Bab 13

2.5K 205 7
                                    


"HANA reti solat?" Lembut Hadi bertanya. Takut soalannya mengguris perasaan Hana.

"Reti tapi lupalah. Boleh tak kalau Hadi tolong aj..." Belum sempat Hana menghabiskan kata-katanya, muncul suara garau di belakang.

"Amboi-amboi! Tadi bukan main sakit, sekarang nak sambung menggedik lagi?" Sinis Irsyad sambil memandang Hana dengan pandangan menghina.

Hadi yang tidak senang melihat pandangan itu mula merenung Irsyad tajam.

"Apa? Salah aku pula ke? Di, tak akan kau tak nampak yang perempuan ni tergedik-gedik je dengan kau. Bukannya ikhlas pun nak solat."

"Jangan melampau Syad. Kita tak tahu ikhlas seseorang, itu urusan dia dan Allah."

Dapat Hadi lihat wajah teruja Hana sebentar tadi mula mengendur dan menunduk. Dia sungguh tidak suka melihat riak wajah Hana berubah keruh begitu.

"Hana!" Laungan dari luar masjid sekolah membuatkan mereka mengalihkan pandangan.

Syara berlari anak ke arah Hana lalu pantas tubuh sahabatnya dipeluk erat. Hana pula terkejut menerima pelukan drastik begitu.

"Kau pergi mana Hana? Aku bosan tau tak ada kau! Ni baru aku tahu kau pengsan dari Irsyad. Nah, beg sekolah kau." Bebel Syara sebelum menyerahkan beg kepada Hana.

"Terima kasih Syara. Alah aku mana bawa phone nak call kau. Eh kau dah makan?"

Hadi dan Irsyad diabaikan seolah tunggul kayu di situ. Hampir 10 minit juga Hadi dan Irsyad mendengar perbualan Hana dan Syara sebelum Hadi memilih untuk berdehem beberapa kali.

"Ehem!"

"Iya ke? Aaa! Aku kena tengok episod Demon Slayer yang baru ni!" Deheman Hadi sedikit pun tidak menggang Hana dan Syara.

Pap!

Irsyad tersenyum puas apabila melihat Hana dan Syara berhenti berbual. Senyumannya bertukar cuak tatkala Hadi dan Syara memandangnya tajam.

"Sakitlah!" Jerit Hana sambil memegang kepalanya yang dipukul oleh Irsyad.

Perlahan-lahan Hana mencangkung sambil memegang kepalanya kuat. Terasa gegar otaknya sebentar apabila dihempuk begitu. Mungkin bagi Irsyad itu pukulan biasa tetapi tidak bagi Hana. Tapak tangan Irsyad itu sudahlah besar!

"Hana..." Hadi turut sama cangkung. Mahu memegang kepala Hana haram jadi dia hanya meniup perlahan.

Irsyad dan Syara yang melihat turut terkejut dengan situasi tersebut. Depan masjid sekolah kot.

"Oi bangun! Kau jangan nak menggedik depan rumah Allah. Pergi ambil air wudhu balik lepastu kau Syara, bawa budak ni pergi solat." Arah Irsyad sambil menjeling Hana menyampah.

Hadi berdiri dan mula menjauhkan dirinya dengan Hana. Dia juga tidak sedar kenapa dia boleh berlaku pelik seperti tadi. Kepala pantas digeleng, lalu kaki mula melangkah masuk masjid.

Hana hanya menghantar pemergian Hadi dan Irsyad. Sempat Hana lihat Irsyad menjelir ke arahnya. Huh! Sudahlah pukul kepala tak minta maaf. Ingat papa tak bayar zakat ke?

"Hana, jom?" Soal Syara sambil mengangkat kening.

Pantas Hana mengangguk dan mengikut langkah Syara masuk ke dalam masjid. Selamba kaki Hana melangkah masuk ke pintu utama.

"Eh! Itu saf lelaki lah. Sini yang perempuan punya,"

"Ouh asing eh lelaki dengan perempuan?" Soal Hana.

"Ya, asing. Dah sini ambil wudhu dulu," tangan milik Hana ditarik menuju ke tempat ambil wudhu wanita yang cantik tertutup.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now