Bab 51

2.3K 146 2
                                    

HANA masih tidak memberitahu Hadi tentang perkara itu sehingga kertas spm terakhir mereka.

"Masa menjawab lagi 15 minit. Anda dilarang untuk keluar ke tandas." Mendengar suara itu dari speaker dewan membuatkan Hana terus menggelabah.

Kertas soalan terakhir bagi pelajar sains tulen adalah pendidikan islam. Hampir separuh dewan sahaja dipenuhi dengan pelajar muslim. Ramai yang dah merdeka sobs sobs.

"Hana, apa kau tulis ni..." Rungut Hana sendiri sambil memotong ayat soalan kbat. Habis tunggang-langgang macam tak pernah belajar.

Nafas diatur lalu dihembus. Tinggal 2 sahaja lagi soalan kbat. Diperah otak sehabis baik. Tangan mengetuk meja mencari isi. Allah, mana pula isi ni?!

"Masa menjawab tinggal lagi 5 minit. Sila semak kertas jawapan anda."

Syara yang duduk di hadapannya turut sama tidak duduk diam. Kalau dia dah macam ni, Syara apatah lagi. Soalannya pun bukan main susah. Macam tak pernah belajar rasa!

Titik noktah Hana tekan kuat sebelum pen dihempas. Diselak satu persatu untuk memastikan jawapannya dengan yakin. Ustazah kata, kalau salah ini je masa untuk betulkan.

"Masa menjawab tamat! Sila letakkan pen anda. Kertas jawapan letak di penjuru kiri. Harap semua pelajar bertenang."

Hana menutup kertas soalan. Yakin. Kalau salah pun dia tak nak ambil tahu dan tak nak semak langsung selepas keluar dewan ni.

Syara di depan curi-curi menoleh ke belakang sambil membuat wajah serabut. Gerakan mulut Syara menyebut perkataan susah dapat ditangkap.

"Sabar..." Bisik Hana sambil menepuk dada sendiri ke arah Syara.

Selepas sahaja kertas jawapan dan soalan dikutip terus semua pelajar dibenarkan keluar mengikut barisan.
Keluar sahaja dewan, Syara terus memeluknya.

"Hana tsk tsk memang gagal lah aku..."

Hana akui soalan kertas pendidikan islam itu susah. Selama ini dia tak pernah dapat soalan begitu.

"Shuu shuu, benda dah jawab. Enjoy je lah Syara." Bahu Syara ditepuk.

"Kalau agama aku tak A, umi abi aku nak hantar pergi rumah anak yatim,"

Terletus tawa Hana mendengar rengekan Syara dalam pelukannya.

"Tak apalah nanti aku kutip kau. Kau jadi anak pungut dalam family aku."

Syara jarakkan pelukan. "Eh betul juga. Hmm boleh jadi adik ipar. Cerdik kau ni, tak A agama pun tak apa."

Pap! Dipukul bahu Syara.

"Mulut tu jangan macam cib.."

"Hana!" Suara Irsyad.

"Nasib baik si Irsyad tu panggil kalau tidak aku maki kau bodoh."

"Eh tadi kau sebut cib.."

"Diam." Syara dijeling. Ada doa bukan bukan.

Irsyad berhenti tepat di hadapan Hana sambil tertunduk mengah. Ya lah Hana dan Syara dapat tempat penjuru depan. Kaum lelaki itu pula penjuru belakang. Diasingkan.

"Asal?" Soal Hana.

"Aku ada berita baik. Disebabkan aku dengar kau berbual dengan Syara hari tu soal siapa Hayla."

Dahi Hana mula berkerut.

"Aku dah tolong kau bagitahu Hadi tadi siapa kau sebenarnya."

Tak. Tak. Tak. Tapak kaki Hana berundur ke belakang. Wajah yang tadinya ceria terus berubah riak.

Syara yang mendengar turut membulat mata. Sempat lengan Hana dipegang. Takut sahabatnya terjatuh akibat terkejut.

"Ini.. ini bukan berita baik Syad. Apa kau buat ni?" Suasana sorakan merdeka langsung tidak membuatkan hati Hana ingin bersorak.

"Kau bodoh ke Syad?" Maki Syara.

Tiba-tiba Irsyad lepaskan tawa besar sambil menepuk tangan.

"Weh lawak gila muka kau orang! Hahahah! Sorry sorry aku gurau!"

Melihat tiada respon Hana dan Syara membuatkan Irsyad diserang rasa bersalah.

"Aku sumpah nak gurau. Jangan diam macam ni. Weh Syara, gelak lah. Kau selalu gelak kan?" Cuak Irsyad dibuatnya.

Giliran Hana dan Syara pula lepaskan gelakan besar. "Lawak gila muka kau Syad!"

"Hang memang pha..." Jeritan Irsyad dipotong apabila bahunya ditepuk.

"Phak!" Sambung Arsyad.

"Wiii kita dah merdeka!" Jerit Faim berlari anak sebelum merangkul leher Arsyad dan Irsyad.

Hadi yang baru lepas bersalaman dengan guru turut muncul. Sempat senyuman dihadiahkan kepada Hana sebelum Hadi melarikan anak mata.

Comelnya pangeran blushing.

"Disebabkan kita dah merdeka, aku nak belanja kau orang minum. Nak?" Soal Hana tiba-tiba.

"Kita je ke?" Tanya Arsyad.

"Ada Eil sekali boleh?"

Terus berubah wajah Hadi.

"Eil ikut kenapa?" Dingin sahaja suara Hadi bertanya.

"Dia nak explain sebab Hana rapat dengan dia."

Mereka mula mengambil beg masing-masing. Sempat juga mereka bergambar satu kelas buat kenangan di dataran dan padang sebelum masing-masing mengucapkan selamat tinggal.

"Hana, Heiz tak ada ke?"

"Heiz dah tak ada. Innalillah." Jawab Hana sebelum tergelak.

"Tak baiklah!" Syara mendengus marah.

"Naik kereta siapa ni?" Irsyad memandang Hana.

"Aku bawa basikal." Hadi menunjuk basikalnya.

"Aku bawa motor." Sekali lagi semua memandang jari Faim yang menunjukkan motornya disebelah basikal Hadi.

"Aku bawa kereta." Eil menayang kunci keretanya.

"Hadi kau naik aku tak apa. Basikal tu balik baru kita ambil." Ajakan Faim menerima anggukan Hadi.

"Aku, Irsyad naik kereta Eil boleh?" Pinta Arsyad.

"Tak ada hal bro."

Hana dan Syara terus berlalu masuk ke dalam kereta. Driver Syara ni laju berdesup. Cakap je nak pergi mana terus muncul depan mata.

"Jumpa kat Mcd Seri Alam."

Bergerak sahaja pacuan empat roda itu, Hana lepaskan keluhan. Harap dengan pengakuan tu tak buat hubungannya dan Hadi renggang.

"Kau boleh. Aku yakin." Ucapan semangat Syara membuatkan Hana tersenyum.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now