Bab 23

2.5K 214 11
                                    

D I A M

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

D I A M

Tulisanku hasil bilamana kesedihan meresap,
Karyaku hasil bilamana jiwa sedang runtun,
Bicaraku kasar hasil bilamana hati tidak tenteram,
Diamku hasil bilamana banyak terluka.

Segala perasaan tiada yang peduli namun demi hidup aku kuat, tempuhi tanpa putus asa. Jalan yang onak berduri ku lalui sendiri, wangian longkang mulut manusia kutelan dicaci, jari berluka penuh darah nanah ku ubat sendiri.

Kemana sukma yang penuh kecerian? Kemana deru angin membawanya sehingga memberikan derita? Kemana kasih yang ditatang dulu, hari ini ku jatuh tanpa pegangan, hari ini ku perit tanpa noktah.

Kemari menyentuh, akan ku hanyut dengan sentuhan jiwa biar ritma menentukan rawat luka berbisa.

Selepas sahaja puisi itu berjaya di post terus Hana melemparkan telefon ke arah katil. Baju sekolah dibuka dan ditukarkan dengan pakaian santai. Keluar sahaja bilik, pintu bilik mama dipandang lama.

Perlahan keluhan dilepaskan sebelum kaki bergerak ke arah tangga. Tiba sahaja di dapur, peti ais dibuka. Nasi goreng semalan dikeluarkan lalu dipanaskan semula. Telur dipecahkan ke dalam mangkuk sebelum tangannya mengacau telur tersebut.

Kuali yang sudah panas diangkat menggunakan kain lalu telur dicuah keliling kuali. Tidak sampai 10minit, nasi goreng pataya sudah siap dimasak olehnya. Air sejuk diisi ke dalam gelas.

Kerusi Hana tarik. Meja panjang memuatkan sepuluh orang tetapi kini hanya dia seorang sahaja penghuninya. Sedang dia termenung menghabiskan nasi goreng pataya, loceng rumah berbunyi.

Sekali lagi keluhan keluar dari bibir Hana. Garfu dilepaskan sebelum kerusi ditolak. Kaki mula melangkah untuk membuka pintu. Sudah petang, pembantu rumah sudah pulang. Siapalah gerangan yang kacau dia nak makan ni...

"Hana!" Jerit Syara sambil menunjuk plastik McD ke arahnya.

Perlahan senyum Hana terukir. Cepat-cepat selipar disarung ke kaki. Sempat juga tangannya menggapai remote gate. Baru dua tiga langkah, senyumannya mati.

Syara tidak sendiri.

Ya Allah.

Ada adiknya Heiz tapi itu tak jadi masalah, yang bermasalah sekarang ni ada Irsyad sekali. Damn! Maki Hana apabila kejadian pagi tadi mengimbau di fikirannya. Malu tahap 7 keturunan.

"Hana! Panas ni nanti aiskrim mcflurry aku cair weh!" Laung Syara lagi.

Ah boleh pula dia berhenti jalan dan berdiri macam tiang bendera. Kalut-kalut remote ditekan. Sebaik sahaja gate terbuka terus Syara berlari masuk dan menghiraukan Heiz juga Irsyad.

Plastik McD yang dihulur oleh Syara, Hana sambut. Sempat matanya bertembung dengan Irsyad sebelum berlalu ke dapur.

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, terbeliak mata Irsyad melihat dekorasi dalaman rumah tersebut. Di mana-mana ada perhiasan bewarna putih. Konsep rumah Hana benar-benar tampak mewah dengan kontra warna putih dan emas.

Televisyen di rumah Hana besar dua kali ganda dari rumahnya.

"Irsyad duduklah." Panggil Heiz apabila melihat Irsyad masih berdiri statik.

"Boleh duduk ke?" Polos soalnya.

"Boleh. Ini sofa bukan roti." Sarkastik jawapan Heiz sebelum bergerak ke hadapan televisyen. Ps5 ditekan on.

"Fifa?"

"Ha?"

Terdengar keluhan dari mulut Heiz.

"Kau nak main tak fifa?"

"Oh, ha boleh boleh..."

Mata Irsyad tak lekang dari melihat sekeliling rumah mewah itu. Gila punya mewah ni.

"Aku nak minta maaf." Ujar Heiz tiba-tiba. Mata masih memandang televisyen.

Kening Irsyad berkerut. Dah kenapa pula?

"Maaf sebab kakak aku terpeluk kau."

Kejadian itu... tiba-tiba sahaja membuatkan wajah Irsyad berona merah bila teringat balik. Sejak bila dia jadi macam ni?

***

HANA dan Syara di dapur mengambil beberapa pinggan juga gelas untuk dibawa ke ruangtamu.

"La kau tengah makan ke?" Tegur Syara apabila ternampak nasi goreng pataya.

Hanya hanya membalas dengan anggukan.

Wajah muram Hana dilihat lama oleh Syara. Hana sangat lain sekarang, tidak ceria seperti dahulu. Lebih banyak mendiamkan diri dan menyendiri. Syara mula rindu... Rindu akan Hana yang dulu.

"Kau okey?" Syara tahu Hana tak okey. Tak ada manusia yang gembira apabila hilang orang tua mereka.

"Hana... Aku ada. Sentiasa ada." Lengan Hana dipegang sekaligus menghentikan perbuatan Hana yang sedang menyusun pinggan.

"Kau tak perlu tahan. Aku ada, kau boleh luah dekat aku." Syara cuba memujuk lagi.

Melihat Hana yang hanya menundukkan kepala membuatkan Syara bungkam. Bagaimana lagi cara untuk hiburkan Hana?

"Syara..."

Kepala Hana angkat memandang Syara.

"Sakit aku datang balik."

Serentak itu tangan Syara yang memegang lengan Hana jatuh dan laju menekup mulut.

***







Saya rasa cerita ni ringan tapi entah kenapa macam berat pula 🤦🏻‍♀️

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now