Bab 12

2.5K 192 5
                                    

SUARA yang sedang berbual mengganggu lenanya. Perlahan-lahan mata dicelik. Terkejut bukan kepalang tatkala wajah papa menyapa pandangannya. Malah papa masih ralit berbual bersama seseorang.

Terus hilang rasa pening lalat di kepala tatkala wajah Hadi menyapa. Jadi suara berbual tadi adalah suara papa dan Hadi.

"Eh kak!" Suara Heiz menghancurkan segala senyumannyam

Perbualan papa dana Hadi terhenti. Kini semua wajah menumpu ke arahnya. Hadi merenungnya dengan pandangan redup sebelum mengukirkan senyuman. Allah, saya tak kuat!

"Hana dah bangun?" Soalan papa membuatkan wajahnya beralih memandang papa.

"Hmm," itu sahaja balasannya. Tak taulah kenapa. Tengok muka orang lain, rasa semangatnya tak bangkit. Mungkin kena tengok pangeran Hadi sahaja.

"Hana tunggu sekejap, papa nak panggil jururawa..."

"Hana okey pa." Potongnya.

Hans kembali duduk semula. Wajah Hana kembali dipandang, saling tidak tumpah dengan wajah Bella.

"Heiz Hayyan!" Bunyi jeritan nyaring itu membuatkan semua menutup telinga.

"Er, Heiz rasa Heiz kena masuk kelas. Lupa pula tadi Heiz tipu cakap pergi tandas." Kalut-kalut Heiz keluar dari bilik kesihatan itu.

Hans hanya menggeleng kepala. Anak terunanya itu, selalu sahaja lupa. Mata kembali memandang raut wajah pucat anaknya, Hana.

"Sebenarnya papa tak boleh lama sangat. Papa ada meeti..." Sekali lagi ucapannya terhenti.

"Hana tahu. Papa pergi jelah," ucap Hana dengan nada malas.

Macam dia tak tahu dunia papanya bagaimana. Kerja, kerja dan terus kerja. Tch, sampai kasih sayang pun lupa beri, desis Hana sebelum tersenyum sinis. Wajah papa dipandang sekilas sebelum dia mengalihkan muka memandang langsir biru. Melihat wajah papa membuatkan dirinya terbayang kesakitan yang dialami oleh mama.

Hadi yang melihat situasi itu terkedu. Sangka dia Hana pasti teruja lalu memeluk papanya, namun telahannya salah. Hana yang tadi biasa sahaja, mula bernada dingin dan sinis. Ada apa sebenarnya?

Senyuman kelat Hans lemparkan kepala Hana dan Hadi. Dingin. Hubungannya dan Hana masih dingin sebaik sahaja anak daranya mengetahui dia menduakan Bella.

"Papa minta maaf. Papa pergi dulu," dahi Hana dicium lembut sebelum tangannya disalam oleh Hadi.

Hans terus melangkah keluar dari bilik kesihatan itu bersama pembantu peribadinya. Kini suasana kekok, hanya ada Hana dan Hadi. Jururawat pula berada di luar.

"Kenapa..." Hadi berdehem. Dia tidak bermaksud untuk menjaga tepi kain orang tetapi sifat ingin tahunya membuak-buak.

"Kenapa Hana layan papa Hana macam tu?"

Mendengar soalan itu, Hana melepaskan keluhan lemah. Soalan Hadi diabaikan. Dia tidak bersedia untuk menceritakan kisah sedih hidupnya ini kepada sesiapa kecuali Syara.

Dia tidak mahu mereka berkawan dengannya kerana simpati. Bahkan dia juga tidak meletak nama papa pada buku tulis kerana tidak mahu mereka berkawan dengannya demi harta. Serik dibuli di sekolah rendah dahulu hanya kerana statusnya anak orang kaya.

Kaya itu menyakitkan,
Kaya itu kesunyian.

"Hana? Saya bercakap dengan Hana." Tegur Hadi.

"Ya, Hana dengar."

"Kenapa Hana layan papa Hana macam tu tadi? Tak sopan, kecil hati dia nanti." Hadi sebaiknya cuba menggunakan nada lembut dan perlahan. Menegur orang juga ada adabnya.

Kebanyakkan orang zaman kini menegur seseorang sambil membuka aib juga menegur secara terang-terangan di khalayak ramai. Baginya, ia perkara yang patut dicegah kerana kita tidak tahu nasib seseorang itu bagaimana.

"Hana ada sebab tersendiri." Itu sahaja jawapan yang Hana mampu beri. Dengan suara Hadi mendayu-dayu seperti tadi, dia tidak tahan! Mahu sahaja dia gigit bantal hospital.

"Tak apa. Sekarang dah masuk waktu zuhur. Hana boleh solat?" Hana mengerling jam yang berada di tangannya sebentar.

Solat? Air liur ditelan kelat. Kali terakhir mempraktikkan solat sewaktu sekolah kebangsaan dahulu. Itu pun ketika ada pelajaran agama sahaja.

"Boleh so...lat." tergagap Hana membalas.

"Okey kalau macam tu, saya minta tolong jururawat bantu awak ambil wudhu. Saya nak ke masjid sekolah. Minta diri dulu," Hadi mula berdiri. Sedar tidak sedar jam sudah menginjak angka 1:00 tengahari.

Mata Hana tidak lepas memandang tingkah laku Hadi yang mula meraup rambut lebatnya sebelum kopiah bulat diambil dari poket seluar sekolah.

"Minta diri dulu," ucap Hadi sekali lagi dan mula menarik langsir biru itu untuk menutupi katil milik Hana.

"Hadi, sekejap!" Tahannya. Dia tidak mahu jururawat, dia mahu Hadi.

"Ya?"

"Saya tak nak jururawat bantu saya ambil wudhu."

"Hana tak selesa? Tak apa saya panggilkan Syara sekejap," polos Hadi memnalas.

"Tak nak, Hana nak Hadi yang tolong Hana ke tandas. Teman Hana ambil wudhu, lepastu Hana nak jadi makmum Hadi!"

Tercengang Hadi mendengar apa yang diucapkan oleh Hana.

***

NAFAS dihela. Perlahan-lahan dia memegang lengan Hana dan menarik perlahan Hana ke arah tandas di bilik kesihatan. Gila. Dia tak pernah buat begini dengan wanita di luar sana kecuali ibu.

"Masuklah," lengan Hana dilepaskan. Namun begitu tubuh Hana masih statik memandangnya terkebil-kebil.

"Kenapa?" Soalnya.

"Hana tak tahu macam mana nak ambil wudhu," perlahan sahaja suara Hana memberitahunya sambil menundukkan kepala.

Dia tak terkejut mana dengan pengakuan Hana. Dengan gaya hidup Hana yang bebas, tidak memakai tudung juga dilimpahi kekayaan, dia tidak hairan jika Hana begitu. Pintu bilik air dibuka luas.

Tali leher sekolah dibuka, lalu dilipat dan dimasukkan ke dalam poket baju sekolah. Baju sekolah juga dilipat sedikit keatas, begitu juga seluar sekolahnya.

"Saya buat, Hana tengok."

Laju Hana mengangguk dengan mata hijaunya yang jelas teruja. Senyuman yang hampir terlepas di bibirnya pantas disorok. Pili air dibuka, bacaan doa sebelum wudhu dibaca sebelum perlahan-lahan air mula menyentuh tangannya dan anggota lain bersama bismillah sebanyak tiga kali.

Hana hanya memerhati. Kacak betul pangeran Hadi. Buat apa pun kacak, argh!

"Sekarang Hana pula,"

"Hana apa?" Soal Hana terkebil-kebil.

"Ambil wudhu."

Hana terdiam.

"Jangan cakap Hana tak tengok apa saya buat tadi." Tajam dia memandang Hana.

"Hihi..."

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now