Bab 11

2.5K 202 8
                                    


TUBUH itu berjalan dengan gah sebaik sahaja keluar dari kereta mewah. Lalu sahaja di depan kelas, pelajar semua pantas menoleh.

"Heiz! Tu bukan ke bapa kau?" Teguran rakannya membuatkan fokus Heiz terhenti. Papa? Ada apa papa datang ke sekolah?

Tangan diangkat.

"Ya Heiz?"

"Cikgu saya nak ke tandas," bohongnya dan kelut-kalut keluar tanpa menunggu jawapan dari cikgu.

Dari tempat dirinya berdiri, dia dapat lihat tubuh papa juga pengawal peribadi papa. Persoalannya, kenapa papa datang sekolah? Heiz pantas menyorok di sebalik tembok sekolah sambil mengikuti langkah papanya.

Sebaik sahaja tiba di satu bangunan yaitu bangunan bilik kesihatan membuatkan langkah Heiz terhenti. Di fikirannya Hana. Apa kakaknya sakit?

Langkah kaki papa dikejar laju,

"Pa!" Laungnya kuat.

***

HADI memandang Irsyad tajam. Kata jururawat yang berjaga, Hana kepenatan. Sudah pasti ini ada kaitan dengan sahabatnya, Irsyad. Sudahlah kaki Hana berdarah, entah apa yang Irsyad lakukan kepada Hana.

"Hana okey?" Soal Irsyad seraya menjengah sedikit kepala disebalik langsir namun pantas Hadi tutup.

Terkedu Irsyad dengan tindakan Hadi. Raut wajah Hadi dipandang. Dah kenapa pula Hadi macam ni.

"Kau buat apa dengan Hana, Syad?" Soal Hadi bernada serius.

"Aku? Hey, kau tanyalah perempuan tu. Kau tengok baju aku, kotor sebab perempuan sial tu,"

"Perempuan tu ada nama Syad. Panggil dia Hana." Tangan Hadi genggam erat, tanda marah.

Irsyad tersenyum sinis mendengar balasan Hadi. Kena sampuk jembalang ke apa Hadi ni?

"Kau kenapa ni Di? Kau nak backup perempuan tu asal? Dia yang salahlah sial!" Carut Irsyad geram.

"Aku cakap, panggil. Perempuan tu. Hana." Sepatah-sepatah Hadi sebut dengan nada dingin.

Terkedu Irsyad dengan perubahan nada Hadi. Nafas dihela,

"Aku minta maaf tapi Hana yang salah. Dia yang tumpahkan air dekat atas baju aku."

Suasana tegang mula mengendur. Raut wajah Hadi juga berubah. Ah, kenapalah dia buat macam tu tadi! Mesti Irsyad fikir bukan-bukan.

"Aku minta maaf. Aku cuma tak suka tengok kau tak hormat perempuan. Dia ada nama Syad."

"Aku minta maaf," pinta Irsyad lagi sambil menundukkan kepala.

"Bukan dengan aku Syad tapi dengan Hana." Hadi melemparkan senyuman.

Pap! Pap!

Bunyi tepukan di pintu utama bilik kesihatan membuatkan Hadi dan Irsyad menoleh.

"Ahmad Hadi Ehsan." Sebut suara garau itu.

Hadi terkebil-kebil. Siapa pula lelaki kaya depannya ni? Dari atas sampai bawah, Hadi dapat lihat pakaian berjenama bahkan kasut pejabat itu pun Hadi tahu bahawa harganya mampu cecah ribuan.

Macam mana dia tahu? Ayah kan ahli korporat, jadi pakaian-pakaian begitu tidak asing lagi di matanya.

"Jadi, kamu lah anak Tuan Khalif? Bertuahnya saya,"

"Maaf, Encik ni siapa ya?" Sopan Hadi bertanya. Pelik, tak tahu dari mana tiba-tiba sahaja sebut nama penuh dia.

"Saya Tuan Hans papa Hana Hayla."

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now