Bab 2

3.6K 262 11
                                    


SEBAIK sahaja habis subjek matematik, Hana terus mengemas alat tulis juga buku-bukunya.

"Rehat!" Jerit Hana teruja.

Hana terus bangkit meninggalkan Syara dan berlalu menghampiri Hadi. Tak kira, dia nak juga rehat dengan Hadi.

"Hadi, jom rehat dengan Hana nak tak? Hana belanja." Senyuman diberikan kepada Hadi.

Hadi mengeluh, tak sempat nak kemas buku dan alat tulis, dah muncul bala depan muka. Wajah ketat ditayang, tanda tidak berminat.

"Hadi?" Soal Hana lagi.

Pantas Hadi berdiri, lalu dompet diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Hana ditinggalkan terpinga-pinga.

Sampai sahaja di kantin, makanan dan minuman dipesan lalu meja yang sudah dicop oleh rakan-rakannya dihampiri.

"Hadi." Panggil Faim.

Dagu dihayun kehadapan tanda apa.

"Kau tak kan tak suka langsung dekat Hana tu?"

Kepala digeleng, dia tidak berminat dan tidak berkenan.

"Hana tu cantik aku tengok, pandai pun ya, mata dah la hijau. Anak mat salleh tu Di.." Sampuk Arsyad.

Mi goreng yang tadinya enak, mula rasa tawar apabila topic Hana dibicarakan.

"Aku suka perempuan pakai tudung, tak suka kaki berfoya macam Hana. Lagipun kita kecil lagilah, baru 17 tahun."

Arsyad dan Faim hanya diam, tak lama selepas itu terdengar suara jeritan.

"Kau ni bodoh ke?!" Pantas Hadi memandang.

Dia kenal suara itu, suara rakannya Irsyad kembar kepada Arsyad. Irsyad memang baran sedikit, jadi tak hairan kalau dia selalu menengking dan menjerit.

"Asal tu adik kau?" Soal Faim kepada Arsyad.

Tidak membuang masa pantas Hadi, Arsyad, dan Faim mendekati sosok tubuh Irsyad yang habis basah kuyup terkena air sirap.

"Asal Syad?" Tanya Faim.

"Ini perempuan bodoh ni, tak habis-habis menyusahkan hidup aku. Kau tak reti pakai mata ke?"

Sebaik sahaja mata memandang perempuan bodoh yang dikatakan oleh Irsyad membuatkan Hadi terkedu.

"Eh Hadi! Lah, kenapa tak tunggu Hana tadi?" Wajah cemberut Hana kembali ceria tatkala raut wajah Hadi menyapa.

Soal air yang tidak sengaja tertumpah sudah dilupakan begitu sahaja.

"Oi, oi! Amboi kau, jumpa Hadi bukan main menggeletis. Ini baju aku macam mana?" Irsyad memandang tidak puas hati.

"Panggil aku bodoh, tapi diri sendiri bodoh tak perasan. Balik rumah basuhlah, tak akan tak ada mesin basuh kot?" Sinis Hana.

Dah lantai kantin licin, manalah dia nak perasan. Makcik kantin pun nak mop lantai tak letak papan bahaya, manalah dia tahu.

"Eh perempuan ni.." Arsyad pantas menarik lengan adiknya menjauhi Hana.

Karang tak pasal-pasal ada pula kes pukul memukul, Irsyad ni bukan boleh harap. Semua dia nak pukul tak kira apa jantina sekali pun.

"Dah-dah, minta maaf Hana." Ucap Hadi senada.

Hana menghembus nafas,

"Maaf Syad, lepas ni kalau tertumpah lagi minta halal ye?"

Dijeling seraut wajah Irsyad, namun sebaik sahaja memandang Hadi terus melebar senyumannya. Syara yang baru tiba mulai terkebil-kebil dengan situasi huru-hara itu.

"Kenapa ni Hana?"

"Tak ada apa-apa Ra, eh jomlah. Aku dah lepas rindu dah, bye Hadi sayang!"

Lengan Hana ditarik-tarik oleh Syara, malu katanya padahal dia sendiri rasa biasa sahaja. Tidak lupa flying kiss diberi kepada Hadi. Hampir satu sekolah, bahkan cikgu tahu yang dia tergilakan Hadi, hanya Hadi, dan terus Hadi.

Kenapa dia mahu Hadi?

Kerana Hadi sangat istimewa, sexy, hot, smart, handsome dan menarik. Daya tarikan adiksi Hadi sangat kuat sehingga dia tidak mampu menolak.

Ouh Pangeran Hadi..

***


Setakat ni masih okey ke novel ni :)

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now