Bab 50

2.5K 137 10
                                    

SEBULAN tidak menjejakkan kaki ke sekolah. Banyak mata memandangnya sebaik sahaja dia berjalan masuk ke kawasan sekolah. Oh bukan kerana penampilannya? Mungkin.

"Hana?" Terhenti langkah Hana apabila namanya diseru dari belakang. Perlahan kepala menoleh.

"Oh kau rupanya. Ha kenapa?" Mata memandang Eil yang berjalan dan berdiri di sebelahnya.

"Terkejut. Tiba-tiba datang sekolah harini. Tak bagitahu pun keluar wad?" Tegur Eil sebelum berjalan bersebelahan Hana.

"Kau bukan laki aku pun. Ni kau dah tahu, kira okey lah tu." Jawab Hana.

Sekeliling memandang langkah Hana dan Eil. Siapa sahaja tak pandang, sebulan lesap. Tup tup datang dengan ketua pelajar sekolah siap berbual seolah tak ada apa yang berlaku.

"Kau pandang pandang apa? Macam nampak hantu!" Dijeling remaja junior yang memandangnya sambil terbuka mulut. Dah kenapa semua orang ni.

"Sorry kak.." Lekas pelajar junior itu melarikan diri.

Hana besarkan mata kepada semua yang memandangnya. Lengan diangkat tinggi lalu genggaman tangan ditunjuk. Sengaja menakutkan pelajar yang memandangnya.

"Berlagak punya perempuan. Ingat hebat sangat lah tu berjalan sebelah Eil?"

Berdesing telinga Hana mendengar suara kutukan yang menghinanya. Terus statik kaki dari berjalan. Kaki melangkah ke arah suara sumbang yang galak menghinanya.

"Kau kata aku apa? Berlagak?"

"Memang pun. Berlagak!" Balas pelajar itu berani.

"Kau nak cemburu apa? Eil ni suami kau ke?"

"Habis kau berjalan sebelah Eil. Ingat Eil suami kau?"

Wah! Wah! Baru masuk sekolah dah ada yang ajaknya bertumbuk. Panas hati Hana dibuatnya. Baru sahaja mulut mahu membalas, mata tertancap akan gerangan yang sedang memerhatinya.

Pangeran Hadi!

"Hadi!"

Sempat Hana berikan jelingan tajam ke arah pelajar perempuan tersebut sebelum berlari anak ke arah Hadi.

"Hana.." Terhenti langkah kaki Hadi. Wajah ceria Hana dipandang namun ada yang tidak kena.

Wajah itu nampak cengkung. Rambut juga lain. Seolah rambut palsu tapi Hadi abaikan sahaja. Mungkin mata dia yang silap.

"Hadi sehat?"

"Alhamdulillah."

"Hana, saya gerak kelas dulu." Pinta Eil sebelum terus berlalu ke kelas.

Hana hanya mengangguk sebelum kembali memandang Hadi.

"Kelas dah nak mula."

***

"AWAK semua selalu ya buat mistake! Perpuluhan tu letak betul-betul. Apa dakwat pen tu tak boleh nak tekan? Bila saya kata salah jawapan mulalah nak mempersoalkan kenapa salah. Hey mata penanda kertas tu pun kalau dia tak nampak titik perpuluhan tu memang salah terus jawapan awak semua. Faham? Ingat, bila letak titik letak betul-betul."

Masuk sahaja ke dalam kelas sudah dibebel oleh guru mata pelajaran math. Mata memandang Syara disebelah kiri yang sudah tersebik-sebik. Manakan tidak sahabatnya sudah menjawab betul tapi akibat titik perpuluhan, hilang begitu sahaja 4 markah.

"Soalan linear. Berapa kali saya nak ulang? Awak sedar tak SPM tu dah makin dekat. Sepatutnya soalan linear ni dah boleh kuasai siap fullmark! Tapi masih ada student yang tinggal kosong lagi."

"Itu belum saya cerita soalan lukisan berskala. Hampir separuh kelas salah! Bila lukis, tengok betul-betul. Kira cm nya! Tapi ada lagi yang melukis macam lukisan budak darjah 1! Garis tu guna pembaris bukan kalkulator!"

Satu masa pertama math hanya dihabiskan dengan bebelan. Bosannya. Entah berapa kali cikgu math itu ulang benda yang sama. Hana terus membaringkan kepala atas meja berlapikkan lengan. Cepatlah habis waktu math. Boleh bernanah telinga dengan bebelan pagi pagi.

"Ini ada set soalan dari Perlis. Saya nak semua siapkan hari ni dan esok saya akan bincang dan kita tengok skor markah awak semua macam mana. Jangan ada satu pun soalan yang awak semua tak jawab."

Sebaik sahaja menerima kertas soalan satu kelas hanya diam menjawab set soalan dari Perlis. Tiba-tiba lengan Hana ditolak.

"Apa?" Bisik Hana sambil memandang Syara.

"Kau dah bagitahu ke yang kau ni Hayla?"

Terlepas terus pensel dari tangan Hana. Macam mana dia boleh lupa walhal berkali-kali Syara memesan whatsapp padanya.

"Aku dah agak kau lupa."

"Masa tak sesuailah Syara." Balas Hana. Mata kembali memandang kertas soalan.

"Masa tu kalau kita cari ada je. Kau tu yang tak nak buka mulut. Nak tunggu dia tahu dari mulut orang?"

Keluhan Hana lepaskan.

"Nanti nanti lah aku bagitahu."

"Kau nak tunggu SPM baru nak bagitahu?" Tekaan Syara membuatkan Hana menoleh memandang Hadi. Lelaki itu sedang tekun menjawab soalan. Sesekali kening Hadi akan berkerut.

"Ke kau nak aku yang bagitahu?"

"Eish jangan. Aku bagitahu tapi bukan hari ni."

"Aku bukan nak desak kau. Aku takut dia tahu dari mulut orang. Dah dia label kau main-mainkan hati dia. Kau bukan tak nampak dia sendiri dah mula ada rasa dekat kau."

Tangan Syara naik memegang bahu Hana.

"Aku tak nak kau sedih bila dia label kau itu ini. Ada baiknya dia dengar sendiri dari mulut kau."

Hana sekadar mengangguk. Wajah Hadi dipandang sekali lagi. Kenapa kita bertemu pada masa yang tidak tepat Hadi? Kenapa bukan 5 tahun akan datang?

"Thanks adik ipar." Sengaja Hana mahu mengusik.

"Sama-sama kakak ipar hihi." Syara menekup pipi kerana malu sebelum kembali memandang kertas soalan.



***

Cerita ni tak ada halatuju betul. Mungkin bab 55 kita end dengan ending tergantung HAHAHA 🤫

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now