Bab 42

2.1K 145 2
                                    

"HANA!"

Tuk! Tuk!

"Hana buka pintu ni!"

Jerit Syara dari luar. Tangan tidak berhenti mengetuk pintu bilik air. Tadi tiba-tiba sahaja sahabatnya berlari masuk ke dalam bilik air.

"Hana tolong buka pintu ni... Aku seorang je sumpah Hana." Rasa risau tak usah kata. Macam nak tercabut jantung ni tengok titisan darah jatuh ke lantai diiringi langkah laju Hana ke tandas.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia risau kini.

"Hana. Buka pintu ni, aku seor..."

Tup. Bunyi kunci pintu dibuka. Syara pantas menolak dan masuk ke tandas sekali. Ruang tandas ini besar. Tak berhimpit pun dengan Hana.

Masuk sahaja terus wajah Hana dibelek. Purdah sahabatnya dibuka, darah yang keluar dari hidung Hana membuatkan Syara mengucap. Banyaknya.

"Buka jubah kau dengan tudung purdah semua. Kau pakai singlet dengan seluar kan kat dalam?"

Hana mengangguk. Jubah dibuka dengan bantuan Syara. Usai itu Syara mengarahkannya duduk di atas penutup mangkuk jamban.

"Jangan dongak, jangan tunduk. Kepala tegak." Syara yang kebetulan membawa handbag, lekas mengeluarkan tisu dari handbag.

"Ni, lap pakai ni."

Hana hanya diam menurut. Setelah beberapa minit terasa aliran darahnya berhenti. Syara setiap berdiri di hadapan.

"Dah? Macam mana boleh berdarah? Kau penat sangat ke?" Soal Syara tegas.

"Aku cuba angkat Hatta." Jujur Hana.

Mengucap panjang sahabatnya. "Hatta tu berat 3 kali dari kau Hana. Kau sendiri tahu kau tak boleh penat. Bila badan kau penat mulalah benda-benda macam ni nak jadi. Kalau buatnya tadi kau pitam?"

"Aku tahu..."

"Ini bukan soal Hatta tu je tapi sebab Eil pressure kau siapkan puisi. Fikir pasal diri sendiri juga Hana."

Panjang lebar bebelan Syara dengan riak wajah risau. Darah yang comot terkena pipi dan bawah dagu disapu. Hana satu-satu sahabatnya.

"Kau dah rasa okey belum?"

Hana sekadar mengangguk.

"Kau tak makan ubat lagi hari ni. Sebelum masuk semula dewan, aku nak kau makan ubat dulu."

"Aku tak bawa." Mata Hana memandang Syara.

"Apa guna sahabat macam aku kalau tak peka?" Handbag dibuka sekali lagi lalu bungkusan plastik putih dikeluarkan. Segala ubatan tertulis nama Hana Hayla.

Perlahan Hana tersenyum. Kaki Syara ditendang. "Kau memang tak lepas mata perhati aku kan?"

"Aku bakal adik ipar kau, mestilah aku kena perhati semua. Sekarang makan ubat ni lepastu siap-siap kita masuk dewan. Pasal Hadi tu, pandai kau lah nak jawab apa."

Hana mencapai bungkusan plastik putih di tangan Syara. Beberapa pil diambil lalu ditelak tanpa air. Sudah biasa.

***

HADI memilih sendiri di penjuru dewan. Berdiri sambil memandang lantai dewan. Pelbagai soalan muncul di mindanya. Kenapa Hana boleh berdarah begitu? Apa sebenarnya hubungan Eil dan Hana? Adakah Irsyad masih suka pada Hana?

Keluhan dilepaskan. Tipulah kalau dia tak fikir langsung soal Eil dan Hana. Hampir setiap malam dia terfikir. Tak cukup itu, hubungannya dan Irsyad pun semakin dingin hanya kerana seorang perempuan.

"Bro." Tiba-tiba bahunya ditepuk.

Baru sahaja sebut dah muncul. Eil.

"Kau ada nampak Hana tak bro?" Soal Eil.

Keluhan Hadi lepaskan. "Tak ada. Kenapa kau cari dia?"

"Urusan peribadi. Okeylah bro thanks."

Baru sahaja Eil mahu berlalu, Hadi membuka mulut menahan.

"Aku ada benda nak tanya kat kau."

"Sure, apa?" Eil berundur setapak dan memusing memandang Hadi semula.

Hadi memerhati sekeliling sebentar sebelum mata beralih memandang Eil dihadapannya. Sama tinggi, sama tegap. Wajah Eil dipandang bagai hendak tembus.

"Kau siapa eh? Tiba-tiba masuk dalam hidup Hana?"

Seketika Eil melepaskan tawa. Hadi kekal serius.

"Kalau aku kata aku kekasih Hana?" Sinis jawapan Eil.

Terus tangan Hadi naik menolak dada Eil kasar. Urat mula timbul menandakan dia sedang menahan amarah dan geram.

"Woah... Bro chill lah." Eil masih dengan senyuman sambil membetulkan baju melayunya.

"Macam ni lah, apa kata kau tanya Hana sendiri siapa aku pada dia. Ouh jangan lupa tanya sekali siapa Hayla pada Hana."

"Aku gerak dulu bro." Tangan naik mahu menepuk bahu Hadi namun pantas lelaki itu menepus kuat.

"Jangan sentuh aku."

"Ops! Sorry bro hahahah." Eil sempat melemparkan senyuman sebelum berlalu.

Hadi menghembus nafas kasar. Apa hubungannya pula Hana dan Hayla. Kenapa Eil seolah tahu sesuatu? Argh serabut! Hadi meraup wajah sambil beristifar banyak kali.

"Di! Apa lepak belakang dewan? Majlis mula dah." Teguran Faim membuatkan Hadi tersedar.

"Jom lah! Ish kau ni macam kena tinggal awek pula termenung tak sudah."

Terus tubuhnya ditarik ke hadapan dewan menyertai aktiviti pelajar yang lain.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now