaja tingkah Syara membuka beg sebelum dicampak atas sofa sebelum pergerakan Syara mati apabila mata memandang sikat rambut yang penuh dengan gumpalan rambutnya.

Perlahan sikat rambutnya diambil oleh Syara lalu diangkat.

"Kau sikat rambut lagi?"

"Normal okey lepas mandi sikat rambut."

Syara mendengus. "Lepasni aku tak nak kau sikat rambut dah."

"Dah kenapa pula? Nanti kusutlah rambut aku." Entah apa angin monsun Syara melarangnya menyikat rambut. Habislah kusut nanti.

"Aku tak suka tengok rambut kau gugur." Wajah Syara berubah. Mata memandang tepat ke arahnya.

Hana tergelak kecil. Rambut dia yang gugur, Syara pula yang emosi.

"Aku tak main-main Hana. Aku betul-betul tak suka tengok keadaan kau macam ni dengan rambut gugur. Muka cengkung. Badan susut. Aku betul-betul tak suka." Suara Syara mula berubah sebak.

Gelakan Hana mati. Senyuman dihadiahkan buat Syara. Semenjak keadaannya susut, Syara semakin emosi. Tengok dia habis sesi kemo pun kadang-kadang Syara menangis.

"Ya ya aku tak sikat. Hairdryer terus."

"Jangan...."

"Kenapa?"

"Karang botak terus!"

"Hahahahaha!" Tawa mereka bersatu sebelum Syara menghampiri Hana.

"Kalau aku botak, kau nak buat apa?" Soal Hana dengan sisa tawa.

"Aku belikan rambut palsu untuk kau."

"Kene kene kene!" Ucap mereka serentak.

***

Sebulan wajah Hana hilang dari mata. Tipu kalau dia tidak mencari ke mana Hana. Bahkan ke rumah Hana pun dia jejak untuk mencari keberadaan Hana tapi kata pembantu rumah Hana, Hana tiada di Malaysia.

Ke rumah papa Hana pula, hanya ada Heiz. Adik Hana sendiri tidak tahu keberadaan Hana. Papa dan makcik Ratna pula sibuk akan urusan di luar negara. Hampir setiap hari dia soal Syara namun gadis itu hanya gelengkan kepala dan angkat bahu tanda tidak tahu.

Buntu. Ke mana Hana pergi? Sudahlah hubungannya dengan Irsyad semakin buruk. Setiap kali rehat, Irsyad melarikan diri. Jika topik Hana dibuka, lelaki itu menjelingnya tajam.

"Heyy, kau masuk carta pelajar target cemerlang SPM pun murung ke?" Tegur Faim.

"Oh aku tahu mesti pasal Hana eh Di?"

Tebakan Faim membuatkan Hadi mengeluh dan mengangguk kepala sebelum memejam mata.

"Kalau dah pembantu rumah dia kata tak ada, mungkin betullah tu Hana keluar negara."

"Tak logik Faim."

"Kenapa pula?"

Jari menunjuk carta pelajar target SPM di hadapan mereka.

"Kalau dia keluar negara, macam mana dia jawab trial haritu?"

Seakan tersedar Faim turut mengangguk. Ya tak ya juga. Macam mana Hana boleh ambil trial kalau gadis itu keluar negara.

"Kau tak paksa Syara ke?"

"Kau sendiri nampak macam mana aku desak Syara."

Faim diam lama. Lolipop disedut lalu digigit hancur ke dalam mulut. Batang putih lolipop dibuang ke dalam tong sampah berdekatan sebelum berdiri di sebelah Hadi. Sama-sama menatap papan kenyataan.

"Hana top 1 lagi."

"Bila lah aku nak capai top 1?" Faim cebik bibir. Dia pelajar terakhir yang ditarget. Sedih!

"Faim." Panggil Hadi tiba-tiba.

"Hmm?"

"Kau nak buat kerja gila dengan aku tak?"

"Hey! Kau jangan macam-macam... Kita nak SPM ni Di."

Hadi berdecit geram. "Bukan gila tu lah. Gila dia sampai aku dapat jumpa Hana."

"Macam mana?"

Tiba-tiba susuk tubuh Syara yang sedang menggigit keropok lekor lalu di belakang mereka.

"Kita follow Syara lepas balik sekolah." Perlahan sahaja suara Hadi sebelum memandang Syara yang berlalu pergi.

Membulat mata Faim. "Nak nak nak!"

"Boleh jadi spy! Eh." Terkejut Faim apabila Hadi menekup mulutnya.

"Diamlah! Nanti Syara dengar dia syak bukan-bukan." Tangan di mulut Fahim dijauhkan.

"Maaf boss, saya excited."

Hadi sekadar mengangguk.

"Balik ni kan?" Soal Faim lagi.

Mereka mula berjalan menuju ke kelas.

"Ya balik ni." Jawab Hadi. Dalam fikirannya, hanya Hana. Seraut wajah Hana. Persoalannya tempoh hari pun belum mendapat jawapan.

Dia akan pastikan, Hana menjawab semua soalannya.

***



Cuti midsem! Maaf lewat. Maaf. Ini pun tak janji update lepasni bila pula. Terima kasih sudi baca yaaa! Nah lope 🤍

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now