Bab 17

2.4K 203 22
                                    


PENSEL diletak. Badan disandar pada kerusi. Otaknya tepu, tiada idea untuk menulis puisi. Sudah dua hari dia chat Hayla namun tidak dibalas. Begitu juga dengan Hana yang sudah dua hari tidak hadir ke sekolah.

Bukan niatnya mahu menyakiti hati Hana, tetapi sudah dia tidak suka maka kenapa dia perlu selindung. Lebih baik jujur tetapi munafik bukan.

"Abang long," suara Hatta membuatkan dirinya membuka pintu bilik.

"Ya Hatta?"

"Hatta nak milo."

Hadi mengukir senyum, kepala Hatta digosok.

"Jom, abang long buatkan." Tangan comel Hatta dipimpin menuju ke dapur.

Tiba sahaja di sana, terlihat adik kembarnya sedang berbual-bual. Jam di dinding dilihat. Sudah pukul 12, tetapi adik-adiknya masih tidak tidur.

"Kenapa tak tidur lagi ni Arissa, Alissa?" Tegurnya.

Seketika mulut becok Alissa terhenti bercerita. Si kembar mula kecut perut tatkala wajah abang long menatap mereka.

"Abang long tanya, kenapa tak tidur lagi? Esok sekolah kan? Kalau bangun lewat nanti, kesian ibu." Tegas namun terselit nasihat.

Hatta mula mengeluarkan jari gemuknya lalu mengira. Isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat. Eh esok sabtu!

"Esok hari sabtu abang long," sampuk Hatta.

Kini Hadi pula terkedu. Allah, esok sabtu! Patut pun adik-adiknya tidur lewat. Ruangtamu pula masih bising dengan suara dari televisyen. Pasti ayah dan ibu sedang menonton movie.

"Habis kenapa Hatta cari abang long? Kenapa tak suruh kakak-kakak awak je yang buatkan air milo?"

"Tak sedap macam abang long punya. Hatta nak air milo abang long je... Cepatlah, Hatta haush ni."

Keluhan Hadi lepaskan. Terus dirinya bergerak mengambil gelas lalu paket milo digunting. Susu dimasukkan sedkit sahaja. Air panas coway ditekan.

"Sini duduk," gelas yang berisi milo panas diletakkan di atas meja. Lalu biskut keping dan roti turut diletak di hadapan Hatta.

"Rissa dengan Lissa tengok Hatta, abang long nak pergi jumpa ibu dengan ayah kejap."

"Beres abang long!" Jawab si kembar sebelum kembali berbual.

***

"AWAK tak tahu ke yang?"

"Saya mana ambil tahu. Ha kenapa?" Soal Hanum sambil bermain tangan Khalif.

"Awak dengar elok-elok tau, saya tak nak ulang dah ni." Amaran dari Khalif membuatkan Hanum memutarkan mata. Cakap sahaja tak nak ulang, tapi kali ni sudah kali ke 10 suaminya ulang.

"Iya, cepatlah ceritanya. Karang saya tidur kang!" Ugut Hanum.

"Eh takmo takmo. Okey macam ni, Kurama tu binatang dari keluarganya si Naruto."

"Okey, kemudian?"

"Kemudian sayangku, selepas mak ayah Naruto mati si Kurama tu dia ta..." Bicara Khalif terhenti apabila dirinya dipanggil.

"Ibu, ayah."

Hanum pantas berpaling. Wajah mendung Hadi menyapa. Khalif turut memandang anak terunanya sambil mengerutkan dahi. Hadi ada masalah ke?

"Kenapa Hadi?"

"Hadi ganggu ke?"

"Uish! Dah 17tahun baru tanya." Usik Khalif.

"Ouh, tak apalah macam tu." Hadi terus berlalu ke tingkat atas.

Khalif tercengang. Eh mana anaknya yang kaki lawan tu? Kenapa Hadi jadi dingin pula ni? Pap! Allah senak perutnya ditampar Hanum.

"Awak kenapa? Tak nampak ke Hadi tu macam ada masalah. Pergi pujuk balik, kalau tak dengan Kurma ke Natoto tu saya tibai."

"Tapi Naruto dengan Kurama tak wujud," balas Khalif perlahan sambil mengusap perutnya.

"Khalif!" Mata besar Hanum membuatkan Khalif pantas berdiri dan mendaki tangga. Seram!

***

BUNYI pintu dibuka membuatkan kepalanya memandang gerangan tersebut. Melihat sahaja susuk ayah melangkah masuk, Hadi mengeluh.

"Baby boy ayah, kenapa ni? Hadi ada masalah ke?" Khalif labuhkan punggung di hujung katil anaknya.

Hadi pula duduk di kerusi belajar berdepan dengan Khalif. Mereka bertatapan seolah memandang pantulan cermin. Wajah seiras.

"Masalah perempuan?" Tebak Khalif.

Melihat mata Hadi membesar membuatkan Khalif tersenyum. Tak sangka Hadi yang dahulunya banyak akal, kini sudah besar. Dia pula semakin tua TETAPI masih kacak.

"Hadi tak suka seseorang tu. Dia selalu usik dan kacau Hadi, dan haritu Hadi cakap dengan dia yang Hadi malu sebab kena usik macam tu. Terus dia tak datang sekolah dua hari. Semua tu diluar jangkaan, Hadi tak sengaja." Luah Hadi tanpa selindung. Entah kenapa dia memilih untuk bercerita tentang Hana berbanding Hayla.

"Ayat Hadi macam mana?"

"Macam ni, ayah bayang tau. Ehem!" Suara dikeraskan.

"Cukup kejar saya, ia memalukan. Ha macam tu." Intonasi dingin berubah kembali.

Khalif masih tersenyum. Kalau dia jadi budak perempuan tu pun, dia sentap apatah lagi empunya badan. Khalif mula berdiri lalu mendekati meja belajar Hadi. Gelas yang berisi air masak milik anaknya diteguk habis.

Wajah Hadi berubah hairan. Apa yang ayah cuba buat? Minum air dia bagi habis, kemudian?

"Cuba tengok gelas ni dan botol air Hadi." Botol air plastik anaknya diambil dan turut diletakkan di atas meja.

"Bayangkan ini seseorang yang menyukai Hadi, " gelas kaca ditunjuk.

"Dan ini pula seseorang yang langsung tidak suka dengan Hadi." Botol air plastik pula ditunjuk.

"Okey jadi?" Soal Hadi yang masih tidak faham apa yang ayah ingin tunjuk.

Prak!

Terbutang mata Hadi tatkala ayahnya menolak kedua-dua tersebut jatuh ke lantai. Gelas ibu!

"Eh sorry, tertolak." Pinta Khalif sedangkan dia memang berniat begitu.

"Sekarang cuba tengok lantai. Yang mana masih ada bentuk kekalnya dan mana yang sudah pecah?"

"Botol plastik kekal, gelas pecah."

"Jadi macam itulah perasaan mereka apabila Hadi tak sengaja sebut ayat tadi." Bahu anaknya ditepuk. Berhadap Hadi faham maksudnya.

Tersentak. Itu sahaja yang Hadi rasa tatkala mendengar penjelasan dari ayah. Jadi selama dua hari ini Hana tidak hadir ke sekolah kerana terkesan dengan bicaranya? Jadi selama ini dia telah melukai hati Hana?

"Tapi Hana bukan sesiapa pun. Kenapa Hadi nak kena jaga hati dia?"

"Jadi nama seseorang itu Hana? Oih biar ayah teka. Itu pasti Hana Hayla anak Tuan Hans kan?"

"Mana ayah tahu?"

Khalif tersenyum sekali lagi. Sebenarnya dari awal dia sudah tahu. Bahkan Hans sendiri yang menceritakan hal tersebut. Sengaja dia mahu melihat sejauh mana Hadi mahu menyorokkan identiti seseorang itu.

"Dan kalau Hadi nak tahu. Hana tak datang sekolah sebab mama dia masuk hospital tapi dalam masa yang sama dia mesti terluka dengan ayat Hadi. Esok cuti, pergilah hospital melawat mamanya sambil-sambil minta maaf." Bahu Hadi dipegang.

"Hati perempuan ni lembut. Kita sebagai lelaki kena pandai jaga hati mereka." Tepukan ayah pada bahunya membuatkan Hadi mengeluh. Sedar akan kesilapannya selama ini.

***

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now