Bab 14

2.4K 188 4
                                    


SEBAIK sahaja selesai membersihkan diri, Hadi menggapai telefon yang berada di atas meja. Ada beberapa chat Whatsapp dari Hayla iaitu gadis puisi yang dia kenal dari Instagram.

Cuba awak tengok puisi ni, okey tak?

Mentari

Terangnya siang
Malamnya hilang
Adanya dia mereka menghina
Hilangnya dia mereka mencari

Namun begitu awan memujuk
Kemari ke sisi
Di ufuk langit
Berkongsi duka

Cerita bersama pawana
Ketika itu mentari mula bersinar
Demikian hilangnya awan
Maka bersama bukan kita
Untuk berteman sentiasa.

Pantas Hadi membaca tiap bait puisi tersebut sebelum bibir mengulum senyuman. Apa sahaja puisi yang dibuat oleh Hayla, semua menarik minatnya.

Rambut yang masih basah dikeringkan dengan kain tuala sebelum tuala disangkut dengan penyangkut baju. Telefon dicapai semula dan dibawa ke arah katil. Tangan mula menekan keyboard untuk membalas.

Maaf saya baru balik sekolah. Puisi tu saya dah tengok. Indah macam selalu! Postlah di ig Hayla, saya nak like hahahah


Lebih kurang beberapa minit barulah Hadi melihat tanda online bawah nama Hayla. Kemudian bertukar menjadi typing. Mujur sahaja tadi dia sudah solat zuhur di masjid sekolah.

Teringat pula Hana. Pantas dia menggeleng kepala, kenapa pula nak sibuk fikirkan Hana. Bunyi notifikasi membuatkan matanya jatuh pada telefon.

Awak tahu maksud puisi ni? 🤔

Hadi tergelak kecil dengan emoji yang diberi oleh Hayla. Pantas jarinya menari di atas telefon tersebut.

Tahu, tentang mentari yang tidak bersinar kan? Lepastu adanya awan membuatkan mentari perlahan-lahan mula bersinar. Bila mentari dah bersinar, maka awan pun hilangggg. Betul tak?

Ish susahlah chat dengan orang suka buat puisi. Laju aje faham! Tapi okey kan Hadi?

Perfect Hayla! Post cepat, saya nak jadi orang pertama yang like dan comment hahahahah

Macamlah dapat 🤪

Tunggulah, awak post terus saya like and komen. Kalau sempat awak kena pin komen saya ya

Hahahahah banyak cantik!

Tak cantik, tapi hensem alhamdulillah 🤫

Macam nak koyak bibirnya senyum ketika chat bersama Hayla, sungguh membuatkan dirinya berasa tenang. Hampir sebulan juga dia dan Hayla sering berhubung di atas talian dan tak pernah sekalipun Hayla menunjukkan wajah di media sosial.

Melihat logo instagram yang keluar sebagai notifikasi, pantas ditekan. Hayla sudah pun update puisi baru siap tag dia lagi. Ruangan komen ditekan pantas.

Eh tak malu tag orang 👻

Tak lama selepas itu keluar lagi notifikasi komennya di pin dan mendapat like dari Hayla.

Saya ingat bangla mana tadi

Hanya itu balasan Hayla pada komennya. Hadi menggelengkan kepala sambil ketawa lucu. Ada sahaja balasan dari Hayla yang membuatkan dirinya tidak kering gusi.

***

HANA tersenyum puas dengan balasannya. Lucu juga Hadi. Semua chat bersama Hadi dilihat dari atas hingga bawah. Hadi memanggilnya Hayla bukan Hana.

Itu bermaksud Hadi tidak tahu siapa dia. Tiba-tiba terdetik untuk menunjukkan siapa Hayla kepada Hadi namun segera niat dipadam. Jika dia membongkarkan semuanya, pasti Hadi akan menjauhkan diri.

"Seorang Hana akan terus berlakon demi pangeran tersayang!" Semangatnya sendiri.

Perlahan-lahan tubuh disandarkan pada kepala katil sambil beralaskan bantal. Tangan disilang ke belakang lalu diselitkan di bawah kepala.

Hadi Ehsan.

Nama pangeran yang dia idamkan. Suka itu ada, sayang itu ada tetapi untuk cinta, Hana sendiri tidak pasti. Kadang-kadang dia lakukan semua ini hanya kerana suka-suka untuk menghiburkan diri. Namun apabila melihat Hadi bersama gadis lain, hatinya turut cemburu.

Tiba-tiba fikirannya melayang akan kem yang bakal Hadi dan Syara pergi. Bagaimana dia mahu meminta izin guru untuk mengikut serta kem tersebut?

Menggunakan orang dalam? Tapi siapa? Tak akan dia nak rasuah kerani atau guru di sekolah. Lama Hana dia berfikir sambil menggoyangkan kaki. Lenguh dengan posisi itu, Hana menterbalikkan badan menjadi telentang.

Hanya ada satu figura yang boleh membantunya dan meloloskan dia ke kem tersebut.

Papa!

Tapi dia malas nak call papa. Hubungannya dengan papa pun bukan baik sangat. Dingin adalah. Mahu ke papa bantunya? Pelbagai soalan muka timbul.

"Kalau minta tolong Heiz, sama je Heiz akan bagitahu papa. Urgh!" Kusut Hana sendirian lalu menekup muka ke tilam sebentar.

Nafas dihela. Adakah dia ego kerana bersikap dingin dengan papa sehingga kini? Hana memejam mata seketika. Memang dia ego kerana tidak mahu memaafkan papa tetapi siapa sahaja yang boleh tahan?

Masih ingat lagi di fikirannya akan kenangan beberapa tahun lalu. Papa dan mama sering bergaduh sewaktu umurnya lapan tahun.

"Apa semua ni Hans!" Jerit mama sambil menolak dada papa kuat.

"I minta maaf Bella. I buat semua tu sebab nak bantu Ratna sahaja. I minta maaf..." Papa sebolehnya merayu inginkan kemaafan.

"Pergi mati dengan maaf you Hans! Sampaikan hati you, kahwin dengan kawan baik I sendiri? Kawan baik I Hans!"

Kenangan pahit yang sukar diterima. Kenangan saat papa melafazkan cerai pada mama dan memilih makcik Ratna sedangkan makcik Ratna merupakan sahabat baik mama.

Mengikut cerita Heiz, papa berkahwin dengan makcik Ratna atas dasar membantu. Pada awalnya perkahwinan itu tiada perasaan cinta sehingga mama mula mengabaikan papa kerana kerja. Papa mula hilang perhatian dan makcik Ratnalah yang memberikan papa perhatian.

Dari situ makcik Ratna dan papa saling mencintai. Dia tidak dapat menafikan mamanya memang seorang yang sibuk akan kerjaya tapi itu bukan satu ticket untuk papa menikah lain dan memilih wanita lain.

Hubungannya dan Heiz juga berantakan pada awalnya namun Heiz pandai mengambil hatinya. Tapi itu tidak bermaksud dia mampu menerima makcik Ratna dan papa setelah melihat seksanya mama.

Kaya tidak semestinya bahagia. Hana tersenyum hambar. Jam yang baru menginjak pukul tiga membuatkan matanya semakin memberat. Perlahan-lahan mata hijau itu mula kelam dan hanyut di dalam lena.

Biarlah dia berehat seketika sebelum bangkit dan menghadap kembali dunia yang penuh kejam dan konflik. Panjang lagi jalan cerita yang bakal memenatkan diri.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now