B10

1.8K 118 3
                                    

HARI ini merupakan hari yang paling Hana tunggu-tunggu. Kesemua sudah berkumpul di ruangtamu bersiap-sedia untuk bergerak ke Kelantan.

"Pengantin baru punya honeymoon lain macam ya?" Usikan Irsyad membuatkan yang lain menyambut dengan siulan nakal.

"Cukup baik aku nak ajak kau, faham?" Hadi melempar jelingan tajam.

Hana hanya memandang Hadi dan yang lain bergurau senda. Seketika muncul Hatta dari luar rumah. Muka Hatta memang seiras wajah Hadi tapi Hadi lagi kacak ya!

"Hatta." Panggil Hana.

Terus Hatta mengangkat wajah. "Kenapa kakak long?"

"Tak ada apa. Saja tegur, dah lama kakak long tak berbual dengan Hatta." Kalau Hatta masih kecil sudah dipeluknya Hatta. Dulu bukan main chubby, sekarang terus kurus.

Hatta tersenyum. Kaca mata dibetulkan. Betul-betul seperti Pangeran Hadi!

"Hatta tak tahu nak berbual dengan kakak long macam mana. Hatta seronok kakak long jadi kakak Hatta dan..." Seketika Hatta diam. Takut takut dia melirih ke arah Hana.

"Semoga kakak long cepat sembuh." Sebaris ayat yang mampu buat Hana tersenyum lebar.

"Terima kasih Hatta. Kakak long sayang Hatta!"

Baru sahaja Hana mahu memeluk Hatta, ada tangan menariknya. Teruja punya pasal.

"Aip! Apa peluk peluk lelaki ni?" Hadi bulatkan mata.

"Hadi! Kenapa Hatta comel dan hensem sangat? Hana geramlah nak peluk macam dulu-dulu." Rungut Hana. Kenapa Hatta perlu membesar? Jadi ajelah budak balik.

Tergelak Hadi mendengar rungutan Hana. Tangan naik memeluk bahu Hana lalu mata memandang ke arah Hatta, adik bongsunya.

"Kalau geram dengan Hatta, Hana boleh peluk Hadi. Free dan dapat pahala lagi." Usik Hadi.

Hatta yang menjadi penonton tak berbayar terus berlalu pergi. Abang long tu bukan main garang dengan dia, tapi bila dengan kakak long terus jadi gelenyar!

"Kenapa kita perlu membesar ya? Haih..." Keluh Hana.

Tersenyum Hadi mendengar keluhan Hana. Bahu Hana diusap lembut.

"Manusia akan membesar. Kalau bukan fizikal mungkin mental. Semua akan membesar dan bila dah besar, batasnya pun semakin besar." Hana mendongak memandang Hadi. Apa yang Hadi nak sampaikan sebenarnya.

"Hatta dah besar. Dia lelaki yang sudah baligh. Hana pula isteri Hadi. Tak boleh tau peluk Hatta atau sentuh Hatta. Hana boleh sentuh Hadi sahaja sebab kita suami isteri." Lembut sahaja Hadi menegur sambil tersenyum.

"Hana tahu cuma Hana teruja tadi."

"Tak apa, Hana tak sentuh pun lagi. Hadi tak marah cuma Hadi nak pesan je. Hana tu Hadi yang punya. Jangan buat lagi ya? Hana isteri solehah kan?"

"Mestilah solehah. Hana ni isteri Hadi Ehsan tahu?" Hana menunjuk wajah riak membuatkan Hadi terus meledak ketawa.

"Iya lah sayang,"

Bunyi batuk dan usikan membuatkan Hadi dan Hana tersedar. Ah lupa pula mereka di ruangtamu rumah. Bukan sahaja keluarga mereka yang ada, kawan lelaki Hadi pun turut ada.

"Dah pandai sayang sayang sekarang." Lantang suara Faim sebelum menekup mulut ketawa.

"Itu lah tu, dah sayang sayang. Isteri solehah Hadi Ehsan..." Sengaja Arsyad menyebut nama Hadi dengan nada meleret dan mengusik.

Merah padam wajah Hadi menahan malu. Hana hanya tersenyum. Bukan tak biasa dengan mereka. Hari perkahwinan mereka lagi teruk Hadi diusik.

"Diam lah! Pergi masuk kereta sekarang." Hadi ketap gigi geram.

"Isteri solehah Hadi Ehsan..." Tambah Eil sengaja mahu mengapi-apikan Hadi lagi.

Tak tunggu lama terus bantal di sofa Hadi ambil dan lempar satu persatu ke arah sahabatnya. Lintang-pukang semua berlari keluar dari rumah sambil gelak ketawa.

"Astagfirullah, Hadi!" Suara ibu menghentikan Hadi dari membaling bantal.

"Dia orang tu ibu, usik Hadi." Adu Hadi persisi kanak-kanak usia lima tahun.

Hanum hanya menggelengkan kepala. "Dah masukkan barang dalam kereta semua, ibu nak tutup semua suis dulu. Suruh adik-adik semua masuk kereta sekali."

"Okey ibu," terima sahaja arahan ibu, terus Hadi memanggil satu persatu adiknya.

Hana pula keluar menghidupkan enjin kereta. Barang miliknya dan Hadi sudah disusun dalam kereta sebentar tadi. Selesai memastikan semua sudah siap, Hana membuka telefon bimbit. Ada mesej dari Syara.

Membulat mata Hana melihat gambar yang dihantar oleh Syara. Terus lebar senyuman Hana. Tak sangka dia bakal jadi mak cik tak lama lagi.

Syara Adik Ipar 👩‍❤️‍👩
- Jangan bagitahu Heiz. Aku nak buat suprise nanti. Tak sabar tak sabar tak sabar! 😱

Ucapan tahniah dibalas. Hana sertakan dengan emoji ibu mengandung lagi. Teruja pula rasa! Syara yang entah apa-apa tu bakal menjadi seorang ibu. Mungkin tak lama lagi dia dan Hadi pula?

Tiba-tiba senyuman Hana pudar. Mengandung. Entah boleh atau tidak. Gambar pregnancy test milik Syara ditenung kembali. Jahatkah dia jika dia merasa cemburu dengan sahabatnya sendiri.

"Hana?" Teguran Hadi membuatkan Hana lekas-lekas menutup telefon bimbitnya. Senyuman diukir.

"Dah panggil dah adik-adik?" Laju sahaja Hana menutup dukanya.

"Dah, semua dah masuk dalam kereta. Nanti kita jumpa papa dengan yang lain kat mana?" Wajah Hana direnung. Ada sesuatu yang tak kena tetapi Hadi sendiri tidak dapat teka.

"Restoran sarapan pagi lima kedai tu. Lepas sarapan baru kita bertolak." Beritahu Hana.

"Alright."

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now