Bab 38

2.2K 189 8
                                    

HADI memanjangkan leher mencari kelibat ibu dan ayah. Selalunya bila balik sekolah ibu dan ayah dah sampai rumah. Ini adik-adik pun tak ada semua. Tak akanlah mereka makan tengahari luar tak ajak dia pula.

Tatkala kaki memijak satu anak tangga bunyi tepukan kuat dari arah stor dapur menghampirinya dengan nyanyian happy birthday to you.

"Happy birthday to Hadi Ehsan! Happy birthday to you!"

Bunyi tepukan berterabur dari bapa-bapa pertiwinya membuatkan Hadi tergelak kecil.

"Oi sini tiup lilin." Panggil Aiman.

"Janganlah kasar-kasar dengan anak aku. Sini anak abah sayang." Asiddiq menarik lembut tangan Hadi merapatinya.

"Selamat harijadi anak abah manja seorang ni." Tubuh Hadi ditarik ke dalam pelukan Asiddiq. Tak cukup dengan itu semua rakan ayah memeluknya berjemaah. Nasib tak lemas.

Sebaik sahaja mereka lepaskan pelukan kepala Hadi digosok persis sewaktu Hadi kecil. Bagi mereka Hadi tetaplah budak kecil!

"Banyak betul bapa pertiwi dia, ibu seorang ni tak nak pula peluk?" Sindir Hanum yang berdiri di sisi Khalif.

"Entah tu..." Sokong Khalif sambil bibir muncung ke depan. Merajuk!

Hadi terus meluru ke arah Hanum dan Khalif. Tubuh kedua orang tua itu dipeluk seerat yang mungkin. Sayang. Dia terlalu sayang pada ibu dan ayah. Bagi Hadi, ibu dan ayah adalah insan paling hebat.

"Hadi sayang ibu dengan ayah sangat." Bisik Hadi perlahan sahaja.

Tersenyum lebar Hanum dan Khalif. Anak teruna mereka Hadi Ehsan sudah besar. Seolah waktu pantas dan tiba-tiba sahaja Hadi Ehsan putera kecil mereka tumbuh menjadi lelaki sejati.

"Ibu sayang baby boy ibu." Tubuh tinggi Hadi yang tegap seperti suaminya membuatkan Hanum terpaksa menjengket kaki.

Khalif pula tersenyum senang. Anaknya sudah tumbuh dewasa. Ketinggian mereka pun sudah hampir sama dan tak lama lagi Hadi pula bakal mewarisi tempatnya.

"Ayah bangga dengan Hadi. Ayah minta maaf kalau terlalu sibuk dan buat Hadi rasa terabai. Ayah sayang anak ayah yang nakal waktu kecil dulu."

Tersenyum lebar Hadi tatkala pipi kiri dicium oleh ayah manakalah pipi kanan dicium oleh ibunya.

Kcik! Bunyi kamera di tangan Paan.

"Perfect family!"

Tawa mereka terletus kuat. Apa yang dirasa sungguh bahagia dan syukur.

***

KAKI melangkah masuk ke kawasan tanah perkuburan. Petang itu seperti yang dijanjikan dia pergi ke kubur dan ditemani oleh Syara. Langkah kaki terhenti sebaik sahaja tiba di pusara yang bernama Sabella binti Sabil di batu nisan.

"Assalamualaikum mama. Hana datang bawa Syara ni."

Hana dan Syara mula duduk bersila sebaik sahaja alas yang dibawa oleh
Hana dihampar oleh Syara. Tangan Hana mula membersihkan kawasan persekitaran kubur mamanya.

"Harini Hana datang nak bersihkan mama biar wangi selalu. Siap bawa assistant lagi! Betul tak Syara?" Bahu Syaraa ditolak.

"Untuk mama, Syara sanggup dipanggil assistant." Tersenyum sayu Syara selepas menjawab soalan Hana.

Mata Syara setia memandang Hana yang sedang berbual dengan 'mama'. Mata yang berair membuatkan dirinya mengusap laju air mata. Bagaimana Hana menceritakan itu dan ini kepada dirinya begitulah Hana menceritakan pada mama. Tiada yang tinggal.

Air muka Hana benar-benar tampak gembira seolah tidak merasai sedih atau apa-apa. Tangan masih lincah mencabut rumput yang tumbuh memenuhi sekitar kubur serta mengutip daun yang jatuh di atas pusara.

"Pelik kan ma? Ada ke patut nak paksa Hana tolong dia?"

Syara sekadar memerhati dan dengar sahaja perbualan Hana.

"Tapi Hana tolong juga sebab kesian. Erm ma, Hana rindu. Hana sunyi kat rumah besar tu bila bibik balik. Hana tidur seorang je tapi ma jangan risau Hana dah belajar berdikari sejak papa tinggal kita."

Akibat tidak dapat menahan diri Syara terus bangun dan berlalu. Bibir dikemam kuat supaya bunyi esakan tidak terlepas.

Hana hanya biarkan sahaja Syara yang berlalu pergi. Dia tahu Syara sudah tidah tahan. Dan ketika itu perlahan air mata yang ditahan Hana mula merembes. Sehabis mampu dia kawal diri dari menangis depan Syara kerana tidak mahu Syara nampak dirinya yang lemah.

"Ma..." Tanah kubur digenggam. Tangan kanan pula mengusap batu nisan.

"Sakit tu datang balik. Hana takut. Takut sangat tapi Hana bahagia. Mungkin tak lama lagi Hana boleh jumpa mama," bibir melebar seketika.

Dia dan mama sama-sama menghidap penyakit leukemia. Dia dan mama berjuang sebaik mungkin ketika ditinggalkan oleh papa. Hanya ada dia dan mama sehinggalah doktor sahkan dia bebas dari penyakit tersebut namun tidak mama. Penyakit itu terus menerus menyerang mama.

Dan kini tatkala mama tewas kerana penyakit itu, dia disahkan menghidap semula leukemia. Kali ini dia tiada teman untuk berjuang sakit ini sama-sama. Hanya sendiri.

"Ma, Hana nak jumpa mama sangat. Hana tak nak duduk seorang. Hana tipu, Hana tak reti berdikari. Hana tak suka duduk rumah besar tu. Hana nak ikut mama..."

"Han...Hana nak mama," tersedu sedan berkata separa rayu.

Petang itu di bawah langit mendung ada dua cerita berbeza. Antara luka dan bahagia.

***





TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now