Bab 35

2.4K 187 20
                                    

IRSYAD tersenyum dan berjalan ke arah Hana. Tatkala mata memandang Hadi sahabatnya, terus jelingan diberi.

"Hana, tak rehat ke?" Sapa Irsyad sebelum menarik kerusi dan duduk berhadapan Hana. Kerusi tidak dipusing. Hanya dia yang duduk dalam posisi terbalik.

"Er..." Terkaku Hana tatkala Irsyad melabuhkan punggung, wajah mereka dekat.

Hadi yang melihat sudah menggigit bibir. Geram.

"Kau kenapa tak rehat?" Sampuk Hadi. Tangan masih menulis nombor abjad. Sekejap calculator ditekan, sekejap mata memandang Irsyad sekilas.

"Aku nak rehat dengan Hana." Jawab Irsyad.

Hadi menggenggam erat pen. Rahang bergerak menandakan dia sedang menahan amarah. Sempat Hadi tangkap senyuman sinis Irsyad ke arahnya sambil menjongket kening.

Suasana dingin itu membuatkan Hana memandang Irsyad dan Hadi silih ganti. Melihat suasana Hadi dan Irsyad tegang pantas Hana berdehem.

"Ehem, kau nak apa Syad?"

"Jom rehat dengan aku nak?"

Hana lepaskan keluhan. Masih tak putus asa.

"Aku nak ulangkaji ni. Jap lagi exam math lah." Tolak Hana.

"Dengar tu dia tak nak. Tak payah paksa kalau orang tak sudi."

Irsyad berdecit. Pada waktu yang sama mata menjeling Hadi. Sibuk!

"Aku bercakap dengan Hana bukan kau, jadi diam."

Keluhan Hana lepaskan. Orang nak ulangkaji pun tak tenang. Selera makan pun hilang entah ke mana. Tak tunggu lama terus Hana berdiri dan membawa kertas latihan dan barangan lain termasuk makanannya.

"Kau orang gaduhlah, aku nak keluar." Terus Hana melangkah.

Hadi dan Irsyad terdiam. Suara mereka yang bertekak sebentar tadi senyap dan terkatup rapat mendengar penyataan Hana. Hadi memandang Irsyad sekilas sebelum kembali mengulangkaji.

Tak tunggu lama Irsyad mengikut langkah Hana keluar dari kelas.

"Jangan ikut!" Tinggi suara Hana dari luar kelas melarang.

Terjongket senyuman Hadi mendengar Irsyad dimarahi Hana.

***

"AKHIRNYA... Tempat paling aman." Hana labuhkan punggung di bangku kayu.

Plastik roti yang dilipat sebentar tadi dia buka kembali. Lapar! Sebelah tangan memegang kertas soalan math. Mata tidak lepas dari membaca soalan yang tertera.

Tiba-tiba terasa ruang sebelahnya diduduki seseorang. Lantas kepala menoleh.

"Er... Boleh duduk?" Hana memandang atas bawah pelajar lelaki tersebut. Mata tajamnya terhenti pada nametag ketua pelajar.

Terus kepala mengimbas memori perhimpunan minggu lepas.

"Hana! Hana! Tu!" Bahunya ditepuk oleh Syara berkali-kali.

"Syara jangan sampai aku henyak kau kat tengah dataran ni. Aku nampaklah."

Syara tersengih sambil menggaru kepala. Terus bahu nya diusap oleh Syara. Tahu takut.

"Tu ketua pelajar kita naik pentas. Hensem!"

"Hensem lagi Hadi." Jawab Hana bersahaja.

"Ish! Heiz pun hensem tapi ni pun kategori hensem." Syara memukul lembut lengannya.

Hana mula memandang Syara tajam.

"So kau duakan adik aku lah ni?"

"Hana!"

Serentak itu mereka berdua menjadi perhatian akibat jeritan kuat Syara.

"Shh!" Pengawas yang berjaga membesarkan mata ke arah Hana dan Syara.

Pantas Syara menyatukan tangan dan memohon maaf. Hana pula hanya bersahaja. Salah Syara jadi Syara lah minta maaf.

"Bising lagi, kan dah kena."

"Ish! Malaslah aku." Rajuk Syara seraya memalingkan tubuh bertentangan dengan Hana.

Tersenyum Hana dengan gelagat lucu Syara sebelum ibu jarinya mencucuk pinggang Syara.

"Hana! Jangan cucuk!" Jerit Syara tetapi perlahan sambil mengetap gigi. Marah sangat tu.

"Yelah sorry. Mana ketua pelajarnya? Nama apa? Tinggal mana? Umur berapa?" Layan sahaja telatah Syara kepochi.

"Nama dia Eil Eidan bin Eyad. Pastu dia tinggal area perumahan aku. Aku selalu nampak dia jogging petang-petang. Hmm adalah aku ternampak dia lap peluh guna baju pastu nampak six-pack dia Hana!" Teruja Syara bercerita.

Wajah jijik Hana tayang. Lap peluh guna baju. Euw! Tengok Pangeran Hadinya yang selalu prepare sapu tangan. Pembersih sebersih cinta mereka. Ahaks!

"Umur dia tua setahun dari kita sebab lambat masuk form1. Dia budak kelas lukisan kejuruteraan. Kau tahu tak lukisan dia gempak gila! Ada haritu aku terdengar cikgu cakap ada syarikat berminat dengan lukisan dia."

Hana sekadar mengangguk. Siapa sangka dari awal perhimpunan sehingga habis perhimpunan Syara menceritakan tentang ketua pelajar mereka.

"Boleh saya duduk?" Soal lelaki bernama Eil itu.

"Kau dah duduk dah pun." Balas Hana sambil mengensot sedikit. Jarak tengah kerusi bangku itu boleh memuatkan seorang lagi.

Suasana hanya diam. Lelaki tersebut turut mengulangkaji begitu juga Hana yang fokus menulis jawapan bagi soalan yang dibaca sebentar tadi.

"Tadi exam okay?" Terhenti tangan Hana dari menulis nombor. Kepala diteleng ke arah kiri.

"Biasa." Hanya itu jawapan Hana sebelum kembali menulis.

"Awak Hana Hayla yang menulis puisi di Instagram tu kan?" Sejurus beberapa patah perkataan itu keluar terus membulat mata Hana.

Sekali lagi Hana memandang lelaki tersebut.

"Saya Eil Eidan. Saya dah lama perhatikan Hayla. Maaf saya godam maklumat peribadi account Instagram Hayla."

Bungkam. Tiada balasan. Tiada orang memanggilnya Hayla kecuali Hadi. Pantas tangan Hana mengambil air kotak milo dan disedut laju. Gelabah, dia gelabah sekarang.

"Saya suka Hayla."

Pak! Terlepas air kotak milo dari pegangan tangannya.

***


TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now