B9

2K 155 11
                                    

HANA menjeling Hadi sebaik sahaja lelaki itu turun dari aras atas. Sebal. Sebab Hadi lah dia terpaksa mandi sekali lagi. Turun sahaja ke bawah, papa dengan yang lain sudah bersarapan. Termasuklah Heiz yang berwajah pucat.

"Sambung tidur ke Hadi?" Tegur papa.

"Haah, sambung tidur." Itu sahaja balasan Hadi sebelum tersenyum dan mengambil tempat duduk di sebelah Hana.

"Iya lah tu tidur..." Usik Syara sebelum mengangkat kening. Bukan main gatal muka Syara mengenakannya.

"Diam. Makan sekarang dan jangan banyak bunyi." Hana besarkan mata tanda marah.

Papa dan mummy hanya menggelengkan kepala melihat telatah Hana dan Syara. Heiz yang tidak sihat dipandang. Bukan main lembik adiknya sehingga meliuk lentok atas kerusi.

Usai sarapan pagi, semua menapak ke ruangtamu. Papa waktu ni memang free, nanti adalah tu merayap jumpa kawan-kawan dia. Mummy pula lebih selesa duduk di rumah. Mummy bukan jenis geng-geng mak datin yang keluar shopping semua itu. Mummy suka habiskan masa dengan membaca novel, tengok drama dan online shopping sahaja.

Sisi mummy yang tak suka bergaul ini baru dia nampak beberapa tahun yang lalu semenjak dia pindah masuk ke rumah papa dan mummy. Wajarlah kalau adiknya Heiz tak banyak mulut sebab mummy boleh dikategorikan pendiam.

"Kau orang tak ada plan nak ke mana-mana? Maksud papa bercuti ke atau honeymoon." Soal papa sambil memandang ke arahnya dan Hadi.

"Hadi tak kesah. Ada seminggu lebih lagi cuti." Itu jawapan Hadi.

Amboi mudahkan jawapan suami. Tak kesah. Lepastu nak memikirkan tempat bercuti semua bagi isteri. Hana tak suka berjalan! Penat!

"Hana ada nak pergi mana-mana ke?" Mummy memandangnya pula meminta jawapan. Kan dia dah kata nanti isteri juga yang putuskan ke mana tempat percutian.

Hana memandang Hadi di sebelah. Macam biasa Hadi hanya memberikan senyuman.

"Kalau kita semua bercuti rumah nenda Hadi nak? Kita semualah macam dulu dulu." Hana mahu suasana kampung yang segar.

"Good idea! Nanti papa bagitahu ayah Hana pasal ni. Kalau on, lusa macam tu kita terus bergerak ke sana." Sokong papa sebelum membuka telefon bimbit. Tak menyabar betul nak contact besan dia.

Papa mula menghilang. Berbual dengan ayah lah tu. Mummy pula masih khusyuk membaca berita dalam ipad. Heiz dan Syara sudah meminta diri naik ke atas. Kesian juga Heiz tak sehat. Pucat sahaja muka adiknya.

"Kita nak buat apa pagi ni?" Hadi memandang Hana.

"Semua nak Hana decide. Hadi pula lah bagi idea nak buat apa pagi ni."

"Kalau ikut Hadi, Hadi nak naik bilik semula."

Haish!

"Bukan, ada sesuatu Hadi nak tanya dan bincang." Pantas Hadi sangkal fikiran kotor Hana. Itu lah Hana kau tu yang otak kotor sebenarnya kan?

"Okey jom." Lengan Hadi ditarik.

Sempat mereka meminta izin mummy sebelum keduanya naik ke tingkat atas.

***

TIBA di bilik, Hadi dan Hana terus berlabuh atas katil.

"Sini sini, duduk rapat dengan Hadi." Hadi menarik Hana untuk duduk bersila di depannya. Lutut bertemu lulut.

"Kita main game nak?"

Hana kerutkan dahi. Tadi kata nak bincang, ini ajak main game pula.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now