Bab 15

2.5K 204 8
                                    

LANGKAH kaki semakin laju meninggalkan Hana di belakang. Kelas dituju. Suara Hana yang memanggil namanya diabaikan begitu sahaja.

"Hadi! Tunggulah Hana!" Kaki Hadi sudahlah panjang! Naik letih Hana mengejar.

Situasi tidak ubah seperti perigi mencari timba. Terhegeh-hegeh namun semua itu tidak menghalang keinginan Hana untuk mengusik Hadi.

"Hadi!" Sekali lagi nama Hadi dipanggil kuat. Sekali gus menarik perhatian pelajar yang lalu lalang.

Tiba-tiba Hadi berhenti. Keluhan dilepaskan. Dia malu, malu dengan situasi seperti ini. Banyak mata memandangnya. Mungkin bagi Hana tidak, tetapi bagi dia semua ini memalukan.

"Hana."

"Ya pangeran?" Jawab Hana ceria. Pasti Hadi berhenti kerana terbuai dengan suara merdunya.

"Cukup kejar saya, ia memalukan." Jujur Hadi tanpa selindung.

Senyuman Hana mati serta merta. Sakit juga ditusuk dengan kata-kata Hadi.

"Hahahahahah!" Gelakan Hana secara tiba-tiba membuatkan Hadi mengerutkan dahi.

Sudah dia sangkal gadis itu tidak pernah serius. Malas melayan, terus langkah diatur semula menuju ke kelas. Kali ini Hadi tersedar bahawa Hana tidak lagi mengejarnya. Bahu diangkat, baguslah.

***

MATI.

Gelakan itu mati. Kepala ditunduk lalu tangan digenggam erat. Sakit. Ingatkan kejadian hari itu membuatkan hubungannya dan Hadi lebih erat rupanya tidak.

Lelaki itu terus menerus mengendahkan dia seolah tidak wujud. Usaha, itu yang dia lakukan sekarang. Berusaha memenangi hati pangeran Hadi.

Mungkin bagi mereka di luar sana, dia terlihat bodoh juga gadis yang gedik. Peduli apa, ini cara dia menghiburkan diri.

Kepala digeleng. Sudah-sudahlah Hana, kelas dah nak mula! Kepala diangkat semula. Kali ini lebar dengan senyuman. Hana Hayla tidak akan putus asa menambat hati pangeran Hadi!

Langkah diatur menuju ke kelas. Masuk sahaja ke dalam kelas, wajah Syara dicari terlebih dahulu. Jika sebelum ini dia mencari wajah Hadi, namun biarlah untuk hari ini dia lupa sebentar.

Masih sakit.

"Assalamualaikum kelas. Hari ini saya nak awak semua buat peta minda tajuk chapter baru yang kita belajar minggu lepas."

Belum sempat menjawab salam, sudah diberi tugas. Pantas buku  teks  sejarah Hana keluarkan dari beg sekolah. Syara di sebelah sedang mengomel.

"Kau nampak tak buku teks aku?" Soal Syara sambil tangan meraba laci bawah meja.

"Ni, haritu kau study kat rumah pastu tertinggal." Muka toya Hana tayang.

"Weh! Aaa buku teks aku! Selamat RM13.90. Kalau tak kena bayar. Tinkiu Hana!"

Hana pasrah apabila tangannya digoyang oleh Syara tanda terima kasih. Sahabatnya itu mula mencium-cium buku teks sejarah, konon bersyukur. Entah-entah senior dulu pun buat perkara yang sama, euwww...

"Tapi! Secara berkumpulan."

"Cun! Weh Mina dengan aku!" Jawab rakan kelasku.

"Amboi! Kumpulan saya yang pilih okey." Tegas suara Puan Norma.

"Alah cikgu..." Keluh satu kelas termasuklah Hana dan Syara.

Puan Norma hanya menayang wajah 'padan muka' sambil mengedarkan kertas majong dan marker.

"Okey ini kumpulan 1, ini kumpulan 2, kanan sekali kumpulan 3. Kemudian 4,5 dan barisan belakang tu gabung sekali."

"Maksudnya cikgu?" Soal Syara tidak faham.

"Kan belakang tu sebaris aja, jadi gabungkan. Kamu, Hana, Hadi, Iman dan Faim."

Hana dan Hadi sama-sama tersentak. Bagi Hana itu peluang namun tidak Hadi. Sungguh itu beban. Dapat Hana lihat, Faim yang berada di sebelah Hadi mengusap bahu lelaki itu. Cis!

Jika diikutkan lama juga Faim tidak datang ke sekolah. Katanya urusan luar keluarga di luar negara. Malas berfikir panjang, Hana mula berdiri dan menarik kerusi ke arah meja Hadi.

"Oi tunggulah," tergopoh-gapah Syara mengikuti Hana dengan menarik kerusi.

"Cikgu ada meeting, nanti dah siap kamu semua tulis nama dan beri kepada ketua kelas. Ha ketua kelas ambil peranan jaga kelas, jangan ada yang merayap!"

"Baik cikgu!"

Sebaik sahaja Puan Norma keluar dari kelas, suasana menjadi hingar-bingar sebentar sebelum kembali diam.

"Tajuk minggu lepas kita belajar pasal Suruhanjaya Raid kan?" Soal Hana sambil memandang kesemua ahli kumpulannya.

"Pft, itu bulan lepas punyalah. Hahaha!" Tawa Iman pecah.

Faim cuba menahan tawa dengan berdehem beberapa kali. Syara pula pura-pura batuk. Hanya Hadi yang serius tidak berperasaan. Wajah Hadi dipandang. Kenapalah pangeran boleh berubah beku macam dulu secara tiba-tiba?

"Ini tajuk minggu lepas. Ada lima semua tajuk, sorang ambil satu dan ringkaskan."

"Aku nak pengenalan!" Celah Syara.

"Aku kesimpulan," ucap Fahim.

"Iman?"

Hana mencebik. Kenapa sebut nama Iman je? Sebutlah nama dia. Tanyalah Hana nak tajuk yang mana? Hana faham tak? Hana nak Hadi ajar tak? Keluhan Hana lepaskan perlahan.

"Uit, kau ambil yang mana?" Suara Syara membuatkan kepala Hana terangkat semula.

"Mana-mana jelah."

"Kalau macam tu, ambil yang ni sebab yang lain semua orang dah pilih." Syara menunjuk tajuk di buku teks.

Hana hanya mengangguk lalu tajuk itu dibaca. Sepi, tiada langsung sosok Hana yang ceria dan suka membuat onar di dalam kelas.

"Weh Hana, tak nak nyanyi ke dekat pangeran kau?" Usik rakan kelasnya tiba-tiba.

Bunyi pen Hana jatuh membuatkan seisi kelas terdiam. Hairan barangkali kenapa gadis ceria itu tidak membalas semula usikan mereka.

"Pst.. kau ada masalah ke?" Bisik Syara sambil menolak bahunya sedikit.

"Tak ada pun."

Hadi yang memerhati tingkah laku Hana dan Syara membuatkan fokus bacaannya terganggu. Seketika teringat memori di koridor tadi, apa Hana terasa hati dengannya? Tetapi sebelum ini sama juga, dia melayan Hana begitu.

Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pintu membuatkan hampir separuh kelas memandang gerangan yang mengetuknya.

"Nak jumpa Hana sekejap boleh?"

Heiz. Dah kenapa Heiz nak jumpa dia namun tetap kaki melangkah keluar dari kelas untuk berjumpa dengan adiknya.

"Kenapa?"

"Pejabat dapat call dari pihak papa," cemas sahaja suara Heiz memberitahunya.

"Kenapa?" Hati mula rasa tidak enak.

"Mama jatuh tangga."

Hampir luluh hati Hana mendengar berita buruk tersebut. Pantas dirinya masuk semula ke dalam kelas. Segala buku disimpan ke dalam beg lalu pantas beg diambil.

"Hana kenapa?" Soal Syara.

"Mama aku masuk hospital Syara. Sorry tak dapat teman kau harini,"

"Astagfirullah, takpe kau pergi je aku okey. Apa-apa chat aku."

Hana hanya membalas anggukan sebelum kakinya cepat-cepat melangkah keluar dari kelas. Sempat matanya dan Hadi bertembung sekilas.

"Jom Heiz."

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now