Bab 29

2.5K 193 14
                                    

LAMAN rumah kampung yang dihiasi tanaman bunga membuatkan mata Hana sedikit rambang. Rajin betul moyang Hadi menanam.

"Cucu tokmi!"

"Cicit nenda!"

Mata hanya memandang. Keluarga Hadi sedang bersalam-salaman. Sedikti sebanyak rasa cemburu mula timbul. Lihat sahaja keluarga Hadi yang serba serbi sempurna membuatkan Hana menunduk. Mama...

"Hadi! Semak molek cicit nenda." Ucap nenda selepas meleraikan pelukan.

"Hatta?"

"Allah, cicit nenda hokni pun semak!"

Hana mengerut dahi. Semak? Boleh pula macam tu. Jauh-jauh cicit dia balik, dia kata semak? Peliknya! Hadi dan Hatta pun suka macam terima je kutukan tu.

"Semak tu hensem maksudnya kakak long," muncul Arissa di sebelahnya.

Jem sekejap kepala. Setahu dia semak maksudnya tak suka atau menyampah tapi yang ni?

"Tak apa nanti Rissa ajar akak perkataan-perkataan kelantan."

Tiba-tiba suara Syara mematikan suasana harmoni sebentar tadi. Semua mula memandang ke arah Syara.

"Nate menate!" Ucap Syara teruja.

"Betul tu kak Syara. Menate mung ni! Ha macam tu." Ajar Alissa.

"Hok aloh menate mung ni!" Ikut Syara.

"Alissa! Apa ajar orang perkataan tak baik macam tu." Tegur ibu Hadi sambil membesarkan mata.

Semua melepaskan tawa. Hanya Heiz sahaja yang terpinga-pinga. Member baru bangun. Itu pun mamai mamai lagi. Entah celik ke tidak mata tu.

"Mari masuk semua," jemput nenda dan tokmi.

***

SELESAI sahaja membersihkan diri, Hadi menapak turun ke bawah. Niatnya petang ni nak pusing-pusing kampung. Lama tak balik sejak dua tahun yang lalu.

"Ibu?" Panggil Hadi sambil menjengahkan kepala.

"Ibu kat dapur ke?" Kaki melangkah ke arah dapur.

Terhenti langkahnya apabila melihat susuk tubuh Hana yang sedang melahap meggie. Okay agak pelik, orang semua berehat dan bersihkan diri tapi Hana boleh makan?

"Cari aunty ke?" Tegur Hana sambil memandang Hadi.

"Ya, ada nampak ibu tak?"

"Ada, pergilah dapur belakang tu." Hana menjuih mulut ke arah dapur memasak.

Tiba-tiba Hadi rasa nak duduk di meja makan dengan Hana. Mungkin ni peluang untuk dia minta maaf kan?

"Erm Hana," panggil Hadi.

"Hmm?" Soal Hana sebelum menyedut maggie. Nikmatnya makan maggie petang macam ni!

"Saya nak cakap sikit boleh?"

"Hadi memang dah bercakap." Balas Hana.

Hadi hanya tersenyum sambil menggosok tengkuknya.

"Hana, soal hari tu Hadi nak minta maaf." Ucap Hadi terus terang tanpa selindung.

Hana melepaskan garfu. Keluhan dikeluh. Wajah Hadi dipandang sekilas.

"Hadi tak penat ke minta maaf?"

Terus mati senyuman di bibir Hadi.

Kini Hana pula tersenyum sambil memandang Hadi. Hana tahu ucapannya tadi agak kasar tapi dia penat sudah nak berharap.

"Hadi pun tahu dah kan dari mulut Syara yang Hana tak akan kejar Hadi lagi? Hadi pun nampakkan penatnya Hana? Jadi simpan sahaja maaf tu." Terus Hana berdiri dan mengangkat mangkuk maggie.

"Maaf ni besar nilainya. Maaf ni perlu ikhlas. Hadi rasa maaf Hadi bernilai dan ikhlas ke kalau buat salah minta maaf kemudian ulang lagi?"

Hadi tidak mampu berkata apa. Memang dia akui sikapnya yang sering mengulangi kesilapan itu teruk.

"Saya ikhlas kali ini,"

"Tapi Hana dah tak perlukan kata maaf dari Hadi."

Sakit. Hadi rasa sakit. Macam ni ke Hana rasa bila dulu dia buat tak endah dekat Hana? Dia acuhkan Hana? Macam ni ke?

Hadi hilang kata-kata untuk meneruskan ucapannya. Senyuman sayu dilempar ke arah Hana sebelum kakinya melangkah pergi.

Hilang sudah niatnya untuk mencari ibu. Ingatkan nak usik-usik ibu tapi hati dia pula yang terusik dengan ayat yang keluar dari mulug Hana.

Mungkin sekarang memang tak ada ruang untuk dia bertapak dalam hati Hana ataupun ruang tersebut sudah dirampas oleh sahabat baiknya? Hadi meraup rambut ke belakang. Stress!

***

"KAU cakap macam tu dekat Hadi?" Tinggi suara Syara menyoal.

Hana mengangguk sambil menunduk. Rasa jahatlah pula bila cakap macam tu dekat Hadi.

"Hana... Aku bukan nak backup Hadi tau, tapi kalau betul dia maksudkan maaf tu dan cuba untuk balas perasaan kau balik macam mana?"

"Syara, aku tak lama dah..."

"Hana! Hidup mati bukan kita tentu. Sakit tu ujian." Tegur Syara. Dia tak suka bila Hana cakap bukan-bukan macam tu.

"Dua kali aku kena serang dengan sakit ni, agak-agak ada harapan ke Syara?"

Syara mengeluh. Tangan Hana dicapai lalu digenggam seolah memberi kekuatan.

"Hana, kau sahabat aku tau... Aku tak suka bila kau cakap benda yang kita sendiri tak tahu. Sakit boleh sembuh. Kau bukan tak pernah sembuh. Aku tak suka lah dengar ayat-ayat macam tu."

"Tapi Syara..." Belum semoat Hana membalas, Syara kembali memotong.

"Sakit tu rezeki tau. Sekurangnya kau tahu, tapi aku? Aku tak tahu bila aku mati. Boleh jadi sekejap lagi, seminit lagi. Entah-entah sesaat lagi."

Kini Hana terdiam. Tersentap dengan ayat Syara.

"Aku sayang kau Hana. Tolong berhenti fikir bukan-bukan. Kita datang sini nak bercuti kan? Aku tak kata lupakan tapi aku tak suka kau cakap macam tu."

"Hana aku kuat kan?" Syara tersenyum sambil matanya berair.

Perlahan Hana leraikan genggaman tangan dan menarik Syara ke dalam pelukan.

"Sorry cakap benda yang kau tak suka..."

Syara menepuk bahu Hana perlahan.

"Manja kali kau sayang." Usik Syara.

"Aku maki kau nanti Syara." Hana leraikan pelukan dan menunjukkan buku lima ke arah Syara.

"Manja kali Hana sayang..." Meleret suara Syara mengusik lagi.

"Jaaaangan pedulikan aku!" Balas Hana.

Pengaruh tiktok sungguh!

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now