S2 | B1

3.6K 187 23
                                    

HADI memandang pantulan wajahnya. Hari ini genap 7 tahun Hana menghilangkan diri. Selama 7 tahun itu juga dia dihurung rasa bersalah. Acap kali diri sendiri mengutuk diri.

"Abang long cepatlah! Hari ni kan nak pergi kenduri kahwin. Rissa dengan Lissa tak sabar nak cuci mata."

"Hatta pun nak cuci mata." Selit Hatta sebelum duduk di atas katil Hadi.

"Galaknya mata tu nak mencuci mata ya? Nak abang long cungkil biji mata?" Songkong hitam disarung di kepala.

Arissa dan Alissa kini sudah cecah umur 17 tahun manakalah Hatta si bongsu pula sudah berumur 11 tahun. Sekejap sahaja berlalu dan dia pula sudah berumur 24 tahun. Tua betul rasa.

"Hadi! Mana adik-adik semua?" Muncul ibu di sebalik pintu.

"Budak bertuah betul. Ni dah kenapa semua duduk dalam bilik abang long? Cepat turun! Dah lewat dah ni."

Berdesup si kembar dan si bongsu keluar dari biliknya. Hadi hanya menggeleng kepala.

"Ibu tunggu kat bawah."

"Ibu pergi dulu lah. Nanti Hadi datang dengan yang lain." Lembut sahaja suara Hadi menolak.

"Ya lah. Terus datang tau?"

"Ya bu.." Sempat ibu mencium pipinya sebelum keluar dan menutup pintu bilik.

Hadi mengemaskan kain sampin yang dipakai. Hari ini pasti dia akan bertemu dengan Hana di majlis kahwin itu. Bagaimana wajah Hana sekarang? Mata hijau itu masih memukau atau tidak.

Bunyi telefon berdering membuatkan Hadi tersedar semula. Pantas ikon hijau ditekan.

"Aku kat bawah dah ni." Suara Faim.

"Jap jap." Lantas Hadi menutup panggilan dan mencapai dompet sebelum turun ke bawah.

***

"SAH?"

"Sah!"

"Alhamdulillah."

Syara mula mengelap air mata yang mengalir. Siapa sangka dia dapat juga kahwin dengan pujaan hati selepas lamarannya ditolak 20 kali berturut-turut.

"Tahniah adik ipar yang sah!" Suara itu membuatkan Syara menoleh ke sisi.

"Hana.. kau datang?" Tidak tunggu lama terus sahaja tubuh Hana dipeluk erat.

"Gila tak datang? Adik aku dengan sahabat aku kahwin kot."

"Bodohlah kau ni. Kau kata kau tak nak datang semalam. Aku dah meroyan tahu?"

Hana tergelak sambil mengusap bahu Syara. "Apa maki maki ni? Tak baik! Dah jadi isteri orang kena jaga tingkah laku."

"Tak nak!"

"Lama sangat tu peluk. Siapa nak pakai cincin ni?" Teguran dari Heiz membuatkan Syara terus menolak tubuh Hana.

"Sabarlah baby kan cinta tengah peluk kakak baby."

Heiz hanya lepaskan keluhan. " Ya ya cepatlah."

Hana yang melihat terus tersenyum. Heiz adiknya nampak sahaja kasar tapi bila tahu Syara nak tunang dengan orang lain terus tak senang duduk. Dilamar hari itu juga.

Sedang leka melihat suasana indah itu, matanya terhenti pada figura yang sedang memerhatinya. Laju sahaja Hana larikan mata.

7 tahun bukan waktu yang indah. Dia berperang habis-habisan dengan sakitnya untuk sampai ke tahap ini. Separuh mati dia di hospital untuk membuang sel sel yang membunuh hidupnya tetapi masih sahaja dia belum sembuh.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now