Bab 18

2.5K 202 9
                                    

PINTU wad dipandang lama. Ragu-ragu, itu yang dia rasa kini. Jambangan bunga beserta coklat berada di tangan kanannya. Macam mana kalau dia masuk dan Hana halau dia?

Hadi mengeluh lalu memusing tubuh kembali. Batalkan sajalah hasrat minta maaf tersebut. Baru sahaja kakinya mahu melangkat pergi, pintu wad terbuka.

"Eh?" Suara Hana.

Perlu ke dia berpaling dan minta maaf sekarang? Hadi mula cemas. Janggalnya, dia mana pernah buat macam ni dekat mana-mana perempuan kecuali ibu.

"Nak melawat mama ke?" Soal Hana. Hadi tahu, Hana masih tidak mengecamnya.

"Ya,"

"Ouh masuklah." Selamba Hana mempelawa. Melihat susuk lelaki itu tidak bergerak membuatkan Hana pelik. Bahu lelaki itu dicucuk.

Hadi yang terkejut menerima cucukan di bahu terus terjerit.

"Hana saya minta maaf!" Jambangan bunga dan coklat dihulur. Kepala pula ditunduk, malu. Menyesal pun ada ikut cakap ayah.

Dek terkejut, kaki Hana terundur ke belakang beberapa langkah. Mana taknya tiba-tiba sahaja orang hala jambangan bunga ke arahnya.

"Ha..di,"

Jantung Hadi tatkala ini berdegup laju. Sungguh dia malu dan benci rasa ini. Udara dihirup lalu dihembus, tak. Dia tak boleh kaku macam ni.

"Ambil ni." Arahnya seraya menghulur lagi.

"Kenapa pula kena ambil?" Soal Hana.

"Saya minta maaf. Sekarang ambil ni, saya nak balik."

Hana tersenyum mendengar pengakuan Hadi walaupun tak sweet dan agak kaku tapi pangeran Hadi pujuk dia! Argh! Rasa macam nak koyak bibir kerana senyumnya terlalu lebar.

"Tak nak tengok mama Hana?"

"Ta..." Ucapan Hadi terhenti tatkala teringat pesanan ayahnya untuk melawat Puan Bella merangkap ibu kepada Hana.

"Nak, tapi sekejap je."

Hana mengangguk, tanpa aba-aba lengan Hadi yang berbalut baju tshirt lengan panjang berwarna hijau askar ditarik masuk ke dalam wad mama.

"Hanaa!" Hampir tersungkur dia apabila ditarik secara drastik begitu.

Hana hanya tersenyum. Sebaik sahaja masuk ke dalam wad, Hadi melihat susuk wanita yang umurnya lebih kurang dengan ibu sedang memandang televisyen.

"Mama, ini kawan Hana. Nama dia Hadi Ehsan," sebaik sahaja Hana memperkenalkan dirinya, dia hanya tersenyum.

"Hadi Ehsan. Macam kenal aje?"

"Dia anak Tuan Khalif dengan Doktor Hanum yang rawat mama dulu." Beritahu Hana.

Bella tersenyum. Lupa pula dahulu dia pernah dirawat oleh seorang doktor bernama Hanum. Doktor itulah yang memantau sakitnya dan doktor itu juga yang selalu memberinya semangat.

"Kamu anak Hanum?"

Soalan mama Hana membuatkan Hadi pantas mengangguk. Macam mana pula ibu boleh kenal mama Hana ni? Bisik hatinya. Habislah kalau semua ahli keluarga dia, Hana kenal.

Tiba-tiba teringat cerita dan novel kahwin paksa. Semua berpunca dari keluarga yang saling berkawan dan akhirnya anak menjadi mangsa. Konon nak tambah generasi dan rapatkan bisnes.

"Marilah duduk, mama nak tanya khabar ibu kamu." Mendengar itu, terbeliak mata Hadi manakala Hana tersenyum lebar.

Mama bahasakan diri mama dengan Hadi! Hana menekup muka. Betullah, kalau jodoh Allah permudahkan urusan. Argh! Sukanya!

"Hana dah kenapa?" Teguran Heiz yang baru tiba membuatkan wajah Hana berubah. Cis! Terkantoi pula.

"Heiz seorang je ke?"

"Taklah ma, ada mummy tapi tunggu dekat bawah je. Ini ada roti sandwich," plastik diangkat.

"Makcik Ratna buat ke?" Hana mula mengeluarkan bekas dari plastik tersebut.

"Heiz beli dekat kantin hospital."

Suasana sepi sebentar. Hanya bunyi Hana yang merobek plastik. Hadi pula menggaru kepala, dia nak cakap apa ni?

"Adik beradik kamu ada berapa dah Hadi? Waktu doktor Hanum jaga mama, dia mengandung."

"Ada empat semuanya."

"Kamu yang sulung?"

"Ya, saya yang sulung. Adik kembar dan terakhir sekali ada bongsu lelaki."

Anggukan mama Hana membuatkan Hadi lega. Terketar dia nak menjawab, rasa macam kena soal dengan polis pun ada.

"Nah roti sandwich telur. Tak ada sardin sebab Hadi tak suka sardin kan?" Hulur Hana.

Ragu-ragu Hadi mahu mengambil roti tersebut sebelum Heiz menepuk bahunya membuatkan tangannya tersentuh roti di tangan Hana.

"Makan je, tak ada racun." Sarkastik ucapan Heiz sebelum turut menyumbat roti sandwich ke mulutnya.

Mahu tak mahu, ditelan jua roti tersebut. Takut apa pula kata mama Hana kalau dia menolak.

"Kem Heiz bila?" Soal Bella sambil memandang anak tirinya.

"Lagi dua minggu lepastu cuti sekolah."

"Hadi pun ikut kem tu?" Kunyahan Hadi terhenti.

"Mestilah ma, Hadi ni bekas komander terbaik tiga tahun berturut-turut sebelum Heiz ambil alih." Jawapan Heiz membuatkan Bella tersenyum.

"Baguslah, boleh pergi saing nanti. Kan Hadi?"

"Boleh aunty." Hadi tersenyum kekok. Mujur pergi dengan Heiz, kalau dengan Hana memang minta simpang.

Pintu wad yang dibuka secara tiba-tiba membuatkan semua mengalihkan pandangan. Membulat mata Hadi tatkala sosok ibu dan ayah hadir.

"Bella..." Ibu berlari anak memeluk tubuh mama Hana. Ayah pula meletakkan sebakul buah-buahan di atas meja yang berada di sisi katil.

"Kenapa ayah ada kat sini?" Soalnya dengan nada tidak puas hati. Kalau tahu baik dia tak payah melawat.

"Saja cuci mata." Selamba Khalif membalas. Sempat senyum dilempar ke arah Bella. Kini mata jatuh memandang gadis freehair.

"Ini ke Hana Hayla?"

"Haah. Pakcik ni ayah Hadi ke?" Hana memandang teruja. Patutlah Hadi hensem.

"Ya. Nama pakcik Ahmad Khalif, tapi kamu boleh panggil pakcik ayah." Khalif mengenyit mata.

"Hana pang...gil pakcik aa...yah?" Terkaku Hana apabila disuruh begitu.

"Iya, panggil ayah dan ini ibu!" Sampuk Hanum.

Melihat situasi itu, Hadi pula memejam mata. Kenapa ayah dan ibu suruh panggil bukan-bukan ni. Mahu sahaja dia menangis di situ. Ayah pula sempat melempar senyuman sinis.

"Betul ke ni!" Tinggi suara Hanum kerana tidak percaya.

"Betul!" Jawab Khalif dan Hanum serentak.

"Argh!" Jerit Hana sebelum menekup muka. Malu! Entah-entah ayah dan ibu Hadi berniat nak kahwinkan dia dengan pangeran Hadi.

Fikir akan hal itu, wajahnya bertambah merah kerana malu. Heiz hanya memutarkan mata. Macam tak biasa tengok kakak dia yang tergila-gilakan Hadi.

"Padan muka." Bisik Khalif di telinga Hadi.

Geram. Hanya itu yang mampu dia ungkapkan. Hadi mengeluh lemah.

"Eh ni bunga untuk siapa?" Heiz mengangkat jambangan bunga serta coklat.

"Hana punya!" Laju Hana merampas jambangan bunga dan coklat tersebut lalu dibawa ke dalam dakapan.

Tergelak semua di situ kecuali Hadi.

"Maju dah bro ushar kakak aku," Heiz memandang ke arah Hadi lalu tersenyum.

Tak suka! Jerit hati Hadi.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now