Bab 7

2.7K 200 4
                                    


"MAMA okey ke?" Soalan papa dijawab dengan anggukan.

Risau juga semalam tatkala melihat posisi mama di lantai.

"Mama!" Pantas kaki diatur ke arah mama yang sudah rebah di lantai.

Bahu mama dipegang. Ingatkan mama pengsan, rupa-rupanya telahan dia salah. Mama hanya menayang wajah tenang.

"Kenapa mama boleh ada dekat lantai ni?"

"Cuba nak berdiri."

Keluhan Hana lepaskan. Kejadian ini bukan sekali, malah sudah berbuih mulut ni.

"Mari Hana tolong,"

"Papa ingatkan nak bawa Hana pergi holiday cuti sekolah dua minggu nanti. Kita bercuti dekat Kelantan, nak?" Teruja papa. Sempat mata memandang cermin yang memantul susuk tubuh Hana di belakang.

"Ikutlah," balas Hana malas.

Setiap tahun memang begitu. Mereka sekeluarga akan bercuti apabila cuti sekolah tiba. Mama pula ditinggalkan. Jika dia tidak ikut, papa akan memaksa sekeras-kerasnya.

Pernah suatu ketika dia tidak mahu ikut, memilih tinggal di rumah bersama mama. Namun pagi esoknya papa sendiri yang mengemas barangnya dan memaksanya untuk turut serta dalam percutian tersebut.

"Dah sampai." Papa sudah mula membuka tali pinggang keselamatan.

Hana pula membuka pintu. Rumah banglo tersegam indah. Lebih besar dari rumahnya dan mama. Tak asinglah, memang mama dan papa berasal dari keturunan berada.

Langkah papa di ikut. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, Heiz juga makcik Ratna sedang tersenyum ke arahnya. Hana menyalami tangan makcik Ratna, begitu juga Heiz yang menyalami tangan Hana.

"Hana dah makan?" Soal makcik Ratna lembut.

"Dah." Mendatar sahaja nada Hana menjawab.

Situasi mula sunyi. Makcik Ratna mengikuti langkah papa ke tingkat atas. Kini hanya tinggal dirinya dan Heiz di ruangtamu. Adiknya itu sedang bermain game.

"Heiz," panggil Hana.

"Ya, kak?"

"Tak payahlah panggil aku kak. Hana je cukup. Ni, aku nak pergi taman depan tu..."

"Nak ikut!" Pintas Heiz. Telefon sudah ditutup laju.

Teruja bukan main. Kutuk Hana dalam hati seraya mencebikkan bibir.

"Ajak Syara. Kau ada nombor dia kan?" Sebaik sahaja nama Syara meniti di bibir Hana, senyuman teruja Heiz terpadam serta-merta.

"Kena ke ajak dia?"

"Lah, kawan aku. Suka hati aku lah nak ajak." Nak ikut tapi banyak songeh pula.

Perumahan Syara dekat sahaja dengan rumah papa. Satu taman, manakala rumah Hana terletak di taman sebelah namun masih dalam satu kawasan yang sama.

Rumah pangeran Hadi je tak tahu kat mana. Huhu.

"Dah mesej Syara, cakap aku ajak jumpa dekat taman."

"Okey."

***

TALI kasut sukan diikat kuat. Memandangkan cuaca pun tidak terik hari ini, adik-adiknya mengajak keluar jogging di taman. Hadi hanya turutkan sahaja.

"Abang long, Hatta nak beli aiskrim dekat taman." Beritahu Hatta. Di leher adiknya tergantung botol mineral bercorak Adudu. Entah apa si kecil ni minat dengan watak antagonis dalam animasi Boboiboy.

"Ya, berapa kali Hatta nak bagitahu abang long?"

Hampir tujuh kali juga Hatta mengucapkan benda yang sama. Sampai Arissa juga Alissa naik muak. Adik kembarnya itu lebih rela tunggu di luar pagar rumah, katanya muak dengan bicara Hatta yang berulang kali.

"Hatta ingatkan je,"

Setelah memastikan kasut sukan diikat erat, Hadi mula berdiri. Tangan kecil Hatta digenggam. Pintu dikunci terlebih dahulu. Ibu dan ayah masih belum pulang.

"Menyesal aku pakai tudung belit ni kak," rungut Alissa sambil mengibas-ngibas tangan.

"Aku suruh pakai tudung sarung tak nak. Tengok aku ni, cantik je pakai tudung sarung." Arissa melibas tudung sarung ke kiri ke kanan sambil menayang wajah riak.

Siapa suruh adik kembarnya pakai shawl? Dah tahu cuaca petang kadang redup kadang panas. Pakai tudung sarung sudah, bukan nak pergi mall pun!

"Apa gaduh-gaduh ni Rissa, Lissa?" Tangan Hatta dilepas, lalu remote pagar ditekan.

Setelah pagar sudah tertutup, remote di simpan di dalam poket seluar. Tangan Hatta kembali dipimpin. Mereka berempat mula berjalan ke arah taman.

"Abang long, ibu cakap nanti cuti sekolah penggal pertama, ayah ajak balik kampung." Beritahu Arissa sambil memaut lengan Hadi. Alissa pula memaut lengan Arissa.

Hadi memandang kiri dan kanan berulang kali untuk memastikan tiada kereta sewaktu mereka melintas. Taman betul-betul terletak di seberang jalan perumahan.

"Kampung tokmi? Ke nenda?" Soal Hadi sebaik sahaja mereka berempat selamat melintas jalan.

"Nenda, dekat Kelantan."

"Alah, nanti angsa nenda kejar aku..." Rungut Alissa seraya melepaskan lengan kakak kembarnya.

Hadi turut melepaskan tangan Hatta. Lepas je melintas jalan tadi, macam beruk meroyan duk tarik-tarik tangan dari genggamannya. Nampak buai, tak ingat apa dah.

"Dah kau busuk macam angsa, memanglah angsa tu kejar kau." Pedas Arissa membalas sebelum memutar mata ke atas.

Hadi hanya mendengar bicara si kembar. Mata menghala ke arah Hatta yang sedang bertengkar dengan seorang gadis. Gadis itu sedang duduk di buai, Hatta pula sedang menolak-nolak gadis itu beralih dari buai.

Terkejut Hadi apabila melihat Hatta menyedut air dan menyembur ke arah gadis yang berada di buaian tersebut. Allah, Hatta Elhan...

***

"BAGI jelah budak tu buai Hana." Tegur Syara.

"Eh apahal pula? Aku sampai dulu. Hey budak, berambus boleh tak?" Wajah kanak-kanak lelaki dihadapanya dijeling.

"Ini buai Hatta lah kakak..." Tangan kecil itu menolak-nolak tubuh Hana.

"Siapa kakak kau? Aku nak berbual dengan kawan aku, kau pergi main gelongsor sana. Shuh! Shuh!" Rimas betul. Macamlah buai ni untuk budak-budak sahaja.

Zaman dia kecil dulu, tak ada okey buai ni. Apa salahnya dia nak merasa naik buai.

"Ini Hatta punya!" Jerit kanak-kanak lelaki dihadapannya geram.

"Ini Hatta punya," ejek Hana sambil menjuih bibir ke depan. Suara pula dikecilkan.

Sedang ralit Hana memandang Heiz yang berada di bangku berdekatan, tiba-tiba wajahnya menjadi basah. Nak kata hujan tidak, cuaca redup.

Perlahan-lahan wajah memandang kanak-kanak lelaki dihadapannya. Botol air yang digantung di leher sudah terbuka. Tahulah Hana bahawa dia 'disembur' oleh kanak-kanak lelaki tersebut.

"Kau ni budak, aku cak..." Baru sahaja ingin meletup, muncul figura di belakang kanak-kanak lelaki itu.

"Maafkan adik saya cik."

Suara itu. Hana kenal suara itu. Kepala diangkat, amarahnya yang sebentar tadi membara terasa sejuk. Wajah yang 'disembur' turut dilap dengan hati yang berbunya.

Jadi Hatta ni adik pangerannya.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now