Bab 39

2K 157 6
                                    

"SYARA!" Jerit Hana kuat apabila keputusan peperiksaan tempoh hari keluar di telefonnya.

"Ish! Jangan jeritlah. Ha okey tak result kau?"

Hana memandang Syara lama. Syara pula memandang Hana lama. Keduanya saling memandang antara satu sama lain. Telefon masih terpampang cerah website sekolah.

"Kau gagal math?" Teka Syara.

"Kau pun?" Balas Hana.

"Hahahaha! Itulah aku dah kata kita ni memang bespreng!"

Tawa mereka bersatu kuat di dalam bas. Habis mata murid kelas memandang mereka. Hari ini merupakan majlis graduasi pelajar tingkatan 5 juga penginapan selama 2 hari 1 malam di hotel.

"Apa tak rilek sangat tu?" Tegur ketua kelas di depan. Guru pengiring pula sudah hanyut ke alam lain.

"Ini ha, Hana gagal math!" Jerit Syara kuat.

"Ha? Seriuslah? Weyh Hana kau bukan selalu score A+ ke?"

Maka pelbagai soalan yang timbul. Riuh semua membuka website sekolah mahu melihat result masing-masing.

"Asal kau boleh gagal?" Tanya Syara sambil mengangkat kening.

"Kan sehari sebelum tu aku kena sergah dengan Eil. Semalaman aku risau takut dia bocor pasal instagram tu pada Hadi. Matilah aku kalau Hadi tahu."

Syara mengangguk faham. "Patutlah... Tak apa nanti puisi tu siap kau bebaslah. Fokus akhirat pula."

"Wah kau kan!"

"Gurau jelah! Tapi kenapa kau tak nak bagitahu Hadi?"

Hana terdiam. Tiada jawapan. Entahlah mungkin dia mahu Hadi meminati dirinya sebagai Hana. Hana si gadis periang bukannya Hayla si gadis puitis. Biar Hadi minat apa adanya dia saat ini.

"No comment sister." Mudah jawapan Hana beri.

"Cuma aku nak pesan nanti kau jangan rapat sangat dengan Eil. Aku bukan apa, aku tak sukalah. Ni bukan cemburu okey tapi aku rasa dia something wrong. Dah lah tiba-tiba muncul, peras ugut, stalker!"

Itu Hana setuju. Memang pun, dia sendiri rasa Eil itu ada udang di sebalik batu. Tapi kerana lelaki itu memegang rahsia siapa dirinya, dia memilih untuk mengikuti sahaja kehendak Eil asal tak berlanggar dengan hukum syarak.

"Baik bakal adik ipar tersayang..."

Perjalanan ke hotel memakan masa sejam sahaja. Tak jauh pun dari sekolah, tapi sebabkan jem dan mereka pun bertolak sebelah petang selepas tamat persekolahan, memang penuhlah kereta pekerja nak balik rumah. Ada juga ibubapa yang nak ambil pelajar sesi petang balik sekolah.

Setibanya di lobi hotel, bas berhenti. Syara dan Hana lantas bangun dan turun. Kelas tingkatan 5 kali ini tak seramai senior yang lepas. Ada dalam 5 buah kelas sahaja, sekelas dalam 20 lebih pelajar sahaja. Jadi bas mereka dalam 3 buah je.

Usai mengangkat semua beg mereka diberi kunci bilik. Satu aras blok A dan B dikhaskan untuk mereka. Macam biasa, 1 bilik 2 orang. Selepas diagihkan kunci, pelajar dibenarkan berehat terlebih dahulu. Malam pula aktiviti bebas. Esok pagi barulah ada tentatif yang mereka akan dapat.

***

HADI memandang Irsyad. Entah apalah nasib dia dapat sebilik dengan Irsyad. Tak tahulah jodoh ke bodoh bila Hana dan Syara dapat bilik depan mereka. Kata cikgu, bilik dibahagi mengikut kelas, tetapi disebabkan Faim mahu sebilik dengan Arsyad maka terpaksalah dia dan Irsyad sebilik. Hadi bukan apa, risau Irsyad seludup masuk bilik Hana. Mujurlah Eil tu di blok B dan mereka blok A.

Sudahlah hubungan baiknya dan Hana terganggu sekarang. Ada juga dia tanya hubungan Hana dengan Eil tapi gadis itu diam sahaja. Saingan bertambah dari satu ke dua orang. Pening!

"Aku nak mandi dulu." Ucap Hadi sebelum berdiri.

"Eh asal pula? Katil aku dekat dengan bilik air, aku lah mandi dulu." Bantah Irsyad. Beg baju dibuka dan pakaian diambil.

Hadi yang sudah berdiri memegang baju memandang Irsyad tidak puas hati.

"Aku berdiri dulu, jadi aku mandi dulu." Balas Hadi tidak mahu kalah.

"Aku yang buka pintu bilik ni tadi, jadi aku mandi dulu."

Hadi menggigit bibir menahan geram. Tangan digenggam. "Kau ni apa masalah?"

Wajah Irsyad berubah. Panas mendengar nada tinggi suara Hadi.

"Kau lah yang apa masalah? Aku nak mandi dulu, aku tak kira."

Keluhan Hadi hembus. Sabar Hadi, sabar. Marah pun tak guna.

"Ha pergilah mandi." Hadi duduk semula atas katil.

Irsyad sempat memberi jelingan sebelum masuk ke dalam bilik air bersama tuala dan salinan baju baru.

Malas nak ambil hati atau terasa hati. Memang Hadi sedia tahu perangai baran Irsyad semenjak mereka kenal lima tahun yang lalu. Tangan menggapai telefon. Ada ucapan harijadi dari Hayla. Tersungging bibirnya tersenyum. Lama tak dengar khabar Hayla.

Hayla sihat? Lama hilang

Sihat! Tak adalah hilang, cuma ada beberapa hal sahaja

Faham. Tak apa ambil masa, tak perlu memaksa. Hidup memang menyakitkan

Setuju, hidup memang menyakitkan. Saya ada benda nak tanya Hadi


Apa?

Hadi dah berpunya ke?

Soalan Hayla membuatkan Hadi tersentak. Dia dengan Hana tu kira macam mana ya? Mereka tak official pun, saingan pun banyak. Haih...

Belum, saya belum berpunya

Lima minit menanti, Hayla hanya bluetick sahaja sebelum tanda online hilang. Mungkin ada hal. Tak lama selepas itu bunyi pintu bilik air dibuka membuatkan Hadi terus berdiri bersama tuala dan baju persalinan.

Irsyad berjalan ke arah katil sambil mencebik bibir dan memandangnya dengan pandangan dingin.

Apa-apa sahajalah. Kalau dilayan berlebihan, takut pula ada sesi tumbuk menumbuk hanya kerana mahukan seorang gadis.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now