Bab 9

2.5K 202 3
                                    

"BETUL ibu! Kakak long tu belanja Hatta aiskrim!" Bersungguh Hatta menceritakan kejadian di taman kepada ibunya.

"Iya? Sedap tak?" Hadi hanya melihat ibu yang sedang melayan sahaja cerita Hatta.

"Sedap! Nanti Hatta nak jumpa kakak long lagi," beritahu Hatta sebelum bergerak ke arah ayah. Tangan didepa, minta didukung.

Dapat Hadi lihat si kembar mula menjuih bibir, siap menjuling mata tanda muak dengan kemanjaan Hatta. Mentanglah anak bongsu. Tiba-tiba terasa bahu dicuit lembut.

Ibu yang tadi berada di sofa berhadapan televisyen, kini sudah berada di sisinya sambil menayangkan senyuman misteri. Hadi mengeluh,

"Kakak long, wau!" Hanum tersenyum. Tak sangka Hadi sudah besar, siapa ada 'kakak long' pula tu.

Jika diingatkan, seolah semalam Hadi dan dia hidup berdua. Kini hambek kau enam orang terus! Wajah Khalif yang pasrah melayan bebelan Hatta turut dilihat. Arissa dan Alissa yang sedang merungut juga dipandang. Semua sudah besar, dia dan Khalif pun sudah berumur.

"Mana adalah ibu, itu kawan Hadi. Dah adik-adik nak panggil dia kakak long, dah tegah pun Hatta tanya kenapa tak boleh panggil macam tu. Mati kutu Hadi nak jawab soalan dia," ucap Hadi.

"Eh ibu cakap wau je, Hadi triggered kenapa?" Hanum tersenyum seraya menjongket kening beberapa kali.

Tersentap Hadi di situ. Terus wajah ibu dipandang lama sebelum dia merebahkan kepala di atas riba ibu. Malas jawab soalan kbat bekas doktor ni, tak mahu kalah.

"Haluu, anak ibu hidup tak?"

"Jangan kacaulah,"

Hanun tersenyum. Rambut lebat Hadi diusap, tahulah dia bahawa Hadi sedang menahan malu.

"Aku rasa kita anak angkat kak. Kau tengok abang long dengan Hatta je dimanjakan. Apa kita sebagai anak perempuan yang cantik, menawan, anggun ni tak layak dimanjakan ke?" Soal Alissa dengan nada pasrah.

"Kau je anak angkat, aku tak." Balas Arissa bersahaja. Kini tubuhnya sedang menempel di sebelah ayah.

"Muka kita sama okey. Kalau aku anak angkat, kau pun anak angkat."

"Amboi, apa yang berangkat? Ibu macam ayam berak kapur teran kau orang. Boleh kata anak angkat," sampuk Khalif apabila mendengar topic anak angkat dari mulut anak daranya.

Tersengih Alissa tatkala ditegur. Arissa pula hanya menayang wajah bersahaja, dipeluk tubuh ayah. Hatta pula ditolak-tolak tanda tidak puas hati.

"Amboi! Semua nak melekat dengan ayah, habis siapa nak melekat dengan ibu?"

"Abang long!" Jawab mereka serentak. Tergelak Hanum dibuatnya, begitu juga Khalif.

Yang lain mula tersenyum apabila abang long tajam memandang mereka. Habislah, abang long punya garang sudahlah tak boleh bawa bincang.

***

SUASANA di meja makan senyap sepi. Masing-masing menikmati makan malam yang penuh mewah itu. Syara di sebelah Hana paling buas makannya. Nak dibandingkan kekayaan orang tuanya dan Hana sangatlah jauh.

Papa Hana bukan calang-calang orangnya. Sesekali wajah Heiz yang duduk di hadapannya dipandang.

"Amboi, tengok anak mummy sampai tak kelip mata Syara." Usik Ratna ibu tiri Hana.

"Eh mana ada mummy," tersipu-sipu malu dirinya di situ.

Hana hanya melemparkan wajah bosan. Macam tak tahu perangai Syara. Jika tumpang sahaja di rumah papa, pasti sahabatnya itu akan menjadi gadis melayu terakhir dan perangai ulat bulu tu semulajadi apabila adanya Heiz.

"Hana," panggil papa tiba-tiba.

"Hmm?" Jawabnya sambil mengunyah makanan western tersebut.

"Betul Hana berkawan dengan lelaki bernama Hadi Ehsan?"

Ting!

Tersentak dirinya di situ. Garpu dan sudu yang terlepas dari tangan dicapai semula. Mulalah otaknya berfikir, bagaimana papa boleh tahu.

"Kalau ya, kenapa?" Dingin sahaja suaranya. Wajah Heiz dipandang, boleh jadi adiknya yang memberi tahu.

"Tak ada apa. Baguslah kamu berkawan dengan Hadi tu, papa kenal ayahnya. Syarikat kami selalu bekerjasama dan mungkin cuti sekolah ni, syarikat papa dengan syarikat ayah Hadi akan bergabung untuk buat percutian di Kelantan." Beritahu Hans panjang lebar.

Wajah dingin Hana mula kendur. Perlahan-lahan dia mengemam bibir, menahan senyum. Kalau betul apa yang papa kata, cuti ni dapatlah dia bercuti dengan pangeran Hadi serta keluarga pangeran Hadi.

Mana tahu tiba-tiba keluarga pangeran Hadi meminatinya dan terus cop dia jadi bakal menantu. Argh! Sukanya!

"Papa, kalau Syara nak ikut boleh ke?" Sampuk Syara selamba. Perempuan ni memang, kamceng sudah dengan papa dari dulu.

"Mestilah boleh Syara. Ajak satu keluarga Syara pun boleh, papa dah lama tak jumpa bakal besan papa." Hans tersenyum.

Heiz yang mendengar mula ternganga. Wajah papa yang memandangnya bersama senyuman membuatkan hatinya sebal. Manakala Syara pantas menekup mulut, teruja.

Ratna hanya tergelak kecil melihat gelagat Syara juga anaknya Heiz. Sesekali wajah Hana dicuri pandang. Bilalah hati anak tirinya mahu menerima kehadiran dia?

Mujur sahaja Heiz diterima baik oleh Hana. Senyuman kelat terukir di bibirnya. Bukan niat mahu merampas Hans dari Bella, tetapi semuanya berlaku sekelip mata.

"Mummy? Makanlah, kenapa termenung?" Teguran Heiz membuatkan Ratna pantas menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Sempat matanya dan Hana bertembung, namun anak tirinya itu hanya melemparkan pandangan dingin. Sampai bila Hana? Sampai bila Hana nak sisihkan mummy?

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now