Bab 49

2.4K 166 15
                                    

"DOKTOR." Panggil Hana.

"Ya?" Jawab Doktor Aisyah yang sedang membuat pemeriksaan ke atas Hana.

"Doktor rasa siapa akan jadi perdana menteri ke sepuluh? Saya haritu ada tengok satu parti ni. Parti Otomen. Doktor undi parti tu ke?" Soal Hana sambil memandang Doktor Aisyah.

"Undi kan rahsia, mana boleh bagitahu orang."

"Ouh. Hmm Doktor, bila saya boleh balik?"

Terhenti gerakan Doktor Aisyah dan memandang wajah pucat Hana. Bersinar sinar mata gadis muda itu menunggu jawapannya.

"Hana sendiri tahu kan keadaan Hana macam mana?" Mata Doktor Aisyah memandang tepat ke arah Hana.

"Tapi saya nak ambil SPM tak lama lagi. Bosanlah ambil SPM dalam wad, nanti mulalah masuk berita seorang pesakit kanser gigih mengambil ujian SPM biarpun nyawa di hujung tanduk. Lepastu tambah lagu bersamamu." Spekulasi Hana membuatkan Doktor Aisyah tergelak.

"Tak baiklah cakap macam tu. Ajal maut semua di tangan Allah. Hujung tanduk ke hujung jalan ke, tak ada siapa yang akan tahu tau? Nanti kalau ada reporter tanya ada tak pesakit ambil SPM kat sini, Doktor kata tak ada."

Hana mencebik bibir sebelum menghembus nafas. Bosanlah. Ingat tak bosan ke sebulan terperap. Itu pun kadang-kadang Syara bawa dia keluar ambil udara kat taman hospital.

Selalu juga si Syara tu bergaduh dengan pesakit kanak-kanak. Direbutnya buai, gelongsor semua. Menangis tak sudah kanak-kanak kat situ. Sudahnya bila muncul je muka Syara kat taman tu, semua budak lari tak nak main.

"Doktor."

"Ya Hana?"

"Saya memang tak boleh sembuh lagi ke? Sampai bila sel ni nak aktif? Doktor tak ada butang off ke?"

Doktor Aisyah sekadar senyum. "Boleh sembuh Insya-Allah kalau Hana jaga diri, pemakanan dan banyakkan berdoa."

"Kalau kata saya mati..."

"Mati abah kau!" Muncul Syara merempuh masuk dengan wajah bengis.

"Dah, Doktor nak check pesakit lain pula. Syara, jangan bagi Hana stress ya? Doktor keluar dulu."

Hilang sahaja Doktor Aisyah dari pandangan, Hana menayang senyuman ke arah Syara.

"Berapa kali aku nak pesan? Berhentilah fikir mati Hana, kita tengah ikhtiar kan?"

"Ya Syara aku tahu tapi tak salah pun kalau kita ingat mati, ingat sakit, ingatlah saat kau sulit ingat, ingat hidup cuma satu kali..."

"Hana kalau aku tampar muka kau, memang botak kau karang."

Terlepas gelakan Hana kuat sebelum mencuit pipi Syara.

"Kau ni masam masam je sekarang kan? Tak comel. Tak boleh jadi adik ipar!"

"Memang tak boleh jadi adik ipar dah pun!" Balas Syara sebelum menghenyak punggung. Sebal!

"Kenapa pula?"

"Adik kau tu tengah bercinta dengan seorang junior mana entah. Bukan lawa pun. Aku ni seratus kali ganda cantiklah! Sakit betul hati aku."

"Atototo tomey tomey, nanti aku tengok muka budak junior tu ya? Kalau pass, kau ambil jelah Eil tu. Kau juga yang kata dia hensem dulu."

Syara menjeling Hana.

"Tak nak aku. Annoying."

"Kena lah tu, kau pun boleh tahan annoying."

Syara hanya diam memeluk tubuh. Sakit hati tak habis lagi. Bukan main berlagak si budak junior tu pandang dia atas bawah lepas jadi girlfriend Heiz. Bangga sangat la tuh!

"Tak lama lagi dah nak SPM, kau ambil kat hospital kan?"

"Aku nak ambil kat kelas. Kau tolong pujuk Doktor Aisyah eh? Sebulan lebih je lepastu aku janji aku masuk balik hospital ni."

"Tengoklah macam mana.."

"Alah Syara bolehlah. Nanti aku tazkirah Heiz suruh dia putus dengan girlfriend dia."

Terus segar mata Syara. "Okey deal!"

***

HASIL pujukan dan rayuan, akhirnya Doktor Aisyah melepaskan dia pulang juga. Tiba di rumah papa, kedua orang tuanya sedang bersantai.

"Hana? Ya Allah. Hana pergi mana sebulan lebih? Bibik kata Hana pergi luar negara. Buat apa?" Soal Hans yang terus berdiri dek terkejut melihatnya.

"Buat masalah sikit. Papa tak payah risaulah. Hidup lagi ni." Kaki bergerak ke arah papa dan makcik Ratna.

Kedua tangan orang tuanya disalam. Belum sempat dia mencium tangan makcik Ratna, ibu tirinya sudah menariknya ke dalam pelukan.

"Hana... Jangan hilang lagi. Mummy risau sangat Hana."

Kejung tubuh Hana dipeluk secara spontan begitu. Perlahan-lahan tangan naik membalas pelukan makcik Ratna.

"Er Mummy jangan risau. Hana okey." Janggal sebenarnya bahasakan makcik Ratna dengan panggilan Mummy.

Pelukan dilepaskan. Sempat makcik Ratna melabuhkan ciuman di dahinya. Sekali lagi Hana kejung. Entah kenapa ada rasa bahagia menyelinap segenap ruang hati.

"Hana naik atas dulu. Mummy sediakan makan malam. Nanti turun tau?"

Hana sekadar mengangguk sebelum bergerak ke tingkat atas. Naik tangga pun letih. Seketika teringat akan pelukan hangat dan ciuman makcik Ratna membuatkan tangan Hana naik menyentuh dada.

Seronok rasanya. Hana ukir senyuman. Ma.. Hana rasa Hana dah boleh terima makcik Ratna.

"Kak! Akak pergi mana?"

Senyuman Hana terus lesap. Wajah teruja Heiz menyapa pandangannya.

"Bercuti. Kan aku cakap jangan panggil aku akak. Panggil aku Hana. Eh kau dah ada girlfriend sekarang?"

Terbantut niat Hana mahu masuk ke dalam bilik.

"Macam mana tahu?" Soal Heiz. Kakaknya hilang sebulan lebih tapi tahu semua benda.

"Adalah. Kau putus jelah dengan awek kau tu, dia tu nak kikis harta kau je."

Heiz hanya diam. Hana berdecit geram.

"Okey kau dah bercinta dengan dia berapa lama?"

"Seminggu."

"Berapa banyak dah kau habis duit untuk perempuan tu?"

"3 ribu lebih. Tapi itu sebab..." Membulat mata Hana. Terus telinga adiknya dijentik.

"Hey! Baru seminggu dah 3 ribu, kau gila ke? Dah kau pergi minta putus dengan perempuan tu malam ni juga. Kalau dia tanya kenapa, cakap kau dah bankrupt."

Anggukan Heiz membuatkan Hana tersenyum puas.

"Bagus, macam ni baru adik aku. Aku hanya restu hubungan kau dengan Syara je tau. Kalau dengan perempuan lain, suruh dia hadap aku dulu. Jangan memandai nak bercinta tanpa pengetahuan aku. Faham?"

"Tapi Heiz suka dia..."

"Dia pula suka duit kau. Fikirlah sendiri. Cauu!"

Bahu adiknya ditepuk. "Bukit jelutong bukit jelutong." Nyanyi Hana sebelum masuk ke dalam biliknya.

Telefon dikeluarkan dari poket seluar lalu nombor Syara dicari.

Syara, mission complete boss!


TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now