Bab 40

2.4K 151 2
                                    

SEBELAH pagi tak ada yang menarik. Mereka diberi kebebasan keluar dan perlu pulang jam 1 tengahari. Hana dan Syara membuat sesi teroka tropicana twister di hotel. Setiap pelusuk diteroka. Sudahlah ada pantai tiruan, mana tak menarik!

Ada juga pelajar lelaki yang lepak di tengah pantai memakai seluar pendek. Tapi tak adalah ketat. Kalau tak sakit mata tengok benda benda tak sepatutnya.

"Weh malam ni kan temanya Aladdin, kau pakai baju warna apa?" Tanya Syara sambil memandang Hana.

Puas teroka satu hotel, mereka memilih bersantai di sebuah cafe tepi pantai. Angin sepoi sepoi menampar terajang pipi mereka. Cuaca tak panas mana tapi kalau panas pun biasa sahaja. Malaysia kan hot githuw...

"Baju kita beli sekali tu lah. Jubah hitam, lepastu pakai purdah. Kalau aku rajin aku diy rantai letak kat kepala. Tapi rasa memang tak rajinlah." Balas Hana sebelum air jus disedut. Nikmat hanya Allah sahaja yang tahu.

"Kalau macam tu sama jelah kita. Habislah orang tak tahu mana kau mana aku? Dah lah Heiz tak ada... Tak dapatlah dia tengok aku yang letop ni nanti." Muncung sedepa bibir Syara. Pujaan hati muda setahun, siapa suruh?

"Aku tak bagitahu kau lagi eh? Malam nanti papa dengan makcik Ratna datang. Heiz mesti ikut."

"Kenapa pula?"

Hana mendengus geram. "Sebab sponsor tu lah... Ayah Hadi pun ada rasanya. Itu pun Heiz cerita sebabtu lah kita dapat buat jamuan siap tidur kat hotel bagai."

"Serius? Okey aku kena makeup malam ni!" Dari muncung terus semangat.

Hana sekadar menggelengkan kepala. Tiba-tiba teringat chatting bersama Hadi semalam. Sengaja dia guna nombor sebagai Hayla, takut Hadi syak Hayla dah mati je. Tak pun kena ghosting. Tak sangka Hadi balas dia masih single tapi memang betul pun.

"Hai!" Mati lamunan dan fikiran Hana. Syara yang sedang menikmati pemandangan pantai terus berdecit.

"Hana, saya ada benda sikit nak cakap. Tapi nak cakap berdua."

Syara yang mendengar itu hanya membuat bodoh. Datang entah dari planet mana, halau halau kita pula.

"Eil... Cakap jelah. Syara je pun," malas tahu tak nak bangun.

"Please Hana."

Hana memandang Syara yang memberi jelingan 'pergila sebelum lelaki tu bertukar jadi beruk'. Kerusi ditolak dan dia mula berdiri. Lima jari ditunjuk kepada Syara tanda perbualan mereka lima minit je.

Anggukan dari Syara membuatkan Hana mengekori langkah Eil ke tepi pantai. Ramai juga pelajar lelaki habiskan masa bermandi manda. Cuma tak nampak pula kelibat Hadi dan rakannya.

"Hana, boleh ke kalau saya nak minta puisi tu siap malam ni juga?"

Terbeliak mata Hana.

"Hey gila ke apa? Ada 10 puisi lagi tahu tak!"

Nak tulis satu pun makan masa inikan 10 dalam masa singkat. Minta kena maki.

"Tolonglah, esok dah harijadi arwah abang saya. Saya pun dah janji pada penerbit karya tu nak hantar sebelum harijadi abang saya. Pre-order akan dibuka pada hari esok Hana."

Hana mengenggam tangan marah. "Haritu aku tanya tarikh, kau kata tak apa santai je. Ini tetiba kau gelabah baru nak bagitahu kenapa?" Angin satu badan Hana rasa. Kalau buka aircond pun belum tentu dapat sejukkan dia.

"Saya terlupa."

"Terlupa bukan satu alasan lah Eil. Berapa minggu kau dekat dengan aku, peras ugut suruh buat puisi tu kemudian harini kau pressure aku dengan tarikh. Kau bodoh ke apa?"

"Saya terpaksa Hana! Saya dah janji dengan arwah. Awak je boleh tolong saya Hana..." Nada Eil separa rayu membuatkan Hana mengeluh.

Macam mana dia nak datangkan idea 10 puisi tu pada satu malam? Macam mana?

"Kalau Hana tak boleh tolong, saya terpaksa." Eil diam,

sebelum menyambung.

"Saya terpaksa beritahu Hadi siapa Hana Hayla."

Membesar mana Hana mendengar peras ugut itu lagi. Sikit-sikit gunakan Hadi untuk gertak dia. Ya memanglah perkara soal siapa Hayla tu nampak mudah tapi tak terbayang bagaimana kalau Hadi tahu.

"Aku cuba siapkan. Selepas majlis makan malam aku hantar."

Mujur dia dan Syara sepakat bawa laptop konon nak layan movie anime malam ni sampai subuh.

Eil tersenyum lega. Tak semena tangan Hana digapai dan digenggam.

"Terima kasih!"

Membulat mata Hana sebelum menarik kasar tangannya dan berlalu pergi. Dasar psycho gila.

***

MACAM nak mati dia perah idea untuk 10 puisi. Hasilnya ada tiga lagi belum siap. Pengunguman untuk pelajar ke dewan sudah diumumkan. Hana dan Syara keduanya memakai baju jubah hitam. Malam itu juga dia memakai tudung dan purdah. Mata hijaunya jelas menyerlah bersinar.

Syiah tak syiah, janji Syara puji dia cantik. Puas dengan penampilan diri, Hana dan Syara mula keluar dari bilik. Serentak itu pintu bilik depannya terbuka. Muncul sosok tubuh Hadi yang mengenakan jubah putih, manakala Irsyad memakai kurta coklat.

Di kepala Hadi ada kopiah bulat manakala Irsyad membiarkan rambutnya terlepas. Penampilan Hadi sederhana sahaja tapi auranya MASYAALLAH!

"Cover sikit renung anak teruna orang." Bahu ditolak oleh Syara yang baru sahaja selesai mengunci pintu bilik.

"Hana nak pergi sekali?" Pelawa Irsyad tiba-tiba.

Hana memandang Syara. Sahabatnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"Hana pergi dengan aku. Kau kan nak kunci pintu." Hadi yang diam pantas menarik sedikit hujung lengan baju jubah Hana.

Syara membiarkan sahaja, sebaliknya Irsyad mendengus geram apabila ditinggal begitu sahaja.

Perjalanan ke dewan hotel tidaklah jauh mana. Syara pun setia mengikuti dari belakang. Hana memandang wajah dingin Hadi. Aura dah lah kuat, dingin pula tu memang rawr betul.

"Hadi, boleh lepas dah kot lengan baju Hana."

"Oh dengan saya kena lepas, dengan Eil siap pegang tangan tak apa pula ya?"

Hana tersentak. Takkanlah Hadi nampak dia dan Eil tengahari tadi?

"Tak sangka kan cepat betul Hana berubah hati." Hana tetap diam mendengar sindiran Hadi.

Kalau dia balas, mahu tercetusnya pergaduhan malam ini. Sudahlah malam bersejarah sebelum mereka pulun fokus untuk Spm. Terasa lengan bajunya dilepaskan oleh Hadi.

"Saya tahu saya tak ada hak ke atas Hana. Kita pun masih kecil tapi saya nak Hana jaga diri Hana. Jaga kerana Allah. Saya suka tengok penampilan Hana malam ni dan soal Hana bersama Eil, Hana fikirlah sendiri mana yang baik mana yang buruk. Mungkin kita masih kecil untuk ke arah percintaan tapi kita sudah remaja untuk membezakan batas pergaulan wanita dan lelaki."

Usai itu Hadi terus membuka pintu dewan. Kesemua mata memandang ke arah mereka.

"Saya minta maaf kalau ayat saya tak menyenangkan Hana." Hadi terus melangkah masuk ke dalam dewan. Bunyi lagu arab bergema satu dewan.

Keluhan Hana lepaskan. Malam bahagia mereka... Terasa bahu ditepuk dari belakang.

"Tak apa, nanti kau terangkan elok-elok pada Hadi. Jujur pada dia siapa Hayla. Aku rasa itu yang terbaik supaya nanti tak adalah salah faham ni berpanjangan."

Syara setia menepuk bahunya seolah memujuk.

"Dah lah, kita enjoy je malam ni. Apa nak jadi, lantaklah! Malam ni malam kita. Family kau pun ada, hal tu tolak tepi je. Buat semak kepala."

Pujukan Syara membuatkan Hana mengangguk sebelum mereka turut melangkah masuk ke dalam dewan. Malam ini, malam mereka. Persetankan hal-hal remeh.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now