Bab 44

2.2K 152 1
                                    

"AKU suka kau Hana,"

Blank. Itu yang Hana rasa selepas mendengar luahan Irsyad.

"Aku suka kau betul-betul Hana." Irsyad sekali lagi cuba meyakinkan Hana soal hatinya.

"Cop cop, kau ni terlebih makan ke sampai cakap benda benda tak betul ni?"

"Hana..."

"Sekejap. Kau dulu tak suka aku, tiba-tiba kau confess. Tak rasa kelakar ke?" Hana menggeleng kepala. Dia kena prank apa pula kalini.

Irsyad terdiam. Kelakar?

"Soal hati perasaan bukan benda kelakar Hana. Aku boleh..." Sekali lagi bicara Irsyad dipotong.

"Aku tak berminat." Tegas Hana.

Berubah terus wajah Irsyad. Kecewa. Sedih. Marah. Semua rasa bercampur aduk.

"Kenapa? Sebab aku tak cukup bagus macam Hadi? Macam Eil?"

"Tak ada yang bagus. Semua aku tak nak."

"Tipu!" Tinggi suara Irsyad sebelum meraup wajah.

"Tipu. Kau suka Hadi. Apa kurangnya aku berbanding Hadi? Aku ada waktu kau sedih. Aku ada waktu kau menangis. Tapi kenapa Hadi juga yang kau nampak? Ya memang aku benci kau, tapi tu cara aku tunjuk yang aku suka kau. Dari awal aku perhatikan kau, dari awal aku cuba buat kau pandang aku. Dari awal Hana. Takkan secebis rasa suka pun kau tak ada?"

Kali ini Hana pula tersentak dengan ayat panjang lebar Irsyad. Wajah kecewa Irsyad dipandang.

"Hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Terima kasih sebab ada waktu aku sedih, hulurkan pelukan waktu aku menangis. Aku hargai semua yang kau buat. Untuk suka kau sebagai teman ya, tapi bukan kekasih."

"Bagi aku peluang Hana. Aku mungkin tak sekaya kau, aku mungkin tak sekacak Hadi tapi bagi aku peluang."

Hana tersenyum, "Tak Syad. Aku takut beri peluang sebab aku takut kau akan makin sakit bila aku tetap tak boleh."

"Cukup sampai sini, aku selesa berkawan dengan kau."

Terus Hana berlalu ke dalam dewan semula dan meninggalkan Irsyad. Kejutan jenis apalah yang dia terima harini. Tak cukup kejutan Eil, datang pula Irsyad.

"Aku tahu kau Hayla, Hana."

Terhenti langkah Hana.

"Aku tahu kau turut apa yang Eil minta sebab kau tak nak Hadi tahu siapa Hayla."

Hana berpatah balik dan berdiri dihadapan Irsyad.

"So? Kalau kau fikir kau nak ugut aku juga dengan identiti Hayla tu pergi mampus. Biarlah Hadi tahu, aku dah penat."

"Hana, tolonglah bagi aku peluang. Aku tahu kau sakit."

"Oh nak ugut sakit pula?" Sinis Hana. Mata tajam merenung Irsyad.

"Bukan tu maksud aku, aku cuma nak peluang dari kau. Aku boleh bahagiakan kau."

"Kertas yang direnyuk takkan dapat kita kembalikan pada bentuk asalnya. Aku reti hias kertas tu sendiri, aku reti bahagia sendiri."

Kali ini Hana benar-benar pergi meninggalkan Irsyad yang terkedu di belakang. Turun naik nafas Hana menahan amarah. Tekanan demi tekanan menghempap diri. Tidak cukup Eil, datang pula Irsyad. Gila.

***

MALAM itu Hana memilih keluar dari bilik selepas memastikan Syara tidur lena. Kawasan pantai dituju. Mujur dia pakai sweater. Baru tadi dia selesaikan semua puisi Eil. Sekarang jam sudah berganjak angka 3 pagi tapi entah kenapa mata tak boleh pejam. Segar bugar lain macam.

Terasa tekanan yang diberikan oleh Eil hilang sebaik sahaja dia menghantar puisi dan memblock nombor Eil. Suasana dingin malam mencengkam tubuh. Bahu diusap sebelum bersila di atas pasir beralaskan selipar.

Telinga mendengar bunyi air yang berombak, pokok yang mengikut rentak angin kencang. Tenang dan damai sahaja. Tak ada manusia lain, hanya dia. Hana duduk bersila. Rambut dibiar lepas sahaja. Beralun mengikut arah angin.

"Hana?" Suara itu. Pantas kepala dipusing ke belakang.

"Hadi?"

Tak tunggu lama, Hadi turun mengambil tempat sebelah Hana dan bersila bersama menghadap pantai.

"Kenapa Hana boleh ada kat sini?"

"Hadi?"

"Hadi tak boleh tidur."

"Sama." Ringkas jawapan Hana. Mata kembali memandang pemandangan gelap di depannya.

Keduanya melayan perasaan. Seolah mereka tiada di situ. Hanyut dengan dunia sendiri.

"Hana ada masalah?"

"Manusia mana tak ada masalah."

Hadi tersenyum nipis. Betullah, manusia mana yang tak pernah ada masalah.

"Hadi ada masalah?"

"Manusia mana yang tak ad..."

"BM dapat A+ pun suka tiru ayat orang."

Terlepas gelakan Hadi sebelum mencuri pandang sisi wajah Hana. Cantik, seperti selalu.

"Fakta, tak boleh kita nafi."

Hana sekadar mengangguk. Benar, manusia mana yang tidak bermasalah? Usai 1 masalah, datang pula masalah baru. Manusia dan masalah tak pernah berdamai.

"Seburuk apa pun masalah, kita perlu hadap juga kan?"

"Hmm.." gumam Hana perlahan tanda setuju.

"Hadi minta maaf soal tadi. Hadi ikutkan emosi tanpa dengar dulu penjelasan dari Hana."

"Tak ada apa yang nak dijelaskan, manusia kan suka tafsir sesuatu dari pandangan."

Dingin. Itu yang Hadi rasa.

"Kenapa hidung Hana berdarah tadi?" Soal Hadi sambil mengalihkan wajah memandang Hana.

"Hana?"

"Hadi, Hana masuk dulu. Sejuk pula." Tak tunggu lama Hana terus berdiri. Belakang badan ditepuk beberapa kali membuang debu pasir.

Hadi turut sama berdiri laju. Jawapannya! Dia perlukan jawapan dari Hana.

"Hana jawab dulu soalan Hadi. Kenapa hidung Hana berdarah?"

Lengan Hana berlapik sweater ditahan. Hadi tak berpuas hati bila soalannya diabaikan begitu sahaja.

"Hana, okey Hadi minta maaf kalau soalan tu buat Hana tak selesa tapi Hadi nak tanya satu lagi soalan."

Tubuh Hana pusing menghadap tubuh tinggi lampai Hadi.

"Siapa Hayla?"

Serentak itu jantung Hana berdegup laju. Hayla... Apa Hadi sudah tahu identiti rahsianya?

"Hana please..."

Lengan direntap dan terus Hana berjalan laju masuk ke dalam hotel semula. Hadi ditinggal begitu sahaja. Soalan Hadi diabaikan. Hana tak mahu Hadi tahu siapa Hayla, biarpun Hana dan Hayla adalah orang yang sama. Rumit. Hana tahu, penipuannya akan terbongkar juga lambat laun tapi jangan sekarang. Dia masih belum sedia.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now