Bab 21

2.6K 199 11
                                    

MATA Hana membulat sambil menantikan perkataan apa yang keluar dari mulut Hadi. Sekeliling seolah sepi, fokusnya hanya Hadi.

"Say..." Bicara Hadi terhenti.

"Hadi? Okay tak?" Suara Athilia memotong.

Suasana yang tadinya sunyi mula hingar bingar kembali pada pendengaran Hana. Bibir diketap, kacau daun betul!

Selesai latihan berkawad, Hadi pantas mencapai botol air lalu diteguk rakus. Sempat bismillah dibaca perlahan. Irsyad dan Heiz pula sudah bersandar di tepi dewan sebaik sahaja latihan kawad kaki tamat.

"Heiz, kau dengan Hana tu adik beradik tiri ke macam mana?" Soal Irsyad tiba-tiba.

Seketika Heiz tersentak. Sebelum ini mana pernah orang tahu dia dan Hana merupakan adik beradik. Sudahlah orang tidak tahu pun masalah keluarga mereka. Tib-tiba disoal begini, mulutnya jadi kaku.

Belum sempat Heiz menjawab, muncul Hana dan yang lainnya berjalan ke arah mereka. Mata Hana bersinar-sinar memandang sosok Hadi yang berpeluh. Kacak! Macam bakal suami Hana, ahaks!

"Hadi, nah!" Kain sapu tangan diberi kepada Hadi.

Hadi memandang sekilas. Melihat semua memandang ke arah dia dan Hana membuatkan dia mengambil. Sempat sapu tangan itu ditilik. Kaya. Sapu tangan pun ada cop nama Hana. Sudahlah bewarna hitam, nama itu pula disulam dengan warna kuning emas.

Melihat Hadi mengelap peluh menggunakan sapu tangannya, membuatkan Hana menekup muka. Jeritan ditahan sekuat yang boleh. Bayangkan crush lap peluh guna sapu tangan lepastu bau crush ada dekat sapu tangan. Argh! Malu betul.

"Ehem, dah masuk waktu makan tengahari ni. Jom lah ke kantin." Suara Athilia mematikan segala moment bahagia Hana sebentar tadi.

"Jom. Aku dah lapar gila ni!" Irsyad pantas berdiri dan mendahului jalan.

Syara yang melihat Heiz sudah bergerak, mula berlari untuk saingi jalan Heiz. Hanya tinggal Hadi, Hana dan Athilia dia belakang.

Tajam mata Hana memandang Athilia. Dah kenapa perempuan ni tak nak jalan? Semak betul. Dia nak jalan dengan pangeran Hadi berdua sahaja. Tak mahu ada lalat atau nyamuk yang hurung.

"Jom..." Ajakan Hadi membuatkan Hana menayang senyuman sinis. Pasti Hadi akan menyebut namanya untuk berjalan sekali.

"Kau orang?"

Prak! Hana pantas memegang dada. Anjir, dia di fakehope! Hadi dan Athilia sudah berjalan di hadapan. Kini hanya tinggal dia yang masih terkebil-kebil.

Belum sempat langkah kaki diatur, terasa lengannya yang berlapik itu ditarik. Hadi menayang senyuman. Wajah Hana mula bertukar merah. Pangeran Hadi tak tinggal dia! Sukanya!

***

MATAHARI sudah terbenam. Ini bermaksud hari pertama di sini sudah habis, hanya tinggal esok dan lusa sahaja untuk latihan kadet sebelum mereka yang cemerlang akan dinaikkan pangkat.

Melihat tentatif esok, jadual padat dari pagi hingga malam untuk ujian. Lusa pula akan diadakan perkhemahan. Sebenarnya ujian penaikkan pangkat hanya dua hari sahaja tetapi entah kenapa tahun ini tiga hari. Perkhemahan tidak termasuk dalam ujian.

"Weh Hana, kenapa tahun ni ada perkhemahan? Macam pelik je."

Hana tersenyum girang sambil menggoyangkan kaki. Nasi pula disuap ke dalam mulut. Semua yang berada di meja makan mula memandang Hana pelik.

"Jangan cakap Hana guna kuasa..." Bicara Heiz dipotong.

"Tepat! Hihi." Jawab Hana dengan nasi penuh di dalam mulut sebelum tersenyum.

Heiz mula melorotkan kepala lalu dibaringkan di atas meja. Kerja gila apa kakak dia buat ni?

"Kau gunakan papa ke?" Soal Syara.

"Nope!"

"Habistu?"

"Aku guna dua-dua sekali."

Hadi hanya mendengar sahaja perbualan semua di meja makan. Wajah Hana dipandang sekilas kemudian pantas dia memalingkan muka. Hana dan senyuman itu terlihat sangat... manis.

"Bangunan ni, aku suruh papa buat cepat-cepat lepastu aku masuk ujian ni sebab aku kan anak owner." Keterangan Hana membuatkan semua terkejut.

Gila!

"Kau gila ke? Bangunan ni papa kau buat!" Tinggi suara Irsyad kerana terkejut sambil berdiri.

Hana mencebik. Wajah Syara dan adiknya kembali menayangkan wajah bersahaja kerana sudah biasa. Hanya Hadi, Irsyad dan Athilia sahaja yang masih tercengang.

"So?" Balasan Hana membuatkan Irsyad kembali duduk sambil menundukkan kepala.

"Maa... macam mana papa kau boleh buat bangunan ni?" Tergagap-gagap Athilia menyoal.

"Beli tanah dan buat. Jangan risaulah, bangunan ni siap cepat sebab bukan besar mana pun. Lagipun aku dah tahu kau orang nak kem tu dari awal tahun, jadi memang sempat je siap." Suapa terakhir dikunyah sebelum air teo ais disedut.

Kalau tadi Irsyad, kali ini Athilia pula menundukkan kepala. Gila. Sungguh tak pernah mereka sangka bahawa Hana sanggup buat kerja gila begini.

"Kau ni anak raja ke Hana?" Irsyad mengangkat kepala.

"Tak adalah. Anak papa aku je."

"Nama papa kau apa?"

"Hans Heidi."

Jawapan itu membuatkan Irsyad dan Athilia tercengang. Hadi yang sudah tahu hanya berdehem dan menghabiskan makanannya. Heiz dan Syara juga seolah tidak ambil kisah.

"Hans Heidi yang kaya raya tu? Yang ada perniagaan dekat 12 negara tu?" Athilia menyoal.

"Wah kau kenal papa aku? Terujanya! Ayah Hadi kau kenal tak?" Sengaja Hana menyoal. Biar Athilia tahu, hanya dia yang layak bersama Hadi.

"Hana, tak perlulah." Tegah Hadi apabila melihat situasi kali ini lebih kepada menunjuk.

"T...ak, siapa ayah Hadi?"

"Tuan Ahmad Khalif. Pengarah 7 buah syarikat dan pemegang saham terbesar di Malaysia."

Akibat terkejut, sudu yang berada di tangan Athilia terlepas. Hana tersenyum puas. Sekarang baru puas, pasti lepas ni Athilia akan jauhkan diri dari Hadi.

Irsyad menunduk semula. Kalau soal ayah Hadi, dia tahu tetapi papa Hana... sungguh mengejutkannya.

"Hana, sudahlah. Tak ada apa nak dibanggakan," tegur Hadi sambil memandang Hana dan Athilia bersilih ganti.

"Hadi, Hana saja bagitahu. Kadang-kadang kita kena tahu juga dengan siapa kita kawan, darjat dia apa." Sinis Hana sambil menjeling Athilia.

"Hana!" Tengking Hadi kuat sambil menghentak meja makan.

Seisi meja tersentak. Tengkingan Hadi mula menarik perhatian meja makan kadet yang lain.

"Harta tu atas dunia aje. Tak boleh bawa mati pun! Saya faham Hana kaya, tapi tak perlulah nak bandingkan darjat semua tu. Tolong jangan buat orang yang saya selesa jadi tak selesa sebab darjat bodoh tu!"

Sebaik sahaja berkata begitu, Hadi pantas berdiri. Pinggannya dan Athilia diangkat ke besen.
Sekembalinya Hadi, lengan Athilia ditarik bersama.

"Sekaya apa pun manusia, kalau kain tak cukup, tak ke mana pun." Terus Hadi dan Athilia melangkah pergi.

Hana menundukkan kepala. Dia terlalu berlebihan. Dia terlalu cemburu padahal Athilia tidak berbuat apa-apa pun. Air mata mula bergenang. Dia silap.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now