Bab 16

2.4K 202 14
                                    


"MAMA macam mana?" Soalnya sebaik sahaja sampai dihadapan ward mama.

"Mama okey cuma ada bengkak sikit dekat kaki. Sekarang doktor tengah check sebab tadi mama dah sedar." Jawapan papa membuatkan Hana menghembus nafas lega.

"Kalau keluarga kita macam dulu, mama pasti tak akan hadap semua tu." Ucap Hana secara tiba-tiba.

Ratna dan Hans tersentak, begitu juga Heiz.

"Sebab makcik Ratna ni, papa ceraikan mama sedangkan papa tahu keadaan kami memerlukan papa lebih dari makcik Ratna." Entah apa yang merasuk dirinya untuk berkata lantang tentang apa dipendam.

"Hana, kan papa dah terang soal ni..."

"Hana mengaku mama sibuk tapi ada papa tahu kenapa mama sibuk? Tak akan tak boleh nampak lagi sekarang? Mama 24jam atas kerusi roda sebab dah tak mampu berdiri."

"Mama sibuk jaga diri sendiri dan tiba-tiba dapat kejutan papa kahwin dengan makcik Ratna yang Hana sendiri tak pernah sangka langsung! Siap ada anak pula tu," bicaranya sinis. Wajah makcik Ratna langsung tidak dipandang.

"Hana kita dekat hospital. Cukuplah buat papa rasa bersalah," suara Hans mula mengendur menahan rasa bersalah yang kuat bertandang di hati.

"Memang patut pun rasa bersalah." Tambah Hana lagi namun kali ini perlahan.

Makcik Ratna yang menatap wajahnya dijeling. Gila, membesar di hadapan makcik Ratna yang sudah dianggap mummy keduanya kerana sering sekali makcik Ratna ke rumahnya menemani mama suatu ketika dahulu.

Dan siapa sangka, wanita itu benar-benar menjadi mummy kepada dirinya sekaligus menyingkirkan mama begitu sahaja. Jujur, Hana tidak salahkan Heiz kerana adiknya juga tidak meminta lahir dengan keadaan begini.

Jadi terang lagi bersuluh, salahnya pada kedua orang tua mereka. Nafas dihela, sudah sudahlah mengharapkan keluarga bahagia. Hidupnya juga tidak lama.

Tch, leukemia.

Penyakit yang dihidap sama seperti mama. Yang membezakan dia sudah bebas dari sel kanser tersebut manakala mama masih melawan sel kanser.

"Keluarga Puan Bella?"

Nampak sahaja doktor berkot putih keluar dari bilik rawatan mama, pantas Hana berdiri.

"Saya anaknya."

"Okey begini, awak tahu kan ibu awak sudah berada di tahap terakhir? Kami sendiri tak mampu janjikan apa-apa tapi pihak kami akan cuba sedaya upaya. Untuk kecederaan pada kaki ibu awak, insyaAllah akan sembuh dalam beberapa hari tetapi kami tetap akan tahannya dan memantau sel-sel kanser yang masih ada."

Reda. Dia sendiri sudah reda dengan khabar itu. Hidup bersama mama sudah cukup membuatkan dirinya melihat betapa deritanya mama menanggung sakit itu.

"Terima kasih doktor,"

"Sama-sama."

Perit menerima tetapi harus apa dia? Kerusi dihampiri lalu punggung dihenyak kembali. Untuk menangis, dia sudah penat.

"Hana, macam mana keadaan mama okey?"

Soalan papa dibiar sepi. Pantas tangan Heiz ditarik masuk ke dalam wad mama. Melihat tubuh mama yang semakin kurus itu membuatkan dirinya terus memeluk mama.

"Han..na," terkejut Bella apabila disapa dengan pelukan mengejut begitu. Namun tak lama kemudian rambut anaknya diusap penuh kasih sayang.

"Hana dah cakap, jangan degil tapi kenapa mama degil? Mama tak sayang Hana ke?"

"Tak ada gunanya Hana. Mama tetap akan mati,"

Heiz yang memandang hanya menundukkan kepala. Kadang-kadang dia ingin menyalahkan diri sendiri, ingin membenci diri sendiri tetapi ditegah oleh Hana yang selalu mengatakan ini bukan salahnya.

"Makcik..." Suara Heiz membuatkan Bella mengalihkan pandangan. Anak tirinya sudah tumbuh besar.

"Saya minta maaf."

"Bukan salah Heiz dan panggil mama, mama. Bukan makcik,"

Wajah mendung Heiz bertukar ceria perlahan-lahan. Dahulu dia sering melarikan diri tatkala bertemu dengan makcik Bella tapi kini tidak.

"Mama aku, mama kau juga Heiz."

Seketika mereka tertawa. Tawa Hana diperhati oleh Heiz lama. Kakaknya jarang tertawa saat bersamanya tetapi kali ini, jelas lesung pipit Hana menandakan tawa itu bahagia.

"Bella?"

Suara itu mematikan suasana ceria sebentar tadi. Wajah mama kembali dingin.

"Bella, kau okey tak?" Makcik Ratna mula menghampiri mama.

Buk!

"Keluarlah! Kau keluar! Aku benci tengok muka kau dua orang! Keluar!" Jerit mama selepas menolak makcik Ratna.

"Bella!" Tinggi suara papa sebelum membantu makcik Ratna yang sudah tersungkur di lantai.

Senyuman disimpan. Padan muka, dasar perampas. Suasana tegang membuatkan beberapa orang jururawat masuk.

"Nurse tolong bawa dua orang ni keluar. Mereka menganggu mama saya,"

Hans dan Ratna tersentak hebat mendengar kata-kata Hana. Pelukan di bahu Ratna semakin dieratkan, cuba memberi kekuatan.

"Maaf Tuan Hans dan Puan Ratna, saya minta Tuan dan Puan beredar dari wad pesakit." Lembut nurse itu menghalau.

Melihat pemergian papa dan makcik Ratna, membuatkan Hana menghembus nafas lega. Wajah Heiz dipandang, tahu adiknya terkesan kerana makcik Ratna ditolak.

"Heiz balik dulu Hana, mama." Tangannya dikucup pantas oleh Heiz sebelum adiknya turut beredar.

***

"TAPI sampai bila Hans? Sampai bila hubungan saya dan Bella akan terus dingin?"

Rengusan mummy membuatkan Heiz mengeluh kuat. Sekaligus menarik perhatian kedua orang tuanya.

"Papa mummy, sebenarnya pertolongan apa yang berat sangat sampai papa terpaksa kahwin dengan mummy?" Soal Heiz. Sungguh dia tidak tahan dihurung Masalah keluarga.

Hans dan Ratna kaku.

"Kadang Heiz pelik, apa yang memaksa papa dan mummy bertindak sampai macam tu sekali,"

"Heiz masih budak, tak perlu ambil tahu." Balas Hans dingin.

"Tak perlu ambil tahu? Dan budak? Heiz dah besar papa. Apa susah sangat ke soalan yang Heiz tanya?"

Hans mengetap gigi erat. Ratna pula sudah tidak senang duduk. Bagaimana jika rahsia bahawa mereka memang bernikah kerana suka sama suka? Apa Heiz dan Hana akan menerima rahsia itu?

"Atau sebenarnya, memang mummy rampas papa dari mama?" Teka Heiz penuh sinis.

"Jangan nak kurang ajar Heiz Hayyan!" Tengking Hans sambil menghentak stereng kereta.

Ratna pula memejam mata bersama linangan air mata. Dia tidak mahu digelar perampas biarpun itu hakikatnya. Hakikat yang tidak dapat dinafikan.

"Kadang-kadang Heiz rasa bersalah dengan Hana. Sangat-sangat rasa bersalah sedangkan si pesalah masih tidak mengakui kesilapannya, dan Heiz cuma nak beritahu yang Heiz bencikan perampas," seusai berkata begitu terus pandangan dikalih ke arah tingkap. Ada baiknya dia tenangkan hati dengan memandang pemandangan diluar tingkap.

Tangan Ratna mula menggigil sebaik sahaja mendengar pengakuan benci dari Heiz. Anaknya benci perampas dan dialah si perampas tersebut. Pandangan Hans langsung tidak mententeramkan hatinya.

Dia yang merampas segalanya yang Bella ada. Dia, Ratna Osman.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now