Bab 4

3K 212 6
                                    


HANA memandang Hadi yang sedang fokus pada buku rujukan. Idea mengorat Hadi muncul secara tiba-tiba. Pantas dia berdiri dan mendekati Hadi.

Sengaja diri dibuat-buat jatuh depan Hadi. Wajah sakit ditayang. Layanlah saya pangeran Hadi.

"Aduh!" Jeritan Hana berjaya membuatkan Hadi tersentak. Adakah dia menyakiti Hana?

"Hana?" Soal Hadi sambil memandang Hana yang berada di atas lantai.

"Hadi tolak Hana, sakit tahu tak..." Hana sedaya upaya mengemam bibir menahan senyum. Pangeran Hadi bagi attention hihihi.

"Eh, saya tengah pegang buku rujukanlah."

Terkejut dia apabila dituduh begitu sedangkan dia yakin kedua tangannya sedang memegang buku rujukan.

"Ada tadi lengan Hadi yang sado ni langgar Hana." Adu Hana lagi.

Hadi menarik nafas lalu dihembus. Perempuan mesti menang jadi iyakan aja walau tak salah.

"Okey, maaf."

Tercengang Hana. Dua perkataan je?! Sepatutnya Hadi tanyalah Hana sakit ke tidak? Luka dekat mana? Mari Hadi tiupkan.

Entah dari mana muncul Irsyad menarik rambut perang Hana.

"Hoi! Kau tak payah buat drama dekat sinilah. Memekak tahu tak? Kau punya jeritan tu dari hujung koridor A sampai koridor B dengar. Bingit!" Puas Irsyad apabila selesai berkata begitu.

Hana yang tadi berada di atas lantai sudah bangkit berdiri. Tanpa amaran terus telinga Irsyad ditarik.

"Ambil ni, haaa kau kata aku bingit? Sini aku bagi pekak terus!" Ditarik-tarik telinga Irsyad sehingga merah.

Hadi menepuk dahi. Ya Allah kenapalah dia kena hadap perkara begini di sekolah? Buku rujukan dikelepet sedikit sebagai tanda sebelum ditutup.

"Sakitlah bodoh!" Jerit Irsyad sambil menarik-narik lengan Hana. Berharap Hana mahu melepaskan telinganya.

"Ha memanglah sakit! Siapa suruh kata aku bingit!" Balas Hana dengan nada suara tinggi.

"Sudah!" Tinggi suara Hadi menyentakkan Hana dan Irsyad dari bergelut.

Perlahan-lahan Hana melepaskan telinga Irsyad, begitu juga Irsyad melepaskan lengan Hana. Wajah Hadi dipandang oleh keduanya. Seram!

"Kalau nak bergaduh, tolong keluar. Ini sekolah bukan Zoo."

Usai Hadi berkata begitu Irsyad melepaskan dengusan kasar. Hana dijeling sebelum dirinya beredar keluar. Hana pula cepat-cepat ke arah tempat duduknya. Takut tengok pangeran Hadi marah walaupun seksi.

"Thanks bela Hana." Perlahan ucapan Hana. Meja mereka tidaklah jauh hanya ada sedikit ruang untuk guru lalu.

"Saya tak bela sesiapa pun." Mendatar suara Hadi ketika membalas.

Buku rujukan kembali dibuka lalu hujung muka surat yang dikelepet diperbetulkan dan dia kembali fokus mengulangkaji.

Hana tersenyum lalu dagu ditongkat dengan tangannya. Wajah Hadi yang sedang khusyuk membaca diperhati. Mata coklat. Bulu mata yang lentik. Hidung yang mancung. Bibir merah delima. Kulit yang putih.

Argh!

Hana menekup muka. Hensemnya pangeran Hadi! Kalau macam ni, hari-hari jatuh cinta pun tak apa. Sedikit sebanyak masalah keluarga dapat dilupakan.

Sempat Hana menjeling Hadi seketika sebelum wajah ditutup kembali. Argh! Dada yang berdebar dipegang.

Aku bisa membuatmu jatuh cinta
Kepadaku walaupun kau tak cinta
Kerna cinta
Kerna sayang
Kan datang padamu kerna terbiasa.

Lagu yang berlegar diminda Hana terpadam apabila bahu ditepuk.

"Pagi Hana Hayla!" Sapa Syara.

"Pagi Syara!"

"Kau dah siap homework math?" Soal Syara yang sedang membuka zip beg sekolahnya.

"Dah." Jawab Hana sepatah. Mata masih memandang Hadi.

"Kau ajar aku boleh?"

"Ambil dalam beg aku, kau tengok aku kira lepastu buat."

"Alah, tu kira meniru..." Rungutan Syara diabaikan. Matanya masih fokus memandang Hadi.

"Tak apa, kau ambil lepastu tengok dan cuba."

Syara memusingkan tubuh ke arah kanan, zip beg Hana dibuka. Buku latihan matematik diambil namun pergerakannya terhenti tatkala melihat Hana statik menongkat dagu memandang kanan.

"Aku ambil ni."

"Ya, ambillah."

Pelik. Apa yang Hana buat sampaikan bercakap pun tak pusing ke arahnya.

"Hana, aku ambil tau?"

"Ya, ambillah Syara."

Setelah memanjangkan leher melihat 'objek' apa yang menarik perhatian Hana, membuatkan Syara tergelak. Tengok Hadi rupanya. Patutlah khusyuk semacam. Hana, Hana...

***



Maaf! Saya tak update mana untuk cerita ni sebab nak fokuskan cerita Wais Ayden 🙏🏻

Harap awak semua sabar menunggu yaa, samyang without m ❤️

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now