Bab 26

2.7K 238 20
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti penggal pertama bermula. Bukan main meriah semua datang, gaya macam nak tutup sekolah.

Siap buat jamuan lagi memandangkan ramai cikgu memberi kebebasan tetapi kerja sekolah belambak macam cuti setahun.

"Hana, kau ambillah ni. Abi aku bawa balik dari Turki." Sebekas tupperware yang dipenuhi coklat, dipelawa kepada Hana.

"Tak apa lah Syara, aku tak rasa nak kunyah coklat." Lembut Hana menolak dengan senyuman di bibir. Tak mahu Syara terasa hati.

"Aku faham. Kau rehatlah, cikgu memang tak masuk aku rasa and kalau kau rasa tak sihat terus bagitahu aku tau?" Syara benar-benar risau akan kondisi Hana kini.

Hana hanya menggangguk dan kembali membaringkan kepala diatas meja beralaskan lengan. Mata memandang kawasan di luar sekolah. Hari ini dia sendiri meminta Syara untuk menukar tempat duduk. Tak mahu dekat dengan Hadi.

Dari tingkat empat, sudah boleh nampak jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. Terkedip-kedip mata Hana memandang. Tak ada yang menarik untuk buat dia tertarik.

"Guys! Apa kata balik sekolah ni kita lepak sama-sama dekat kedai cendol seberang sekolah kita?"

Ajakan ketua kelas itu membuatkan semua senyap.

"Yang kedai makcik Kiah tu ke?"

"Haah, jom lah? Kita tak jumpa dua minggu kot..."

"Cun weh! Jom jom!"

Maka kelas kembali bising dengan acara petang ini. Bukan main tak sabar semua.

"Hana, kau ikut tak?" Bahu terasa ditepuk perlahan oleh Syara.

"Ha?"

"Itu ketua kelas ajak lepas makan cendol petang ni satu kelas. Kau ikut tak?"

"Aku rasa ta..."

"Alah Hana? Jomlah..." Syara memeluk lengan Hana sambil memuncungkan bibir.

"Yelah yelah tapi kau belanja?"

"No problem bestie! Setakat cendol, sepuluh pun boleh!"

Jawapan Syara membuatkan bibir Hana melebar senyum. Ada je ragam Syara yang hiburkan dirinya.

***

"OI!" Bahu disiku perlahan oleh Faim.

"Kenapa?"

"Kau ikut tak cendol nanti? Jom ah, aku ajak kembar tu sekali."

Hadi diam. Sungguh dia malas nak jumpa dengan Irsyad sekarang ni.

"Tak kot. Aku nak rehat kat rumah je petang ni." Tolak Hadi. Mata masih memandang buku rujukan sejarah. Banyak betul faktanya, macam manalah dia nak ingat.

"Betul eh tak nak?" Soal Faim lagi.

"Ya, tak nak."

Kata putus dari Hadi membuatkan Faim mengangguk faham. Dah kalau tuan badan tak mahu, tak akan dia nak memaksa dan mengheret Hadi pula.

"Alah Hana, jomlah..."

Suara Syara menarik minat Hadi. Hana ikut ke?

"Yelah-yelah tapi kau belanja?"

Hana ikut. Faim pula ajak Irsyad. Terus Hadi menggeleng kepala. Tak boleh tak boleh, dia kena juga ikut! Muktamad!

"Faim, aku rasa aku ikut petang ni."

"Aku agak dah sebab bukan main kuat suara Syara ajak Hana," sindir Faim selamba sebelum kembali membaca komik.

Hadi hanya diam. Tidak membalas sindiran dari Faim.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now