Bab 36

2.4K 178 4
                                    

"SAYA suka Hayla."

Pak! Terlepas air kotak milo dari pegangan tangannya.

Hana pantas berdiri. Barang-barang dikemas. Tak betah berlama di situ. Rasa seram sejuk pun ada bila dapat tahu lelaki tersebut godam media sosial dia. Baru sahaja kaki mahu melangkah, lengannya dipegang.

"Maksud saya puisi Hayla. Saya suka puisi Hayla." Eil turut berdiri memandang belakang badan Hana.

"Saya suka semua puisi Hayla. Boleh kita berkawan? Saya nak tahu macam mana Hayla dapat ilham tulis puisi tersirat begitu."

Hana rentap lengan yang dipegang. Perlahan tubuh pusing ke belakang memandang susuk tubuh Eil yang tinggi. Wajah lelaki itu turut dilihat sekilas.

"Aku bukan Hayla tu lah. Aku tak reti tulis puisi puisi ni. Aaa... Aku suka dengar lagu je." Malu satu kerajaan kalau tahu dia sebenarnya Hayla yang dimaksudkan itu.

"Okey noted nanti saya banyakkan dengar lagu."

Eil tersenyum sambil mengangguk kepala. Seolah tidak mengambil pusing langsung dengan perkataan bukan dari Hana.

"Hey aku cakap aku bukan Hayla lah."

"Hayla, saya dah godam. Dah tahu semua pasal Hayla. Soal keluarga Hayla pun saya tahu."

"Keluarga aku kau jangan nak godam! Mereka tak ada kena mengena!" Tinggi suara Hana. Tanpa sedar dia sendiri memecahkan identiti tersebut.

"Jadi awak mengaku yang awak ni Hayla?" Eil tersenyum.

Tak bagi Hana itu senyuman creepy yang menyeramkan.

"Saya tak minta banyak, kawan dengan saya dan ajar saya buat puisi."

"Untuk apa?" Mata memandang mata Eil. Tepat.

Terdengar keluhan keluar dari mulut Eil. Lelaki itu muka menyeluk pocket coat. Kemudian dibawa keluar sesuatu dan menyerahkan kepadanya.

"Apa ni? Buku puisi?"

"Cuba baca nama siapa."

Hana menjatuhkan mata memandang nama penulis buku puisi tersebut. Eil Eithan. Abang dia ke? Soal Hana sebelum memandang Eil semula.

"Eithan penulis buku puisi. Sekarang ada sebuah buku yang dia cuba siapkan tapi sayang. Allah sayangkan dia. Eithan tak sempat siapkan buku puisi tersebut padahal itu buku yang paling dinantikan." Terang Eil sebelum tersenyum kelat.

Hana pula diam kaku mendengar. Nak respon apa pun tak tahu.

"Eil Eithan abang saya. Saya nak sambung dan siapkan puisi ni. Saya betul-betul nak minta Hayla ajar saya. Boleh?"

Pula dah. Hana mula bingung, memanglah awalnya dia rasa nak marah tapi bila dengar cerita Eil, fahamlah dia kenapa Eil sanggup godam maklumatnya.

"Tapi aku tetap tak suka kau ceroboh privacy aku."

"Baik lepas ni saya tak ceroboh dah. Janji." Eil tayang senyuman. Kacak. Mujur hatinya terpaut akan senyuman Pangeran Hadi sahaja!

"Buku ni aku bawa balik. Aku nak tengok cara tulisan. Lebih ke arah tersurat atau tersirat dan sama ada moden ke tidak."

Pantas Eil mengangguk kepala laju. Bibir lelaki itu tidak lekang dari senyuman.

"Boleh. Hayla nak ambil pun tak apa."

"Kau boleh tak jangan panggil aku Hayla?"

"Tapi Hadi panggil boleh."

Hana terdiam. Macam mana mamat ni boleh tahu? Setahu dia Hadi hanya memanggilnya Hayla ketika membalas dm di instagram atau chat di whatsapp sahaja. Jangan cakap...

"Maaf saya tengok perbualan Hayla dan Hadi di instagram."

Kelat air liur ditelan. Mata dipejam. Sejauh itu Eil menggodam maklumatnya?

"Maaf saya pun tahu yang Hayla penghidap leuk..." Belum sempat perkataan itu keluar, Hana menutup mulut Eil sambil menolak lelaki tersebut sehingga bertemu dinding.

"Diam. Kalau nak aku tolong, tutup mulut kau." Hana besarkan mata.

Terus Hana jauhkan diri dan melepaskan tangannya dari menekup mulut Eil. Tak tunggu lama dia membuka langkah bersama dengusan marah.

"Dan kalau Hana tak berjaya bantu saya siapkan puisi tu, saya akan beritahu siapa Hana pada Hadi serta penyakit Hana."

Terhenti langkah Hana.

"What the f...!" Hana tahan diri. Hampir terkeluar huruf uck di belakang.

"Sekarang kau nak ugut aku pula?"

"Kalau keadaan memaksa." Balas Eil tenang.

Sempat wajah Eil Hana jeling. Serentak itu bunyi loceng sekolah menandakan rehat sudah tamat. Lantas keduanya berlalu. Hana ke kanan manakala Eil ke kiri.

Sementara itu ada mata yang memerhati mereka disebalik dinding turut memecut laju ke kelas.

***

SOALAN terakhir matematik dan tup. Pen diletak. Ada lebih kurang 10 minit lagi sebelum kertas soalan dikutip. Hadi lepaskan keluhan. Mata menjeling Hana di sebelah kirinya sekilas. Gadis itu tak usah kata, otak geliga. Tengoklah sempat tidur lagi.

Sedang leka Hadi memandang, Hana memusingkan kepala yang dibaringkan di atas meja ke arahnya. Dia dapat melihat wajah tidur Hana dengan jelas bersama kerutan di dahi.

Hadi tak tunggu lama, tangan ditongkat dan memandang sahaja wajah lena Hana. Ada beberapa helai rambut Hana menutupi separuh mata gadis itu. Hana cantik. Dia tak dapat tipu lagi. Mata gadis itu menarik perhatiannya.

Tersenyum Hadi bila teringat kembali kisah di pantai lalu. Tak sangka dari hari itu lagi dia sudah bertemu Hana yang mempunyai masalah keluarga.

Tekad. Dia mahu Hana namun sekarang bukan waktu yang tepat. Mereka masih muda. Cita-cita diutamakan. Kalau mereka bertemu dalam umur 20an keatas sudah pasti dia lamar Hana menjadi isterinya.

Sekali lagi Hadi tersenyum lebar. Isteri? Gila. Sebelum ni mana pernah dia fikir begitu. Girlfriend ataupun first love pun dia tak ada. Muncul Hana, habis sampai ke bulan dia fikir. Belum soal anak mereka. Allahu Hadi Ehsan!

"Hadi! Pass kertas ke hadapan! Kamu menungkan apa?"

Hadi jatuhkan tongkat dagunya dan memandang sekeliling kelas. Semua melihat ke arahnya. Hana yang tadi tidur juga sudah bangun sambil meneguk air mamai mamai. Mata gadis itu celik tidak celik.

"Maaf cikgu." Hadi memberi kertas peperiksaan itu ke arah orang yang berada di depannya.

"Baik, memandangkan jam pun dah pukul 1 tengahari. Awak semua boleh balik. Esok kita akan exam bahasa melayu kertas 2 dan matematik kertas 2."

"Terima kasih cikgu!" Ucap satu kelas sebelum berlumba-lumba mengambil beg sekolah di belakang. Tak tahu lah rumah berlari ke apa tapi gaya kalau balik lewat rumah tu lesap.

"Hana. Oi!" Syara menepuk pipi Hana apabila sahabatnya itu kembali lena.

"Hmm? Janganlah kacau Syara..."

"Kau ada check up hari ni kan? Cepatlah!" Perkataan check up disebut seolah sedang berbisik.

Hana celik mata memandang Syara.

"Malaslah." Mata kembali dipejam.

"Hana Hayla!" Jerit Syara menyinga sebelum mengepit hidung Hana kuat.

Hadi yang memerhati hanya diam. Alat tulis dikemas dan dimasukkan ke dalam beg. Melihat Faim yang sudah berdiri menunggunya di hadapan pintu kelas membuatkan Hadi terus berlalu. Selalu dia dan Hana akan bye bye. Hampa sedikit.

"Hadi!"

Senyuman Hadi melebar tatkala Hana menjerit namanya.

"Bye!"

Telinga Hadi menangkap bebelan tidak puas hati Syara. Konon saat Syara bercakap Hana buat tak endah tapi bila nak melambainya Hana boleh segar siap berdiri dan melambainya.

Hadi menggeleng kepala dengan senyuman yang masih tidak hilang. Entah. Bahagia rasa.

"Kau dah kenapa? Bebal?" Soal Faim tanpa selindung.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now