Bab 41

2.2K 168 2
                                    

MAJLIS dimulakan dengan ucapan perasmian dari papa sendiri selaku sponsor terbesar. Hana tahu papa sengaja sponsor kerana ada dia.

"Heiz, kenapa makcik Ratna takde?"

"Mummy tak sihat beberapa hari ni. Dia terjatuh lepastu kaki terseliuh." Beritahu Heiz sambil mencapai pinggan yang dihulur pelayan.

Hana mengerutkan dahi. "Kau tak bagitahu aku pun?"

"Kau nak ambil tahu ke?" Balas Heiz sebelum bergerak ke depan mengambil lauk.

Tersentap Hana dibuatnya.

"Lepasni kalau apa-apa jadi, kau bagitahulah aku. Aku bukannya teruk sangat sampai tak boleh nak jenguk makcik Ratna."

"Ya lah..."

Usai mengambil makanan dan minuman, Hana dan Heiz berjalan ke arah meja VIP yang menempatkan papa dan keluarga Hadi. Adik-adik Hadi turut ada dan Hana dah sedia maklum jadi dia ambil makanan banyak. Pasti Hatta mahu makan dengannya.

"Assalamualaikum." Hana menunduk sedikit sebelum menyalam ibu Hadi.

"Eh Hana, MasyaAllah! Cantiknya dia malam ni." Mujur tak kembang.

"Biasa je, Syara pun pakai sama juga macam saya. Lagi cun! Sebabtu Heiz menggelupur tengok tadi." Bahu Heiz ditolak mengusik.

Syara yang baru tiba tidak faham apa-apa tapi sudah menunduk malu-malu. Digoyang badan kiri kanan menunjukkan dia malu.

"Kalau Syara dengan Heiz, Hana dengan Hadi lah?" Hampir tersembur air liur mendengar usikan ayah Hadi. Yang lain terus gelakkan dia.

"Iya Hatta. Kan abang long cakap nanti abang long suap Hatta. Kenapa degil sangat ni? Pinggan tu kaca. Hatta kecil lagi nak pegang." Bebelan Hadi mematikan gelakan semua.

Hadi meletakkan pinggan berisi makanan di atas meja. Hatta yang turut mengenakan jubah putih dan kopiah putih sudah tercebik-cebik dimarah oleh Hadi.

Keluarga Hadi semua mengenakan jubah putih, yang wanita cantik berselendang tapi tak berpurdah. Yang lelaki memakai jubah putih dan kopiah putih. Keluarganya pula memakai pakaian serba hitam. Heiz dan papa mengenakan jubah hitam dan bersongkok hitam.

Macam taik cicak pun ada.

"Eh duduklah Hana,"

Pelawa ibu Hadi diangguk. Baru sahaja tangan mahu menarik kerusi kosong sebelah Heiz, Syara pantas memegang kerusi tersebut. Tak tunggu lama, Syara terus labuhkan punggung dengan wajah tak bersalah.

"Hehe, kasi can lah Hana sayang."

Nafas dihembus. Kerusi kosong yang tinggal hanya sebelah Hadi. Sudahlah dia dan Hadi tak beberapa nak elok sekarang. Nak tak nak, kerusi sebelah Hadi ditarik juga.

Deheman Hadi membuatkan Hana mencebik. Pandai marah, pandailah pujuk. Okey tak. Teguran Hadi tu ada betulnya, ya lah lelaki sentuh wanita memang haram tapi bukan dia suka-suka hulur tangan pada Eil pun.

"Kakak long. Banyak nasi," tegur Hatta yang berada di atas riba Hadi.

"Sebab nak kongsi dengan Hatta lah ni..." Tangan naik mencuit hidung Hatta. Comel je.

"Kalau macam tu, Hatta nak makan dengan kakak long lah boleh?"

"Bol..." Belum sempat ayatnya habis, Hadi sudah memotong.

"Hatta Elhan. Kan abang long kata jangan kacau orang? Abang long ambil nasi banyak ni sebab nak suap awak."

Berubah terus riak wajah teruja Hatta. Kepala ditunduk apabila mendengar suara garang Hadi.

"Biarlah dia nak makan dengan Hana pun. Memang Hana ambil nasi lebih untuk Hatta." Panas pula tengok Hadi yang emosi begitu. Hatta kecil lagi kut.

"Saya tak nak manjakan Hatta. Kalau dia makan dengan Hana, nasi saya yang banyak ni macam mana?"

"Lelaki kan perut gajah, makan seorang pun pasti habis."

Balasan Hana membuatkan Hadi mendengus geram. Nasi digaul marah.

"Makan Hatta."

"Tak nak... Hatta nak makan dengan kakak long." Hatta gelengkan kepala sebelum mula menggelupur mahu turun dari riba Hadi.

"Hatta, jangan buat perangai." Amaran Hadi tak dihiraukan. Hatta tetap berusaha turun dari riba Hadi dan terus memeluk Hana.

Hana membalas semula pelukan Hatta sebelum tersenyum kemenangan. Jelingan mata diberi. Dia senyum pun Hadi bukan nampak.

"Hatta nak duduk atas riba kakak long ke nak duduk atas kerusi lain?"

"Atas riba boleh?" Soal Hatta bersama kerdipan mata.

"Boleh sayang." Tubuh Hatta cuba diangkat. Allah beratnya kau dik.

Sekali lagi tubuh montel Hatta cuba diangkat. Macam nak tercabut tangan tapi tubuh Hatta tetap tak terangkat.

"Hatta berat ke kakak long?"

"Tak sayang, kakak long yang kurang kuat."

Kalau dia kata ya, mahu menangis meraung Hatta tak mampu terima hakikat. Tiba-tiba Hadi mengangkat Hatta ke riba.

"Tak nak! Hatta nak makan dengan kakak long!" Ronta Hatta.

"Hadi... Biarlah dia nak makan dengan Hana." Kesian pula pada Hatta.

"Saya riba dia, Hana suap. Hatta makan elok-elok. Jangan sampai baju kotor, okey?"

"Tapi Hatta nak duduk dengan kakak long..."

Keluhan Hadi lepaskan. "Kakak long tak laratlah. Awak semangat sangat."

"Hatta duduk atas abang long. Kakak long suap."

Barulah Hatta diam dan setuju. Hana mula membaca doa dan menyuap Hatta. Sesekali sahaja dia menyuap ke mulutnya. Selepas percubaan angkat Hatta, badannya rasa lelah. Tak larat semacam.

Sesekali dada yang terasa sakit diusap perlahan. Baru sikit dah mengah. Lembik betul. Mata memandang juga ke arah sekeliling dewan. Majlis makan malam berlangsung dengan meriah sungguh.

"Janganlah suap ke Hatta je, Hana pun makanlah." Tegur Hadi.

Hana sekadar mengangguk. Nasi disua ke mulut. Tak banyak.

"Abang long, Hatta dah kenyang."

"Hatta nk turun pergi kat ibu..."

Hadi terus menurunkan Hatta dari riba. Tak sampai berapa saat, adiknya lesap berlari ke arah ibu. Hana yang masih menunduk menyelak purdah untuk makan dipandang.

"Hana?"

Diam. Hadi mula tidak sedap hati.

"Hana?"

Masih diam. Hadi terus menarik tangan Hana yang sedang berpura-pura menyuap nasi.

Bukan nasi yang ada, tetapi darah.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now