Bab 5

2.9K 214 5
                                    

"HANA, Heiz nak cakap sekejap." Terus lengannya ditarik.

Hana hanya memandang Heiz atau nama panjang adiknya Heiz Hayyan. Adik kandung berlainan mak. Entah bila papa kahwin dengan makcik Ratna. Tahu-tahu ada adik umur beza setahun.

"Ini, mummy ada buatkan mi goreng. Hana ambillah." Heiz menghulurkan bekal tersebut ke arah aku.

Sejujurnya, Hana masih tidak dapat menerima dengan apa yang terjadi. Memanglah makcik Ratna dan Heiz cuba untuk berbaik dengannya, tapi bila teringatkan mama...

Rasa itu masih sakit.

"Tak apalah, aku nak makan nasi lemak kantin je." Tolakku dan mula mengorak langkah ke arah kantin.

Pantas Heiz menahan tangan kakaknya.

"Kak Han..."

"Jangan panggil aku kakak." Tegas Hana melarang. Di sekolah tak ada sesiapa tahu Heiz ini adiknya, kecuali Syara dan pihak kerani.

Hana sendiri lebih selesa menulis nama Hana Hayla pada setiap bukunya. Nama bapanya jarang diberitahu.

"Hana, ambillah. Kesian mummy dah masak. Heiz merayu." Mata Heiz dipandang. Jelas mengharapkan dia menerima bekal tersebut.

Nak tak nak bekal disambut jua.

"Thanks." Pantas Hana berlalu ke arah kantin.

Perlahan-lahan Heiz mengukir senyuman. Walau apa cara sekali pun, Heiz akan rapatkan semua hubungan adik beradik kita.

***

PUNGGUNG dilabuh. Syara yang sedang menyuap nasi lemak dipandang. Sempat Syara mengangkat kening apabila bekal di tangan Hana.

"Adik kau bagi?" Soal Syara.

"Shh! Tak payahlah panggil dia adik. Panggil nama sudah." Penutup bekal dibuka. Siap ada telur goreng lagi, memang betullah makcik Ratna masak. Bau pun tahu.

"Mummy kau masak eh? Nak sikit." Syara menyua garpu ke arah bekal Hana.

"Makcik Ratna okey? Bukan mummy." Dibiarkan sahaja Syara mengambil mi gorengnya.

Dari darjah satu, dia dan Syara berkawan rapat. Setakat kongsi makanan, apalah sangat? Kadang-kadang Syara siap menginap di rumahnya lagi.

"Alah, makcik Ratna kahwin dengan papa kau. Kira mummy lah."

"Tahulah suka Heiz, tapi tak payah nak mummy sangat! Menyampah aku."

Syara melempar senyuman. Bukan tak tahu, Syara syok dengan adiknya. Walaupun Syara tua setahun. Kalau jumpa papa bukan main mesra alam, katanya practice supaya kahwin nanti tak kekok.

"Ei, kak Hana ni..." Tersipu-sipu Syara menahan malu.

"Syara, aku pukul kang."

Mata yang tadinya melihat Syara mula beralih tatkala kelibat Hadi bersama seorang gadis lalu. Itu bukan ke Athilia? Budak kelas belakang.

Hana mula tidak senang duduk. Kenapa pula Hadi jalan berdua dengan Athilia tu? Siap gelak lagi. Ish! Tak boleh jadi ni.

"Oi! Kau perhati apa sampa..." Kata-kata Syara terhenti apabila kepala ditoleh ke arah kiri.

Okey sekarang dia faham kenapa Hana perhati macam nak tembus. Hadi dengan Athilia. Bukan kelas belakang tetapi aktif sukan dan kokurikulum.

"Kau jangan cakap yang kau nak pergi, eh Hana! Mi goreng kau ni?!" Jeritan Syara menarik perhatian pelajar lain di kantin. Pantas muka ditekup.

"Habiskan!" Laung Hana membalas. Langkah Hadi dikejar. Nak tak nak, kena juga tahu kenapa Hadi jalan berdua dengan Athilia.

***

"Faham." Balas Hadi kepada soalan Athilia.

"Jadi macam tulah, cumanya kalau nak sampai ke peringkat negeri atau kebangsaan susah sikitlah sebab ramai pesaing." Beritahu Athilia lagi.

"Ouh, tak apalah kalau macam tu. Nanti saya dengan yang lain bincang dulu. Terima kasih untuk borangnya Athilia." Sopan Hadi berterima kasih.

"Sama-sama, aku gerak dulu ah." Terus Athilia berlalu.

Pap! Terasa bahu dipukul dari belakang. Pantas Hadi memusingkan kepala untuk melihat gerangan tersebut.

"Hana rupanya." Hadi melepas nafas, apa lagilah yang Hana nak darinya.

"Hadi buat apa dengan Athilia?" Soal Hana sambil memandangnya atas bawah.

"Adalah." Wajah malas ditayang. Sejujurnya dia rasa semak dengan kehadiran Hana.

Hana yang tidak berpuas hati mula merampas borang dari tangan Hadi. Namun Hadi menahan.

"Ish, janganlah Hana. Ni borang sayalah!" Borang ditarik kembali. Suka hati mak bapak Hana sahaja menarik borangnya.

"Bagilah Hana tengok Hadi!" Tangan Hana masih menarik borang dari pegangannya.

Skrap!

Akibat tarik menarik itu, membuatkan borang di tangannya terkoyak. Separuh berada di tangan Hana, separuh lagi berada di tangannya. Hadi menghembus nafas.

"Hana, boleh tak jangan ganggu urusan orang? Ini privasi saya." Mendatar suara Hadi.

"Hana minta maaf, Hana cuma nak tengok. Hadi yang tak bagi..."

Melihat Hana meminta maaf dengan selamba tanpa rasa bersalah membuatkan dirinya menggelegak. Apa tak ada rasa bersalahkah pada diri gadis itu?

"Nak sangat tengok ni borang apa?! Nah, ambil!" Borang dilempar sebaik sahaja dia menengking. Sakit hatinya tak tertahan.

"Ha...di." terkedu Hana tatkala Hadi menengkingnya.

Hana hanya menghantar pandangan ke arah tubuh Hadi yang semakin menjauh. Cebisan borang di lantai, dikutip.

Hana Hayla, kau buat apa ni? Tengok pangeran Hadi dah marah.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now