Bab 22

2.5K 219 18
                                    

SUDAH sebulan Hana tidak menegurnya begitu juga dirinya. Pulang sahaja dari kem penaikkan pangkat sebulan yang lalu, terus Hana menghindari diri dan kerap tidak datang ke sekolah.

Banyak kali dia terserempak dengan Heiz tetapi mulut ni tak tahu nak tanya macam mana. Wajah Heiz pun dingin semacam, pasti marah dengan dirinya yang tegur melulu.

"Oi lama nau menung. Makanan kau tu tak luak langsung, karang habis rehat sia-sia je." Tegur Faim sambil memetik jari.

Hadi kembali menyuap mi goreng ke dalam mulut.  Arsyad juga Irsyad melemparkan renungan tajam ke arah Hadi. Apa yang mengganggu Hadi pun mereka tidak tahu.

"Kau fikir apa ni Di? Aku tengok sejak dua menjak ni kau macam lain. Muka tu keruh semacam je. Ada masalah, kongsilah Di... Kita orang adalah." Ucapan Arsyad bagai angin yang lalu. Hadi masih diam membisu.

"Kau mesti fikir pasal Hana kan?" Tekaan Irsyad membuatkan Hadi tersentak lalu melepaskan garfu.

Mereka memandang antara satu sama lain. Akhirnya persoalan mereka terjawab. Tahulah kini apa yang mengganggu fikiran sahabat mereka.

"Kau kata kau tak suka dia kan? Ini dia tak kacau dah, kau nak serabut apa Di?" Soalan Faim membuaykan Arsyad dan Irsyad mengangguk bersetuju.

"Aku lukakan hati dia."

"Dah tu minta maaf jelah, bukan susah pun." Arsyad membalas.

Hadi melepaskan keluhan lemah. Air sirap bandung disedut. Sukar. Dia sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Minta maaf memang mudah, tapi berapa kali nak minta kalau akhirnya dia buat salah lagi?

Hana sudahlah bersikap dingin kini. Bayangkan dia yang sudah menghina Hana, datang datang minta maaf dengan mudah macam tu aje. Dia menjatuhkan maruah Hana dikhalayak ramai. Perkara itu bukan benda remeh.

"Tak apalah, aku selesai sendiri. Mi ni habiskanlah, aku nak pergi tandas."

Irsyad hanya menghantar pandangan memandang Hadi yang bergerak keluar dari kantin. Keluhan dilepaskan perlahan.

***

RUMPUT yang berada di dalam genggaman ditarik sebelum mencampak semula. Pemandangan padang yang luas membuatkan dirinya leka. Hijau yang tenang ditambah pula biru yang damai di atasnya.

Botol air mineral diteguk sehingga habis sebelum botol dicampak sesuka hati. Tubuh dibaringkan di atas padang luas itu. Matahari yang bersinar dilihat sebelum tangan naik menutup mata akibat silau.

Pedulilah baju kotor atau pelajar yang lain memandangnya pelik. Memang selama ni pun orang anggap dia budak pelik.

"Mama..." Ucapnya perlahan.

"Kat atas." Jari telunjuk menunding ke  arah langit.

Serentak itu air matanya bertakung. Dua minggu. Sudah dua minggu mama pergi tanpa pamit. Pulang sahaja dari kem tersebut, mama dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir.

Benda yang dirinya paling takut terjadi. Kata doktor, mama pergi kerana penyakit jahat itu menyerang dan mama tidak mampu bertahan. Bukan tidak bersyukur, tetapi kenapa terlalu cepat? Kenapa pergi sebelum dirinya sedia? Kenapa?

Ketika hatinya dicarik oleh seseorang, Allah mengambil pula mama. Sakit. Sangat sakit. Bayang sahaja sudah sakit, apa lagi dia yang merasa. Air mata perlahan-lahan mengalir menyentuh dedaun hijau.

"Hana tak ada sesiapa dah. Hana sendiri. Tak ada tujuan. Hana penat mama, kenapa cepat sangat?"

"Hana nak mama..."

***

BOTOL air mineral yang bergolek terkena kakinya diambil. Manusia mana pula yang buang botol merata- rata ni. Pantas tangannya mengutip botol tersebut.

Saat kaki mahu melangkah, sosok tubuh yang sedang berbaring di tengah-tengah padang direnung. Macam kenal. Mata dikecilkan lagi. Sah! Dia kenal!

Kaki terus berlari menghampiri Hana yang sedang terbaring di tengah padang. Kakinya mula berhenti lari apabila melihat air mata Hana mengalir. Kenapa Hana menangis?

"Han...na?"

Tegurannya diabaikan. Irsyad mula melutut lalu kepala Hana diangkat dan diletakkan di atas ribanya. Dia bukan lelaki yang menjaga batas, jadi tak usah terkejut.

Tangisan Hana dapat didengar perlahan. Kenapa dengan Hana? Itu yang menjadi persoalan. Apa ini gara-gara Hadi tempoh hari? Tangisan Hana semakin hilang.

Tidak lama selepas itu pantas Hana bangun dari baringan lalu tubuhnya didakap.

"Heiz... Hana nak mama." Lemah bicara Hana sebelum menekup muka di dada bidangnya.

Irsyad terkedu. Dia bukan Heiz, habis macam mana ni? Tubuhnya didakap erat membuatkan tangannya perlahan-lahan naik memeluk Hana kembali. Bahu Hana ditepuk tanda memujuk. Itu caranya memujuk Inara adik bongsunya.

"Aku penat Heiz. Aku penat. Kenapa kita kena hadap ni semua? Kenapa waktu aku belum sedia? Mama pergi terlalu awal."

Kenyataan yang keluar dari mulut Hana membuatkan tangan yang menepuk bahu Hana terhenti.

"Kenapa mama pergi tinggalkan aku Heiz? Papa pun tinggalkan aku. Aku tak ada sesiapa Heiz..." Terasa dadanya dipukul lemah oleh Hana.

Mata Irsyad mula berair mendengar segala luahan Hana.

"Aku sakit sangat Heiz, tolong aku Heiz..."

Hana kini benar benar hancur.

***

Dari jauh, matanya melihat. Begini rasanya sakit hati. Pelukan pasangan itu membuatkan dirinya panas dan tidak suka. Seolah haknya dirampas.

Malas berlama, terus Hadi melangkah pergi. Biarlah apa pun hubungan Hana dan Irsyad dia tidak mahu ambil campur.

"Hadi!" Jeritan itu menghentikan langkahnya.

"Hadi, ada nampak Hana tak? Dia hilang macam tu je harini. Aku risau." Soal Syara sambil memandangnya penuh harapan.

"Kenapa nak risau?" Risau kenapa sedangkan Hana sedang seronok peluk Irsyad.

"Kau tak tahu ke? Ya Allah! Mama Hana dah tak ada dua minggu lepas. Masa kita balik kem tu, arwah mama Hana tengah nazak."

Mendengar ucapan Syara membuatkan dirinya tersentak. Hana...

"Ish, cepatlah nampak Hana ke tidak? Aku risau ni! Heiz pun dah cari tapi tak jumpa."

Jari telunjuk menunjuk ke arah padang. Dia masih terkejut sehingga tidak mampu berkata apa-apa.

"Padang eh? Okay thanks." Pantas Syara berlari ke arah padang.

Hadi masih statik berdiri.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now