Bab 45

2.3K 207 10
                                    

[Pst! Dengarlah saya kat atas ni]

***

HANA memandang siling putih terang itu. Hari ini, dia ulang semula rawatan beberapa tahun lalu. Kemoterapi. Penat. Hanya itu yang Hana rasa selepas selesai menjalankan rawatan tersebut.

Syara yang setia menunggu di luar sudah pulang membersih diri terlebih dahulu. Sempat Syara memberi pesanan melalui telefon mengatakan malam nanti dia akan hadir bersama kerja sekolah. Syara, benar-benar sahabatnya.

Pulang dari majlis makan malam pelajar tingkatan 5, dia memberitahu Syara tentang keputusannya untuk menjalankan rawatan tersebut. Syara langsung setuju dan buat janjitemu dengan pihak hospitalnya yang dulu. Kalau diikutkan dia masih di bawah rawatan Doktor Hanum, ibu Hadi. Memandangkan ibu Hadi sudah berhenti maka kini dia berada di bawah Doktor Aisyah. Antara Doktor yang sempat merawat arwah mama dahulu.

Dan dia sendiri meminta Doktor Aisyah untuk merahsiakan semuanya bahawa dia kembali jalankan rawatan kemoterapi. Cukup ada Syara yang menemaninya.

"Assalamualaikum Hana." Bunyi pintu dibuka membuatkan anak mata memandang. Hanya anak mata yang bergerak. Posisi badan masih baring menghadap siling.

"Doktor datang bawa makanan sikit. Doktor tahu awak tak makan pun makanan hospital kan tadi?" Doktor Aisyah meletak paper beg di atas meja sebelah katilnya.

"Hana okey? Doktor tahu Hana hebat. Hana rehat ya? Oh Hana dah solat?"

Hana terdiam. Solat. Dia belum solat bahkan dia tak bawa pun kain telekung dan sejadah.

"Kalau belum, jom solat dengan Doktor nak? Doktor pun belum solat hehe..."

Hanya anggukan diberi tanda mahu. Terus Doktor Aisyah mengunci pintu dan menutup semua langsir. Laci meja di sebelah katilnya dibuka oleh Doktor Aisyah sebelum telekung dan sejadah dikeluarkan.

"Nah. Tahu je Hana nak jalankan kemo, Doktor dah sediakan untuk awak macam dulu-dulu. Jom, Doktor tolong awak ambil wudhu."

Hana cuba bangun dari pembaringan. Rasa lemas dan penat masih ada. Tercungap juga nafas untuk bangun.

"Doktor rasa Hana duduk je sini, biar Doktor ambilkan air wudhu awak. Kita main spray spray je okey?" Sempat rambutnya diusap sebelum Doktor Aisyah berlalu ke dalam tandas dan keliar bersama botol spray.

Suasana ini. Suasana yang sama dia lalui dulu tetapi bezakan dahulu ada mama di sebelahnya. Mama yang membantunya kadang-kadang. Juga ada Doktor Hanum yang tak pernah jemu membantu mama dan dia.

"Mama jadilah imam."

"Apa pula mama, Hana lah. Mama nak tengok sikit bacaan anak mama."

"Kalau macam ni sampai sudah tak solat. Doktor jelah jadi imam!"

Bilik wad terus gamat dengan gelakan mama, dia dan Doktor Hanum. Perlahan air mata menitis namun laju Hana mengesat. Rindunya rasa gelak tawa itu. Rasa yang benar benar bahagia. Sekarang dia hilang punca untuk bahagia. Sebaik sahaja mama pergi, dia jadi hilang dirinya.

Andai mama masih ada pasti saat ini mereka akan solat bersama. Bergaduh siapa yang mahu menjadi imam dan akhirnya mereka akan bersalaman dan memeluk antara satu sama lain.

Tanpa sedar telekung sudah terpasang padanya. Bahagian kaki pula hanya ditutup dengan selimut sahaja. Doktor Aisyah pula yang memang mengenakan pakaian labuh seperti selalu sudah siap membentang sejadah. Sempat Doktor Aisyah tersenyum padanya.

"Bismillah,"

Itu yang Hana dengar sebelum Doktor Aisyah mengangkat takbir Allahuakbar.

Tap.

Tap.

Tap.

Dan deras aliran yang mengalir di pipi sekaligus membasahi wajahnya yang masih tersisa air wudhu. Menggigil bibir diketap menahan esakan. Rasa rindu menguasai tetapi hanya doa yang mampu dia selitkan. Doa buat syurganya, mama.

***


Maaf saya update slow sangat. Saya selalu rasa tak ada orang yang baca tapi masih ada yang cari. Saya hargai dan terima kasih.

Oh, hidup dalam kenangan itu susahkan? Heher. Soon saya update lagi. Cerita ni sepatutnya 45 bab sahaja pada asalnya tapi tengoklah sekarang, banyak lagi! Insya-Allah saya cuba habiskan. Sekali lagi terima kasih sudi baca, maaf atas kekurangannya! <3

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now