B4

2.8K 198 11
                                    

BARU sahaja tangan mahu membuka pintu kereta muncul susuk tubuh di hadapannya. Lantas Hana menyelongkar beg tangan, ni mesti nak minta sedekah.

"Assalamualaikum." Garaunya suara, ini kalau menyanyi mesti geng geng galau. Wajah si garau itu tidak dipandang langsung, Hana masih leka mencari beg duitnya.

"Waalaikummussalam sekejap ya saya cari duit."

Hadi mengerut dahi. Dah kenapa pula Hana nak cari duit.

"Encik dah berapa hari tak makan? Ni saya kasi lebih sikit buat alas perut seminggu dua ni." Haish mana pula beg duit dia. Memanglah waktu macam ni tak jumpa. Bayangkan beg tangannya penuh dengan pil ubatan yang tak tersusun, memang lesap terus bentuk beg duit.

Mendengar itu membuatkan Hadi tersenyum. Sah mesti Hana ingat dia nak minta sedekah ni. Ada baiknya dia layankan aja.

"Haah cik, saya dah dua minggu tak makan. Lapar sangat lagi-lagi lapar kemaafan cik."

"Eh awak tak buat salah apa. Sekejap ya? Tak jumpa pula beg duit ni. Ni awak ambil teh ais saya dulu," teh ais gantung dihulur. Hana mendengus geram, ya Allah mana beg duit dia ni? Tak akanlah tertinggal di kaunter bayar tadi.

Huluran Hana disambut oleh Hadi. "Terima kasih cik, saya memang tengah haus sangat sekarang." Senyuman disorok. Hailah Hana!

"Nama encik apa?"

"Ehsan. Nama saya Ehsan." Jawab Hadi.

"Encik Ehsan kalau kita ada kudratkan, kita kena usaha cari rezeki tau. Tak elok meminta sedangkan diri mampu tapi harini anggap je saya hadiahkan wang ni bukan derma." Jumpa sahaja beg duit terus Hana bawa keluar. Tiga keping not 50 diambil.

"Saya dah kerja dah cik."

Hana mengerut dahi. Terus diangkat wajahnya memandang gerangan tersebut.

"Assalamualaikum Hana Hayla. Nama saya Hadi Ehsan." Hadi tersenyum.

Lemah lutut Hana menerima senyuman manis Hadi. Terus wajah dikalih ke arah lain. Tak sanggup nak pandang, takut dia yang rebah meroyan.

"Hana sihat?"

"Hat." Itu sahaja yang Hadi dengar.

"Apa hat?"

"Sihat. Hana sihat."

Hadi tersenyum lagi. Pipi Hana yang sudah bertukar kemerahan membuatkan Hadi lagi tersenyum dengan lebar hingga menampakkan gigi putihnya yang elok tersusun.

"Ehsan pun sihat eh maksud saya Hadi pun sihat."

"Tak tanya." Sarkastik Hana menjawab.

"Hadi cuma beritahu."

"Hana tak nak tahu."

Wajah Hadi yang sedang tersenyum dijeling. Apa pasal Hadi makin kacak ni? Runtuhlah nanti tembok ego dia yang nak pulaukan Hadi! Jantung ni pun berdegup bukan main laju. Lemah betullah. Baru senyum belum ciu.. Astagfirullah!

"Hadi nak ajak dating secara sah. Hana nak?"

Berkerut dahi Hana. Dating mana ada sah, semua haram masalahnya.

"Tak faham ya?" Hadi masih tersenyum.

"Minum ketum ke sampai cakap pelik pelik ni?" Lekas duit disimpan kembali ke dalam beg tangannya.

Air teh ais di tangan Hadi diambil semula lalu disedut sehingga separuh. Memang tadi dia beli sebab haus nak mampos tapi bila teringat ada yang lebih memerlukan, dia batalkan niatnya. Tapi bila tengok gerangan tu Hadi tak jadilah dia nak buat baik.

"Eh Hana tadi Hadi dah tersedut airnya!" Usikan Hadi membuatkan Hana terus menyebur teh air yang berada di dalam mulut. Tepat tepat mengena wajah Hadi.

Asudah!

Hadi pejam mata seketika sebelum menyapu wajahnya yang sudah melekit. "Tak apa," itu sahaja balasan Hadi sambil tersenyum. Tak penat ke senyum hah!

"Minta maaf, sekejap." Pintu kereta dibuka lalu tisu yang sememangnya berada di dalam kereta diambil dan dihulurkamn kepada Hadi.

"Hana tak apa." Tolak Hadi lembut.

Tak apa luaran bolehlah! Melihat Hadi enggan menerima tisunya membuatkan Hana terus mengambil sehelai tisu lalu ditonyoh wajah Hadi. Kalau bersemut muka Hadi nanti macam mana?

"Hana, Hana tak apa." Hadi mula menjauhkan diri setapak kebelakang. Mungkin ini balasan sebab dia tersembur Hana beberapa tahun lalu.

"Nanti bersemut mukalah!" Geram Hana dibuatnya. Sudahlah dia sembur tu dari mulut. Apa tak senonohnya dia.

Hadi terus mengambil tisu dari tangan Hana tanpa bersentuhan. "Tak apa biar Hadi bersih sendiri."

Suasana jeda. Hadi masih leka mengelap muka yang terkena semburan dan Hana pula sekadar memerhati.

"Jadi Hana setuju tak dating dengan Hadi secara sah?"

"Jangan nak merepek. Haram." Balas Hana.

"Maksud Hadi kahwin. Hana nak tak kahwin dengan Hadi?"

Serentak itu juga lemah lutut Hana untuk berdiri. Lamaran jenis apakah ini?

"Eh Hana!" Kalut Hadi dibuatnya melihat Hana melorot jatuh.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now