Bab 30

2.6K 216 13
                                    

HARI pertama mereka hanya berehat sahaja di rumah nenda dan pada petang hari hanya berjalan sekeliling kampung.

Arissa dan Alissa berceloteh itu ini memberitahu tentang rakan di sekolah begitu juga pengalaman lucu yang pernah mereka lalui.

"Abang long dulu pernah terjatuh kat kawasan sini lepastu muka dia kena tahi lembu!"

"Weyh aku ingat doh Lissa!" Sambung Arissa sebelum tawa kembar itu bersatu.

"Lepastu kak long ada suatu hari abang long nak minum susu lembu, dia bantai je picit tutut lembu. Terus marah lembu tuu! Petang tu memang habis kecoh sebab lembu nenda meradang."

Hana hanya mendengar cerita si kembar. Ada kala dia ikut tertawa, ada kala dia tersenyum. Tak sangka Hadi dulu nakal.

"Keluarga kau orang memang besar ke?" Soal Hana sambil memandang sekeliling kawasan kampung. Udara nyaman, susasana pun tenang.

"Nak kata besar tu tak pun. Ibu ada seorang abang, pak long Haris. Ayah pula anak tunggal tapi tokmi banyak adik-beradik. Kiranya ayah sedara dengan mak sedara kami ramai." Alissa bercerita sambil mengira berapa orang ahli keluarganya.

"Kawan ayah pun dah macam keluarga kita orang." Sambung Arissa.

"Eh kak berapa orang eh kawan ayah tu?" Alissa memandang Arissa dengan wajah meminta jawapan.

Terhenti seketika mereka dari berjalan apabila melihat Arissa yang gigih mengira. Hana pula sudah mengerut dahi, banyak betul. Ingatkan nak buat modal berbual aje.

"Ada uncle Rais, uncle Zikir, uncle Kamal, Papa, Babah, Abi, Abah, Daddy."

Hana terdiam. Amboi ramainya! Macam manalah nak ingat satu-satu ni. Makin pening Hana dibuatnya.

"Tak apa nanti Rissa dengan Lissa akan kenalkan akak dengan bapa-bapa pertiwi kita orang."

"Dia orang ikut sekali ke percutian ni?"

Mereka menyambung perjalanan. Banyak juga benda menarik yang Hana dapat lihat. Salah satunya dia dapat tengok orang panjat pokok kelapa dan monyet menyambut pokok kelapa yang dilempar oleh tuannya.

Sepatutnya monyet di atas tapi entah kenapa tuannya pula di atas. Pelik tapi me-nak-jub-kan!

"Ikut! Rasanya malam ni sampai. Tak pun esok pagi kita jumpa terus kat pantai."

Hana mengangguk faham. Nak juga jumpa bapa-bapa pertiwi.

"Eh dah nak pukul tujuh! Jom balik kak long nanti ada singa jadian mengamuk.

Hana angguk sahaja. Tak tahu pula nenda ada bela singa selain lembu dan kambing di kandang. Hebat sungguh orang Kelantan! Ikhlas Hana puji.

***

"AKU dah cakap dah singa tu tunggu kita..." Perlahan suara Arissa sambil menolak lengan Alissa.

"Kau lah siapa suruh tak tengok jam." Balas Alissa.

Mata Hana memandang singa yang dikatakan oleh si kembar. Eh?

"Pergi mana baru balik?" Soal Hadi garang. Tangan sudah bersilang.

"Eh abang long!" Ramah si kembar menyapa sambil tersengih-sengih.

"Abang long tanya pergi mana? Dah pukul tujuh baru balik? Tak ingat maghrib ke?"

Arissa dan Alissa mula menunduk apabila mendengar intonasi tegas Hadi. Melihat Arissa dan Alissa menunduk, Hana turut menunduk. Takut!

"Tak ada siapa nak jawab lah ni?"

"Ab...abang long Rissa yang lupa tengok jam."

"Habis Lissa tak ada jam? Ibu beli jam untuk awak berdua pakai supaya tepati masa. Apa guna pakai jam kalau tak tengok?"

Terdengar keluhan berat dari Hadi.

"Abang long tahu awak berdua lama tak balik kampung tapi tengok jam juga. Maghrib dah, tak elok tahu?"

"Tahu..." Jawab Arissa dan Alissa serentak.

"Huu..." Sambung Hana hujung-hujung.

"Dah masuk mandi."

"Abang long tak marah dah?" Soal Alissa sambil mengangkat kepala.

"Masuk mandi kalau tak abang long mar..."

"Okay kami masuk!" Berdesup Arissa dan Alissa berlari masuk ke dalam rumah.

Hana yang baru sahaja mahu pecut masuk mandi ditahan.

"Aip! Nak pergi mana?" Garang wajah Hadi sambil mata membulat.

"Man...mandi abang long." Jawab Hana takut-takut.

Hadi menahan diri dari tersenyum.

"Siapa kata awak boleh pergi tanpa hukuman?"

Hukuman. Perkataan itu sudah cukup membuatkan bibir Hana tercebik-cebik.

"Buat akur janji dulu baru boleh pergi mandi."

"Saya berjanji,"

"Tangan mana? Tak reti nak angkat?"

Perlahan tangan kanan Hana angkat seperti sedang berikrar. Mata hijaunya sudah berair.

"Saya berjanji tak akan balik lambat lagi."

"Itu je?" Sengaja Hadi mengusik.

"Saya juga berjanji akan mandi sebelum maghrib."

"Lagi?"

"Saya... Saya berjanji akan mandi lepasni."

Hadi menggigit bibir. Ya Allah muka Hana kini lucu yang amat.

"Okay dah boleh masuk mandi."

Terus lintang-pukang Hana berlari. Di fikirannya kini hanya dipenuhi dengan mandi.

***

Short update!

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now