Bab 34

2.5K 192 12
                                    

PERCUTIAN selama seminggu berlalu dengan begitu pantas. Sedar tak sedar semua pelajar sudah mula kembali bersekolah. Tak sedar sudah masuk bulan Jun. Bulan peperiksaan pertengahan tahun bagi semua pelajar di sekolah.

Pagi itu Hana hadir dengan buku nota di tangan. Kata cikgu tingkatan 5 exam dulu dua minggu ni. Kemudian barulah tingkatan 1 hingga 4. Gila tak gila naik cuti terus paper Bahasa Melayu dan Matematik. Ergh! Serabut!

"Hana!" Mata tetap memandang buku nota. Tengah gigih baca semula plot novel Silir Daksina.

Bayangkan novel ni Hana ulang baca lebih 10 kali sebab plotnya menarik. Haiqal anak dari uminya dan bapanya bernama Abdullah bin Kayan. Disebabkan Abdullah cintakan seni, ibu bapanya bercerai kerana tak sependapat. Bila dah besar Haiqal pula pergi ke kampung yang pernah arwah Abdullah duduk untuk kenal seperti apa Abdullah dan cintanya kepada Seni.

Entah, bagi Hana menarik. Novel berunsurkan retaknya hubungan kekeluargaan. Seolah sama dengan situasinya.

"Hana!" Tap. Bahu terasa dipegang dari belakang. Spontan kaki berhenti melangkah dan memusing ke belakang.

"Berhenti pun! Penat aku kejar kau dari tadi. Pekak betul kau kan?" Terkebil-kebil Hana memandang Irsyad yang sedang menundukkan badan kerana mengah berlari.

Aik ada ke Irsyad kejar dia? Tak bunyi apa-apa pun masalahnya.

"Kau nak apa?" Soal Hana. Langkah kaki kembali berjalan.

"Er.. saja je. Eh kau baca novel eh? Boleh tak kau ringkaskan dekat aku?" Irsyad mengejar langkah Hana.

Hana mengerut dahi. Dah kenapa pula Irsyad nak ringkaskan novel ni pada Irsyad.

"Kau bukan ke selalu score subjek Bm? Setahu aku, kau selalu perform kan?"

Irsyad bungkam. Tak tahu nak balas apa.

"Eh mana ada. Tu Arsyad lah, bukan aku."

"Kau nak ringkas macam mana? Sinopsis belakang tu ada. Baca jelah."

"Kalau macam tu ajar aku tatabahasa?"

Hana memandang Irsyad.

"Kau ni sakit ke? Tak pernah pernah nak minta aku ajar. Pelik pelik je," terus Hana berlalu masuk ke dalam kelas.

Irsyad pula terkebil-kebil melihat Hana pergi begitu sahaja. Dari luar pintu kelas, dia melihat Hana menyapa Hadi dengan senyuman sebelum mereka berbual.

Air muka Irsyad berubah serta-merta. Tangannya digenggam erat. Kalau Hadi bukan sahabatnya, mungkin sekarang juga dia pergi tumbuk muka Hadi.

Perlahan Irsyad melangkah ke arah kelasnya. Kelat. Perit. Sesak. Bercampur aduk semua rasa dalam dirinya.

***

"MASA sudah tamat! Sila letakkan pen awak semua sekarang. Dari belakang pas kertas kehadapan, tak perlu bangun ya." Arahan dari cikgu Zamri membuatkan mata Hana membulat.

Penutup! Dia tak buat lagi penutup karangan! Allah, terus Hana pecut selaju yang mungkin. Pedulilah tulisan macam cakar ayam pun. Asal siap!

"Hana, cepatlah. Mana kertas kau?" Faim berdiri di sisi meja Hana. Dia paling hadapan, kira punya kira ada satu kertas tak cukup.

"Sekejap. Aku dah nak siap. Kau hantar je dulu." Hana kerah segala pribahasa yang ada dan tulis selajunya.

"Hana! Apa lagi tu? Siap tak siap bagi kertas kamu dekat Faim sekarang juga!"

Hana abaikan sahaja cikgu Zamri. Tangan masih menulis laju.

"Han..." Belum sempat suara cikgu Zamri memanggil namanya, terus Hana memotong laju.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now