B12

853 65 11
                                    

SEMENJAK kejadian tak malu tempoh hari, Hana terus positifkan diri sebagai suri rumah berjaya yang paginya memandang Hadi. Petangnya memikirkan Hadi. Malamnya memeluk Hadi!

"Assalamualaikum Puan Hana!" Baru sebut dah muncul. Pantas Hana bangun dari sofa dan berlari anak ke muka pintu.

Pulang dari bulan madu yang tak beberapa madu itu, Hadi terus mengajaknya untuk tinggal berdua di kawasan berdekatan. Masih dalam taman yang sama dengan rumah ibu bapa mereka.

"Palii palii sayang!" Gesa Hadi tak tahan. Sungguh panas Malaysia hari ini. Rasa macam nak bawa aircond tu ke mana-mana.

Lekas Hana membuka pintu dan menutupnya setelah Hadi masuk ke dalam. Hadi tak suka dilayan seperti beg kerjanya isteri yang ambil dan stokin isteri yang bukakan. Awal-awal dahulu Hana cuba dan akhir sekali dia yang disekolahkan oleh Hadi.

"Macam biasa atau nak terus mandi?" Soal Hana sebaik sahaja Hadi usai membuka stokin di kaki.

"Hmm macam biasa!"

Biasa yang dimaksudkan adalah Hana akan mendengar dulu harian hidup Hadi. Di mana Hadi akan menceritakan apa yang terjadi di sekolah. Sama ada persekitaran sekolah, pelajar, cikgu mahupun kerani habis semua Hadi akam cerita.

"Nak Hana buat air dulu?" Soal Hana sambil memandang Hadi yang sudah terdampar atas sofa. Butang kemeja dibuka habis membiarkan badan yang panas disejukkan.

"No need, sini duduk. Hadi rindu macam nak mati..." Hadi depakan tangan sambil mencebik bibir.

Tersenyum Hana sebelum memeluk Hadi dan melabuhkan punggung di atas riha Hadi. Mungkin sesetengah pasangan lebih suka suaminya mandi dahulu selepas balik kerja tetapi tidak Hana. Bau badan Hadi tetap sama. Tak tahulah kenapa.

"Hadi rindu Hana. Tadi kan dalam kelas ada student Hadi bergaduh." Cerita Hadi sambil menyandar kepala di bahu Hana.

"Hana pun rindu juga." Hana regangkan pelukan lalu hidung Hadi dicuit sebelum tangan naik memeluk batang leher Hadi.

"Hmmm." Kepala Hadi jatuh bersandar pada dada Hana pula. Semenjak duduk rumah sendiri, Hadi bersikap lebih terbuka. Manja!

"Kenapa student Hadi gaduh?" Soal Hana sambil mengusap rambut Hadi.

Hadi mengangkat kepala. Mata mereka bertembung. Hana masih mengusap rambut Hadi sambil tersenyum.

"Kalau Hadi cerita jangan terkejut tau?"

"Iyaa.. tak terkejut."

"Dia orang rebutkan Hadi."

Terus terhenti tangan Hana dari menggosok rambut Hadi. Dia tak salah dengar kan? Wajah Hadi dipandang. Nampak serius, tiada tanda-tanda melawak.

"Semua orang dalam sekolah tahu kan Hadi dah kahwin?" Soalan Hana dibalas laju dengan anggukan.

"Jadi kenapa student tu masih nak rebut Hadi?" Hana kerutkan dahi. Pelik.

"Maybe Hadi handsome sangat kot sayang..."

Hana tersenyum. Tangan kembali menggosok rambut Hadi. "Iyaa... Handsome sangat."

Secara spontan Hana melompat dari riba Hadi dan berdiri. Wajah Hadi dipandang tajam.

"Siapa? Siapa budak tu hah? Kurang ajar betul! Berani dia berebut laki kita! Hadi jangan cakap Hadi melayan eh, Hana kalau dapat tahu memang habis Hana potong!" Hana cekak pinggang. Nafas turun naik, eh geram betullah.

"Budak zaman sekarang memang tak faham bahasa. Jumpa cikgu muda, herlok sikit mesti semua beratur nak mengayat tak pun cuba jadi top student. Lah! Sebelum ni tak nak top top, ada cikgu good looking tiba-tiba nak top top. Meletop kepala engkau baru tahu!" Bebel Hana laju.

***

HADI memejam mata. Alamak kalau begini gaya macam mana dia nak mengaku yang semua itu hanya usikan untuk mengusik Hana.

"Er.. sayang awak kena tenang. Cuba ikut Hadi. Tarik," bersunggguh Hadi menunjuk reaksi menarik nafas.

"Eh kalau benda macam ni takde dah tarik tarik. Esok pergi sekolah, bawa Hana!" Usai berkata Hana terus ke dapur. Jelas Hadi dengar bunyi periuk pinggan semua dihentak.

Marah sangat tu... Mampus kau Hadi macam mana nak bagitahu Hana yang semua ni rekaan je. Sejak dua menjak ni, Hana cepat betul 'hot'. Sebab itu Hadi selalu cerita perkara baik-baik je.

Contohnya kerani sekolah kantoi bercinta dengan Pak Jabit tukang kebun sekolah. Tak pun pengetua sekolah sebenarnya suami cikgu disiplin. Tapi sengaja hari ini Hadi reka cerita mahu melihat sama ada Hana sudah reda atau belum tetapi rupanya tidak.

Hana masih 'hot'!

"Hadi Ehsan!" Laju laju Hadi berdiril dan berlari ke dapur.

Maaf ini bukan takut bini, tapi bini yang menakutkan.

"Ya yang!" Sahut Hadi dan terus berdiri tegak di hadapan Hana.

"Buka baju sekarang." Senada.

Terus Hadi membuka baju sekali seluar. Mujur dia pakai boxer hari ni. Kemudian baju dan seluar dihulur kepada Hana.

"Geram betullah. Dah tahu kan Hadi tu suami Hana, kenapa nak berebut lagi!" Bebel Hana sambil menekan butang on pada mesin basuh.

Sambil membebel sambil memasukkan kesemua baju kotor mereka berdua. Baju kotor di tangan Hadi pun diambil. Semua poket seluar dan baju diseluk. Kadang-kadang untung dapat RM50 dalam poket baju seluar Hadi.

Hadi hanya mampu diam mendengar bebelan Hana. Dah lah dia bogel ni.

"Hana, Hadi nak naik atas dulu boleh?"

Hana palingkan wajah. "Astagfirullah yang Hadi ni dah kenapa bogel?!" Terkejut Hana.

"Kan sayang nak baju kotor tadi. Hadi bagi sekali seluar macam selalu."

Terdiam Hana mendengar jawapan Hadi. Hmm, selalu dia hulur tuala pada Hadi tapi hari ni sebab marah habis lupa nak ambilkan tuala buat Hadi.

"Naiklah atas, mandi dulu."

Melihat Hana yang kembali fokus dengan baju membuatkan Hadi tak senang duduk. Baik dia mengaku je dari terus berlanjutan.

"Hana, yang tadi Hadi bergurau je. Mana ada student Hadi berebut Hadi. Hihi, minta maaf sayang." Hadi memegang bahu Hana. Membuatkan Hana menghadapnya.

"Basuh baju, jemur. Masak makan malam. Tidur luar!"

Gulp!

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now