Bab 6

2.7K 228 4
                                    

TING!

Bunyi dari telefon membuatkan Hadi pantas mencapainya. Mata yang kuyu tadi bersinar tatkala ada notification dari instagram milik Hanahyla. Nampaknya ada puisi baru hari ini.

Jarinya pantas mengetik password sebelum telefon terbuka. Gambar bertulis perkataan waktu. Tidak menunggu lama pantas dibaca puisi tersebut.

W a k t u

Di bumantara nafasnya hela
Di dunia sakitnya rasa
Di mana ada manusia pasti derita
Dan terus hina.

Masa bicara maaf
Kerna masih adanya khilaf
Rasa besar dunia punya rakus
Rasa sukar dengar desas desus.

Aku akur itu kurangnya
Tapi kita sama
Apa beza kalau juga pendosa
Masih di atas,
Masih bangga,
Lupa.

Dunia punya Dia,
Tapi Hamba seolah Raja.

Perlahan-lahan Hadi mengukir senyuman. Sungguh bait-bait puitis yang digunakan oleh pemilik instagram ini sangat menarik hatinya. Ruang komen ditekan.

Banyak juga orang yang komen. Tanpa ragu-ragu Hadi mula menekan direct message di profile milik Hanahyla.

Assalamualaikum

Waalaikummussalam

Senyuman terukir di bibir Hadi. Laju juga pemilik instagram ni balas. Entah kenapa dia jadi ingin mengenali gerangan itu. Bagaimana puisi itu mampu dihasilkan.

Macam mana awak boleh buat puisi indah macam tu? Boleh ajar saya?

Message yang telah di seen membuatkan Hadi mengeluh. Kena palau mungkin. Bibir dijuih, biarlah. Baru sahaja punggung diangkat hendak ke dapur, telefonnya kembali berbunyi.

Lahirnya dari hati. Saya taklah pro sangat, sikit-sikit tu bolehlah. Awak pun buat puisi juga kan? Malah lebih hebat dari saya.

Berbunga hati Hadi tatkala membaca. Dia kena puji, mana tak berbunga. Situasi balas membalas di lama sosial itu berlangsung lebih kurang sejam.

Dari cara menggubal ayat hingga mereka bertukar nombor telefon. Pada bayangan Hadi, gadis yang meminati puisi ini unik. Melihat puisi yang dihasilkan, Hadi tahu gadis ini pasti sejenis yang menjaga diri.

"Abang long!" Jeritan Hatta berjaya membuatkan Hadi tersentak dari 'khusyuk' membalas pesanan hanahyla.

"Ha? Kenapa Hatta?" Pantas telefon ditutup lalu diletak di tepi sofa.

"Ibu panggil makan malam. Jomlah, Hatta dah lapar..." Rungut Hatta. Penat juga panggil abang long berulang kali.

"Okey, jom." Terus tangan Hatta dipimpin bersama ke dapur.

Dapat Hadi lihat, ibu sedang mencedok nasi ke dalam pinggan ayah dan lainnya. Kerusi berhadapan ibu ditarik lalu punggung dihenyak.

"Kau ada pakwe kan kak? Eaaa..." Suara Alissa dari tingkat atas kedengaran.

"Aku bukan macam kau okey,"

"Eh apa aku pula? Aku cuma ada kawan lelaki je,"

"Ha, samalah macam aku." Arissa menjeling adik kembarnya.

Kerusi di sebelah ibu ditarik lalu punggung turut dihenyak. Begitu juga Alissa yang mengambil tempat di sebelah Arissa. Mulut mereka masih berbalah.

"Depan rezeki ni Arissa, Alissa." Teguran Hadi membuatkan keduanya diam.

Hatta sempat menjelir lidah tanda padan muka. Melihat ayah mula menadah tangan, semua turut menadah tangan. Doa dibaca sebelum mereka menyantap makan malam.

***

HANA mengulum senyuman. Tangan kanan memegang telefon lama, manakala telefon baharu yang berada di atas meja dipandang.

"Kalau macam ni cara nak dekat dengan pangeran Hadi, dari awal aku post puisi banyak-banyak! Ahaks!" Hana ketawa sendirian sambil memeluk telefon lama miliknya.

Sebenarnya tujuan membuat puisi moden ini kerana dia ingin meluah rasa yang terdapat di dalam hati. Rasa yang terbuku lama tanpa ada cara untuk melepaskannya.

Hana sendiri tidak tahu bahawa Hadi menulis puisi. Baru sebentar tadi dia stalk Hadi, sebelum ini Hana main tekan je request. Memang betullah, kalau jodoh mesti banyak persamaan.

"Argh! Pangeran Hadi..." Bantal ditekup ke muka. Rasa macam tak percaya Hadi memulakan perbualan mereka.

Nafas ditarik lalu dihembus. Okey chill Hana, sekarang misi kau hanya dekatkan diri dengan pangeran Hadi sahaja. Kini pernafasannya mula terkawal.

Namun tidak lama, hanya beberapa saat.

"Arghh! Pangeran Hadi chat Hana!"

Rasa macam tak percaya tapi kena percaya juga. Tak habis-habis dia scroll chat bersama Hadi sebentar tadi sebelum kembali menjerit teruja.

"Eh mama! Astagfirullah!" Bingkas telefon dicampak dan dapur dituju.

Lupa pula makan malam. Dengan hati yang girang, semua peralatan masak juga bahan masak dicari dan disusun sambil bernyanyi kecil.

Selesai memasak menu ringkas, semuanya dihidangkan di meja makan. Air pula dituang ke dalam gelas siap-siap. Senyuman masih menghiasi bibir merah itu. Gembira tak terkata.

Bagi Hana, dia lebih selesa mama makan dari hasil tangannya. Bibik hanya menyiapkan makan tengahari sahaja, itu pun jika Hana mempunyai kelas petang.

Tiba-tiba teringat pula hari ini merupakan hari terakhir sekolah sebelum cuti hujung minggu. Jadinya esok dia bakal pulang ke rumah papa. Keluhan dilepas, namun pantas kepala digeleng. Dia tidak mahu rosakkan mood bahagia yang ada.

Bilik mama pantas dituju, ada baiknya ajak mama makan malam bersama. Saat pintu dibuka, perlahan-lahan senyumannya mati. Nyanyian kecil tadi turut hilang entah ke mana.

"Mama!" Pantas kaki diatur ke arah mama yang sudah rebah di lantai.

***

Haritu ada puluh-puluh je reader, hari ni dah ratus! Terima kasih 🤍 sabar menunggu ya, yang ini janji konfik tak 'berat'

Jemput baca cerita baru saya bertajuk Zeyad Aslan 🙏🏻✨

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now