Bab 32

2.4K 207 10
                                    

CUACA panas pagi hari itu membuatkan Hana rimas. Terus dia keluar dari bilik. Bahang! Rambut yang tak sempat diikat dibiar. Hana perlu segelas air masak sekarang. Panas yang amat! Lepas subuh tadi dia sambung golek-golek dengan Syara sampai golek masuk mimpi.

Mata ditenyeh beberapa kali. Cuba hilangkan rasa kantuk yang menguasai. Sampai di dapur, Hana mengerutkan dahi sebentar. Cuba ingat mana terletaknya cawan dan gelas.

Ah dalam almari ni. Terus Hana jengket sedikit dan slide almari ke kanan. Jumpa sahaja gelas terus diambil. Air sejuk coway ditekan. Ngam separuh gelas terus Hana teguk macam tak minum setahun.

"Ngantuknya..." Gumam Hana. Tubuh disandarkan pada kabinet dapur. Mata tu pejam celik, pejam celik, eh pejam terus!

"Ya ke abang long pernah tangkap ayam guna tangan?"

"Ya betul! Kalau Rissa tak percaya, nanti petang kita minta izin nenda. Lepastu abang long akan tangkap ayam nanti. Pakai jari jemari Ehsan abang long."

Celik! Terus segar mata Hana apabila terdengar suara pangeran Hadi. Hana pantas membasuh muka menggunakan air di singki. Tangan menekup mulut lalu di hembus nafasnya beberapa kali.

Hana bau tangan. Okay tak busuk. Rambut pula cepat-cepat diikat. Tangan dia memang dah ada getah rambut.

"Nanti abang long tunju... Astagfirullahalazim!" Terkejut Hadi apabila melihat Hana di dapur. Bukan Hana yang mengejutkan dia tapi pakaian Hana.

"Hai Hadi!" Sapa Hana ramah dan tersenyum.

***

Kejadian di dapur tadi sungguh memalukan. Kaw-kaw Hana kena marah dengan nenda sebab tak jaga pemakaian. Bayangkan dia pakai baju singlet dengan short pants je.

"Hana, nenda buke gapo kea tok molek. Kalau Hana duk le bilik sajo takpo," (Bukan apa kan tak elok. Kalau Hana duduk dalam bilik sahaja tak apa) nasihat nenda.

Hana menunduk. Sekarang dia berdua je dalam bilik nenda. Nasib tak baik sebab nenda muncul dari dapur belakang bila dengar Hadi jerit.

"Hana pehe dok nenda oyak gapo ni?" (Faham tak nenda cakap apa ni?)

Hana geleng kepala.

"Tak faham tapi Hana cuba faham."

Terus nenda tepuk dahi. Punya panjang dia nasihat dan membebel pasal pakaian Hana, boleh anak dara tu tak faham tapi kepala angguk.

"Pakaian Hana. Nenda cakap soal pakaian Hana. Hana masih muda, badan pun cantik jadi Hana kena..."

"Ya ke nenda? Badan Hana cantik? Hadi suka yang macam ni ke?" Seloroh Hana tak menyempat.

"Hana!" Naik setaraf suara nenda.

"Guraulah nenda ni. Nanti tak hot tau kalau marah-marah. Rawr cikit nenda." Usik Hana sebelum tergelak kecil.

Sebenarnya Hana rasa seronok bila dapat usik nenda. Memang perkenalan mereka singkat tapi Hana selalu tolong nenda di dapur dari hari pertama datang. Nenda pun nampak selesa berbual dengan Hana walaupun Hana tak faham.

"Berat do oh budok ni lah weh..." Keluh nenda.

"Hana berat ke nenda?"

"Buke tu maksud nenda Hana,"

"Nenda, Hana tak faham."

"Hana, kita sebagai perempuan kena jaga betul-betul diri kita. Dari hujung kepala sampai hujung kaki kita ni bahaya tahu? Kita tak boleh nampak pun apa yang lelaki rasa bila tengok badan kita."

"Nenda tak salahkan Hana kalau Hana selesa berpakaian macam tu tapi kat sini ramai lelaki. Lelaki yang Hana boleh kahwin. Jadi tak elok kalau Hana pakai macam tu." Lembut nenda tegur dalam sleng keyyel. Mujur tak belit lidah tua dia.

Hana menunduk. Rasa malu mula bertandang dalam diri. Dia pun cuai, boleh tak perasan diri tu pakai seksi. Mujur Hadi, kalau uncle Khalif atau tokayah Hadi? Naya pak Karim.

"Maaf nenda. Hana cuba berhati-hati lepas ni. Terima kasih sebab tegur Hana." Tangan tua nenda disentuh.

Nenda tersenyum lalu kepala Hana digosok. Dari awal Hana sampai, dia nampak diri Hana yang sunyi. Mata tak boleh tipu.

"Nenda dah anggap Hana macam cicit nenda."

"Aip! Belum lagi tapi bakal..." Hana tergelak melihat nenda tersenyum mendengar ayatnya.

Keluarga Hadi semua awet muda. Walaupun nenda dah hampir 80 tahun tapi nenda masih mampu memasak, jemur baju, berjogging. Malu lah kita yang muda ni duduk je atas katil layan tiktok dan besarkan badan.

"Ratna tu mama Hana sungguh ke?" Sengaja nenda menyoal padahal dia sudah tahu status antara Hana dan makcik Ratna.

"Tak, makcik Ratna bukan mama Hana."

Nenda mengangguk.

"Mana mama Hana?"

Mati senyuman Hana.

"Kat sini." Hana letakkan tangan pada dadanya sebelum kembali tersenyum.

Nenda turut tersenyum. Mata tuanya tidak lepas memandang wajah Hana. Anak gadis itu masih terluka. Nenda tahu dari mata hijau itu.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now