Bab 8

2.6K 211 15
                                    

WAJAH yang berada di hadapannya membuatkan dirinya terkebelakang selangkah. Kenapa Hana boleh ada di taman perumahannya? Tak akan Hana stalk dia kot?

"Eh, pangeran Hadi..." Wajah Hana berseri-seri memandang Hadi.

"Abang long, Hatta nak naik buai ni tapi kakak ni tak kas..."

"Eh naik! Mana ada kakak tak kasi. Apalah Hatta ni, nah naik. Naik sampai ayah pin pun tak apa." Potong Hana sebelum beralih dari buai. Senyuman ditayang selebar yang boleh.

Hadi hanya memerhati tingkah laku Hatta yang terkial-kial ingin naik buai, pantas tubuh adiknya didukung lalu diletak di atas buai. Dihayun ke depan ke belakang perlahan.

"Maaf sebab Hatta sembur awak tadi."

"Tak apa, sembur banyak-banyak pun saya tak kisah."

Seketika pandangan dikalih ke arah adik kembarnya yang sedang berlari di treck kawasan jogging. Walaupun Arissa dan Alissa sudah besar, dia sebagai abang tetap risau.

"Hadi duduk kawasan sini ke?" Soal Hana.

Syara sudah berlalu ke arah Heiz. Ada baiknya dia mengorat adik Hana yang kacak itu.

"Ya." Sepatah jawapan Hadi.

"Ouh..." Hana menggoyang badan ke kiri dan ke kanan. Wajah Hadi dipandang, kacaknya!

Macam muka bakal suami Hana!

Hadi pula mula tidak senang duduk, tatkala wajahnya direnung oleh Hana. Pipi semakin merah apabila Hana menghadiahkan satu kenyitan mata.

Pantas kepala digeleng. Astagfirullah.

"Pasal hari itu, Hadi marah lagi ke?"

"Tak," mujur Athilia membuat salinan untuk borang kawad kaki tersebut.

"Saya pun minta maaf sebab tertinggi suara." Pinta Hadi sambil menunduk.

"Eh tak apa, salah Hana. Jom, Hana belanja Hadi aiskrim dekat depan tu." Pelawa Hana.

"Maaf, say..."

"Nak! Hatta nak abang long," celah Hatta. Keluhan Hadi lepaskan, aduhai Hatta sayang.

"Tapi saya bawa adik saya yang lain juga."

"Tak apa, saya belanja semua," senyuman manis dilempar.

Tak sia-sia ikut papa balik hari ini. Dapat jumpa pangeran Hadi di taman. Dapat kenal adik-beradik Hadi. Dapat makan aiskrim dengan Hadi. Argh! Seronoknya!

*** 

"NAH untuk Arissa, Alissa dan Hatta!" Ceria Hana memberikan aiskrim kepada mereka.

"Terima kasih kak Hana!" Ucap ketiga-tiganya serentak.

"Semua sekali RM15 ringgit cik," beritahu penjual aiskrim tersebut.

"Okey sekejap ya," Hana mula menyeluk poket seluar. Eh, mana pula duitnya pergi? Aduh, depan Hadi ni.

Tiba-tiba teringat akan Heiz. Adiknya itu pasti ada duit.

"Heiz, aku nak duit." Pinta Hana sambil menghulur tangan.

"Kenap..."

"Bagi duit atau aku ajak Syara tidur dekat rumah malam ni?" Bisik Hana di telinga Heiz.

Pantas adiknya mengeluarkan dompet dari poket seluar. Not RM20 diserahkan kepada kakaknya. Dari ajak Syara tidur dekat rumah, baik dia keluarkan duit.

"Terima kasih..." Ucap Hana sebaik sahaja Heiz menghulurkan duit.

"Nah, bang. Bakinya simpan je."

"Sama-sama cik, semoga murah rezeki." Penjual aiskrim tersebut tersenyum lebar.

Mereka berlalu ke arah bangku berdekatan. Hana mula melabuhkan punggung di sebelah bangku yang diduduki oleh Hadi. Hatta pula diriba oleh Hadi.

"Sedap tak Hatta?" Soal Hana. Orang kata, nak ambil hati abang kenalah ambil hati adik-beradiknya dulu.

"Sedap!" Balas Hatta sambil menjilat aiskrim coklat tersebut.

"Arissa dengan Alissa berapa tahun?"

"9 tahun kak Hana." Jawab Arissa.

Hana mengangguk. Jujur, dia ingatkan Arissa dan Alissa ini sudah belasan tahun. Wajah merka kelihatan matang dari usia. Kalau berdiri sebelah pangeran Hadi, pasti mereka di luar sana akan ingat itu girlfriend Hadi.

Tapi tak boleh lawan dia, kalau dia berdiri sebelah Hadi macam pasangan suami isteri.

"Hana, malam ni mama dengan baba aku tak ada dekat rumah. Tumpang rumah kau eh?" Pinta Syara.

Tanpa aba-aba, Heiz terus tersedak kuat. Nak menyesal pun sudah terlambat.

"Mama dengan baba kau pergi mana?"

"Jumpa abang aku. Boleh eh tumpang?"

"Boleh sangat..." Jawab Hana meleret. Saja sakitkan hati Heiz yang tajam merenungnya.

Kini wajah Hana beralih memandang Hadi semula. Lelaki itu hanya diam, sekali-sekala mengusap comot aiskrim di bibir Hatta. Ada juga dirinya pelawa aiskrim kepada Hadi, tetapi lelaki itu tolak. Katanya tidak makan benda manis sangat.

"Kak Hana umur berapa?" Soal Alissa tiba-tiba.

"Sama dengan abang long awak semua,"

"Jadi Hatta boleh panggil kakak, kakak long ke?" Celah Hatta sambil memandangnya.

"Hatta," tegas suara Hadi menegur.

"Abang long sama umur dengan kakak. Jadi Hatta kena panggil kakak ni kakak long ke?" Hatta mula turun dari riba Hadi. Kemudian dia memandang abang long juga kakak di sebelah abang long bersilih ganti.

Hana melarikan mata apabila Hadi memandangnya sekilas.

"Tak semestinya, Hatta tak perlu panggil kakak ni kakak long." Lembut suara Hadi memberitahu Hatta.

"Hatta tak faham abang long,"

"Kau memang, semua tak faham." Alissa mencebik.

Pap!

"Aduh sakitlah!" Paha yang ditepuk oleh Arissa diusap.

Mendapat renungan tajam dari abang long, terus Alissa tersengih seperti kerang busuk. Jangan main-main dengan renungan abang long, kejap lagi mendapat ketam.

Melihat Hatta yang masih memandangnya terkebil-kebil, dia hanya mampu melemparkan senyuman. Karang dia kata boleh tapi pangeran Hadi tak suka, sakit pula hati.

"Boleh ke abang long?"

Lama Hadi diam tidak membalas soalan Hatta. Bukan dirinya yang menanti, tetapi semua turut menanti.

Keluhan Hadi lepas,

"Boleh."

Hana menekup mulut. Rasa mahu menjerit tetapi ditahan. Syara pula sudah menunjukkan simbol thumbs up. Heiz hanya mencebik. Arissa dan Alissa saling berhigh-five.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now