Bab 46

2.4K 178 9
                                    

SYARA dipandang. Gigih sahabatnya mengulang kaji mata pelajaran matematik. Sesekali Syara akan tanya soalan ini bagaimana, soalan ini apa formulanya.

"Kat sekolah cikgu tak cakap apa-apa?" Tegur Hana.

"Apa?" Syara mengangkat kepala.

"Kat sekolah, cikgu tak tanya apa-apa ke pasal aku tak datang?" Ulang Hana.

"Tak. Kan aku ada buat surat pelepasan. Aku bagi terus kat pengetua yang kau ada rawatan cuma Hadi jelah tanya aku itu ini macam orang hilang isteri. Samalah dengan Irsyad tu. Serabut betul!"

"Eil lesap dah?"

"Dah dapat apa dia nak, lesap jelah."

Hana sekadar mengangguk sebelum memandang Syara yang kembali menjawab soalan matematik. Percubaan SPM tidak lama lagi. Sekarang musim semua pelajar pulun untuk peperiksaan akhir tahun.

"Kau dah fikir masak masak belum?" Soalan Syara membuatkan dahi Hana berkerut.

"Tentang siapa Hayla tu lah..." Sambung Syara lagi sebelum meletakkan pensel tekan. Kepala diangkat memandang Hana.

Tidak tahu mahu membalas apa. Hana memilih diam dan menunduk.

"Aku ni geram tau dengan kau. Okey aku faham kau tak nak bagitahu sebab takut Hadi rasa dikhianati dan kemudian dia akan jauhkan diri dan panggil kau penipu. Aku faham tapi sampai bila? Lambat atau cepat kau tetap kena jujur dengan dia siapa sebenarnya si Hayla tu."

"Kau boleh tipu orang lain dengan perkataan okey, muka happy tapi bukan aku. Muka kau berak pun aku tahu inikan lagi muka tengah sorok masalah. Benda yang kau sorok ni lah buat kau makan dalam. Dalam sangat sampai kau tak berani nak bagitahu. Ke kau nak aku yang bagitahu?"

Membulat mata Hana. "Jangan."

"Jadi terus terang. Aku cakap panjang panjang ni bukan apa, tak nak nanti waktu kita trial ha mulalah ada isu isu yang buat kau rasa serabut tak boleh fokus."

Nafas Hana tarik lalu hela lemah. Tangan bermain dengan kuku sendiri sebelum tiba-tiba Syara mengenggam tangannya kuat.

"Aku ada. Sentiasa ingat yang aku ada. Jangan takut."

Syara menghadiahkan senyuman sebelum tangan Hana dilepas dan ditepuk perlahan.

"Dah, belajar cepat. Kita ni dah lah bengap." Syara mula membuka totebag dan mengeluarkan buku nota subjek lain.

"Kau jee..." Perlahan Hana membalas sebelum menerima renungan tajam Syara.

"Hey aku ni bukan bengap! Kau tu yang terlebih cerdik sampaikan kepandaian aku ni disisihkan. Ni aku bawa latihan PI yang Ustazah bagi pagi tadi. Satu set soalan dari Terengganu. Aku pun tak faham kenapa soalan Ganu ni susah." Bebel Syara sebelum menyerahkan kertas soalan kepada Hana.

Lebih kurang dua jam juga dia dan Syara menyiapkan set soalan PI sebelum mereka menyemak bersama-sama. Setiap kali salah, Syara akan menarik rambut sendiri tanda stress. Hana pula hanya gelak melihat gelagat Syara.

Usai mengira markah, Syara memperoleh 76 manakalah Hana 90. Apa lagi meroyan Syara sambil membaling selipar ke dinding hospital.

"Siapa buat soalan ni hah?!" Marah Syara dan membelek halaman terakhir kertas soalan.

Nama dibaca kuat. "Muhammad Saiffudin bin Haji Mat Dawi! Siapa Epul ni? Kenapa dia buat soalan susah macam ni hah?! Geram betullah aku..."

"Hahahaha! Kau tu yang careless jawab soalan. Aku cakap dah kan soalan kbat tu make sure full mark? Kau jawab macam orang tak belajar bm. Ustazah pesan dah kan isi dengan huraian tu tambah kata hubung jadikan satu ayat je."

Terdengar dengusan tidak puas hati Syara sebelum baik semula jawapan soalan kbat.

"Aku terlupa, faham tak?"

"Nanti dalam SPM tak ada alasan terlupa. Belajar dari sekarang."

"Baik Hana Hayla. Baik!"

"Terima kasih, saya memang baik."

Syara terus mengangkat jari tengah sambil menyebut perkataan kotor tanpa suara. Tergelak Hana dibuatnya sebelum menggeleng kepala. Syara Syara...

***

HADI memandang kirinya. Sudah dua hari Hana tidak hadir. Belum sempat dia soal lagi di mana Hana pasti Syara sudah melarikan diri. Jangan kata dia, Irsyad pun tercari-cari. Hampir setiap kali waktu lapang kepala Irsyad terjengah jengah dari luar kelasnya.

Jawapan siapa Hayla masih Hadi tidak dapat. Kenapa Eil menyuruhnya menyoal Hana siapa Hayla? Sebut pasal Eil, lelaki itu sudah tidak mengganggu Hana lagi. Buktinya tiada lagi kelibat Eil di luar kelas seperti sebelumnya.

"Kau ni panas punggung dari semalam kenapa?" Wajah Faim yang sedang membaca komik dipandang sekilas.

"Faim."

"Hmm?"

"Kau tahu ke Hana pergi mana? Dia tak datang dua hari dah termasuk harini. Minggu depan kita dah mula trial SPM."

Faim yang tadi elok membaca komik terus menutup buku komik miliknya. Kaki yang tadinya bersila turut diturun ke bawah semula.

"Kau tanya aku mana Hana?"

"Haah." Polos Hadi.

"Aku ke kau yang boyfriend dia sekarang ni?" Soalan Faim membuatkan Hadi tersentak.

"Aku ni kenal mak bapak dia pun tidak, lagi nak tahu alasan dia tak datang sekolah. Manalah aku tahu. Kau tu patut lebih tahu. Pergilah tanya adik Hana ke si Syara tu ke."

"Kau nampakkan semalam aku cuba tanya Syara tapi dia elak dan larikan diri?"

"Semalam yang..."

Hadi memandang Syara. Baru sahaja dia menapak mendekati Syara, Syara sudah lari pecut keluar kelas sambil menjerit 'jangan tanya aku, aku tak tahu!'.

"Iya yang dia lari pecut tiba-tiba tu." Hadi lepaskan keluhan apabila ingat kejadian semalam.

"Cuba tanya adik Hana yang apa entah nama pun aku tak tahu. Aku dengar dengar je."

"Heiz, nama adik Hana Heiz Hayan."

"Ha tanya Heiz tu. Kau pun baru awek tak datang sehari dua dah macam kutu mati." Seloroh Faim sebelum kembali membuka komik. Tak sedar diri sungguh minggu hadapan sudah trial.

"Mati kutu Im, bukan kutu mati."

"Ya ya, asal ada kutu. Dah diam aku nak baca." Faim meletak jari telunjuk di bibir.

Hadi menolak bahu Faim. "Next week trial Faim!"

Pap! Bunyi hentakan komik pada meja. Wajah Faim terkejut habis. Laju laju tangan selongkar beg dan membawa keluar buku nota.

"Thanks doh ingatkan."

Hadi sekadar menggeleng kepala. Sahabatnya seorang ini memang kaki komik, anime dan seangkatan dengannya. Paling menarik study last minute dan perform. Seronok benar jadi seketul manusia bernama Faim.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now