Bab 24

2.5K 200 9
                                    

"HEIZ, aku nak gi tandas."

"Oh pergilah," ujar Heiz bersahaja. Mata masih memandang televisyen.

"Kau tunjuklah." Sempat Irsyad berdecit geram.

Mendengar itu, setting ditekan lalu Heiz memilih untuk pause dahulu game.

"Kau jalan lurus je nanti kanan tu dapur. Lepas dapur terus lagi dan belok kiri, nanti kau jumpa tandas kat situ."

Dengar apa yang Heiz cakap lagi buat dia pening pun ada. Malas nak hadam lama, terus Irsyad berdiri dan mencari sendiri di mana terletaknya tandas. Mata melilau sehingga dia terdengar suara orang bercakap.

"Hana... Aku ada. Sentiasa ada."

Irsyad tahu itu suara Syara. Entah kenapa dia memilih untuk bersandar di dinding dan mencuri dengar perualan Hana dan Syara.

"Kau tak perlu tahan. Aku ada, kau boleh luah dekat aku."

Entah apa yang dibualkan pun Irsyad tidak tahu tapi kedengaran bunyi kambing yang luar biasa. Maksud Irsyad ayat Syara seolah sedang memujuk Hana.

Hilang terus rasa hendak buang air kecil apabila perbualan itu tampak menarik.

"Syara..."

Suara Hana.

Perlahan Irsyad tersenyum. Namun cepat-cepat kepala digeleng. Entah apa-apa je dia ni. Kepala sedikit menjengah untuk melihat Hana dan Syara.

"Sakit aku datang balik."

Tersentak. Itu yang dia rasa tatkala ini. Hana ada sakit? Sakit apa? Rasa risau mula menggunung. Gosh sejak bila Irsyad Atmam Faiq mengambil berat tentang orang luar selain dari keluarganya ni?

"Hana... Kau cakap apa ni? Kau dah sembuhkan kan?" Suara Syara berubah.

Irsyad sabar menunggu jawapan dari Hana.

"kan Hana? Kau dah sembuh kan?" Jelas Syara menyoal dengan nada tidak percaya.

"Hana, jawab aku..."

"Tak Syara. Sel tu aktif balik." Suara Hana sayup sayup kedengaran tetapi masih dapat didengar.

"Hana..."

Tiada lagi bunyi mereka bicara. Hanya bunyi tangisan teresak milik Syara sahaja.

Hana menghidap sakit apa? Itu yang menjadi persoalannya kini. Hana, gadis itu sudah banyak menderita. Lihat sahaja pagi tadi Hana mengadu semua kesakitan dalam pelukannya.

Keluhan dia lepaskan. Tak sangka, nakalnya Hana terselit duka. Cerianya Hana, terselit sedih. Langsung dia tak pernah terfikir pun bahawa Hana selemah itu. Pagi tadi, Hana begitu rapuh dalam dakapannya.

Petangnya pula dia mendapat berita bahawa Hana menghidap penyakit. Kalau dia di tempat Hana sudah pasti dia shut awal-awal. Semuanya terlalu pahit untuk ditelan. Terlalu lalu... sakit.

***

"KENAPA ibu tak cakap pun kalau mama Hana tak ada dua minggu lepas lagi?" Soal Hadi sebaik sahaja wajah ibu muncul dimuka pintu.

"Ha?" Hanum menatap anaknya dengan pandangan terpinga-pinga. Baru sahaja masuk rumah sudah disoal.

"Mama Hana dah tak ada dua minggu lepas kan?" Soal Hadi.

"Ya." Jawapan ibu membuatkan Hadi geram.

"Kenapa ibu tak bagitahu Hadi?"

Kini baru Hanum faham. Jadi itu yang membuatkan anaknya tidak dapat bertenang sekarang.

"Ibu dah bagitahu tapi Hadi tak balas."

"Maksud ibu?" Dahi Hadi mula berkerut. Dia tak balas apa pula ni.

"Cuba Hadi bukan telefon dan tengok berapa banyak yang ibu bagitahu."

Hadi terkedu. Pantas telefon yang berada di dalam poket seluar dibuka dan dihidupkan. Berpuluh puluh chat dan call masuk sebaik sahaja hidup. Macam mana dia boleh lupa yang dia sendiri off telefon lebih dari dua minggu.

Sebab dia buat begitu kerana tidak mahu diganggu Hana dengan kata-kata maaf. Aplikasi whatsapp dibuka, ada juga chat dari Hana mengatakan bahawa mamanya sudah meninggal.

Damn Hadi.

"See ibu sendiri dah beritahu. Ibu pun tak dapat nak ziarah arwah sebab ibu ikut ayah outstation luar negara sekali dengan uncle Hans."

"Kami cuba balik tapi tak ada ticket flight kerana cuaca kat sana tak beberapa baik. Jadi dua minggu kami di sana tak dapat buat apa." Sambung ayah yang baru sahaja muncul bersama luggage pakaian.

Hadi menunduk. Kenapa dia bodoh sangat off telefonnya. Itu keputusan paling bodoh dia pernah buat dalam hidupnya. Konon marah kepada Hana.

"Kenapa ibu tak contact Alissa dengan Arissa?"

"Mereka ada telefon ke Hadi?"

Balasan ibu berjaya membuatkan dirinya terhunus tajam.

"Sekarang bersiap, ibu dengan ayah nak pergi melawat Hana kemudian nak ziarah kubur arwah."

"Adik-adik?"

"Paklong ambil diorang kat sekolah dan bawa keluar."

Hadi mengangguk dan terus berlalu ke tingkat atas untuk bersiap. Dia harus minta maaf kepada Hana. Tekad Hadi.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now