Bab 48

2.2K 165 11
                                    

HADI dan Faim menjengah kepala apabila pintu wad hospital dibuka. Melihat Syara keluar dengan baju sekolah membuatkan Hadi memandang Faim.

"Kau nak kata Hana dalam tu?" Soal Faim sedikit berbisik.

"Mungkin tu abang Syara." Yakin Hadi. Tak mungkinlah Hana dalam tu. Tapi boleh jadi benar juga.

Faim memandang kiri kanan laluan koridor hospital sebelum terus berjalan mendekati wad tersebut.

"Hei! Faim! Kau buat apa ni?"

"Aku nak tahu siapa dalam ni. Aku tak kira, aku nak juga tahu." Tak menunggu lama terus Faim menolak pintu wad tersebut.

Hadi mengeluh sebelum mengikuti Faim masuk ke dalam wad tersebut.

Kosong. Tak ada pesakit pun dan katil wad tersebut tampak kemas seperti tak ada penghuninya. Jadi siapa yang Syara melawat? Sudah tiga hari mereka mengikuti Syara, hampir setiap hari Syara akan datang ke hospital selepas pulang dari sekolah.

"Aik tak ada orang? Ke Syara pesakitnya?" Tekaan Faim membuatkan Hadi menepuk bahunya.

"Dah kalau dia sakit, setiap hari dia pergi sekolah buat apa?" Sebal dengan statement tak masuk akal Faim.

"Oh ya tak ya juga... Habis tu siapa pesakitnya?" Serabut otak Faim memikirkannya.

Tiba-tiba bunyi flush dari bilik air membuatkan Faim dan Hadi kelang kabut menyorokkan diri. Faim awal-awal sudah memanjat tingkap dan menutup dirinya dengan langsir.

Hadi yang masih terpinga pinga lantas menyorok di bawah katil.

"Bukit jelutong bukit jelutong yow bukit jelutong." Nyanyi Hana kuat.

"PH menang ke PN ni? Penatlah aku." Rungut Hana sebelum melabuhkan punggung atas katil.

Suara itu membuatkan Hadi yakin itu adalah Hana. Tapi Hana sakit apa sehingga tak mampu ke sekolah selama sebulan lebih?

Prutt...

"Aish! Tadi dah keluar, nak keluar lagi ke?" Hana bangun semula dan masuk ke tandas sambil menyanyikan lagu Bukit Jelutong yang viral.

Faim disebalik langsir menekup mulut dan hidung. Kentut Hana bukan biasa-biasa. Sekali tersedut hilang semua oksigen yang ada.

Bau semerbak kentut Hana membuatkan Hadi membulatkan mata. Tangan dikipas. Setelah memastikan Hana masuk semula ke tandas, Hadi terus keluar dari tempat persembunyiannya. Begitu juga Faim yang seolah sudah sesak nafas.

Terus keduanya keluar dari wad tersebut sebelum termengah-mengah menyedut udara segar.

"Itu Hana kan weh? Aku rasa dia masuk hospital sebab cirit-birit."

"Masuk hospital sebulan sebab sakit perut? Tak logik Faim."

***

SYARA memandang kelibat Eil yang sedang mengintai wad Hana. Tadi selepas pulang dari sekolah dia melawat Hana sebentar sebelum pulang membersih diri.

"Oi! Apa kau buat ha?"

Sergahan Syara membuatkan Eil terkejut. Terketar ketar Eil memandang Syara sebelum menunjuk ibu jari ke arah wad Hana.

"Itu Hana?"

Mendengus geram Syara sebelum menolak tubuh Eil menjauh dari wad Hana. Macam mana pula Eil boleh tahu Hana di sini? Habislah nanti kalau yang lain tahu.

"Syara, itu Hana kan?"

"Apa masalah kau ni? Tak habis habis nak menyusahkan hidup orang." Tangan dijatuhkan. Wajah Eil dipandang.

"Aku nak jumpa Hana."

"Oh ya? Jumpa nak menyusahkan Hana lagi? Eh kau tahu tak sebab ugutan bodoh kau tu, kawan aku terlentang kat dalam. Sebab apa? Sebab nak siapkan permintaan puisi bodoh tu. Sekarang kau blah." Marah Syara sebelum menolak tubuh Eil kembali namun sedikit pun tubuh sasa Eil tidak bergerak.

"Aku nak jumpa Hana." Ego Eil sambil mengeraskan badan.

"Kau ni tak faham bahasa ke apa? Aku kata dah kan jangan kacau Hana."

"Aku cuma nak jumpa Hana. Ada benda aku kena bagitahu Hana."

"Penting sangat ke?" Wajah separuh rayu Eil dijeling.

"Penting bagi aku."

"Jadi tak bagi Hana. Dah shuh shuh!" Halau Syara sambil menghayunkan tangan kedepan.

Melihat Syara leka, Eil terus merempuh tubuh Syara dan memasuki wad Hana.

"Bukit Jelu.. Syara eh Eil?!" Jerit Hana kuat dengan mata membulat.

"Hana, saya tak minta banyak pun masa. Saya cuma nak ucap terima kasih." Zip beg sekolah dibuka lalu buku puisi dikeluarkan.

"Hey! Hana kau halau jantan tak guna ni!" Muncul Syara di depan pintu dengan wajah tidak puas hati. Sakit hati dia dirempuh begitu sahaja. Hampir sahaja tadi dia tergolek macam nangka busuk.

Hana menggeleng tanda tak mahu. Biar Eil jelaskan dahulu apa yang lelaki itu mahu katakan.

"Hana, ini buku puisinya." Buku puisi berwarna hitam putih itu diserahkan kepada Hana.

"Saya ada letak nama Hana sebagai penulis sambungan arwah abang saya. Terima kasih sebab Hana tolong saya. Terima kasih sebab Hana tolong habiskan buku ni dan tunaikan janji saya pada arwah."

"Saya tak ambil satu sen pun hasil dari jualan buku ni." Sekali lagi Eil selongkar beg sekolahnya sebelum mengeluarkan satu sampul.

"Ini cek dari hasil jualan buku ni. Hana ambillah buat kos rawatan sakit Hana."

Syara terus merampas sampul tersebut dan mengeluarkan cek tersebut. Membutang mata Syara melihat angka kosong penuh di belakang nombor 7. Gila, buat buku bodoh aje pun.

Hana tergelak dengan reaksi Syara. Mata kembali memandang Eil.

"Aku tertanya kenapa kau gunakan aku untuk siapkan buku tu? Kau tiber tau dalam hidup aku."

Eil tersenyum. "Saya faham puisi Hana. Ayah saya pun kahwin lain selepas umi meninggal. Bila arwah abang saya pergi, saya tak ada sesiapa. Saya selalu baca puisi yang Hana post kat Instagram."

"Hana."

"Hmm?"

"Terima kasih. Saya ikhlas tentang cek tu. Anggap saya sedekah..."

Pap!

"Hey bengap, setakat lima angka kosong ni Hana boleh bagi kau free free tau? Hana kalau kau tak nak, kau bagi aku." Ucap Syara sebelum memasukkan cek tersebut ke dalam poket seluarnya.

"Eh aku bagi Hana, bukan kau!" Eil terus mendekati mahu merampas semula cek tersebut.

"Ya lah tapi Hana bagi aku!" Syara cuba mengelak dari Eil. Tangan memegang poket seluar kemas.

Gelagat Syara dan Eil membuatkan Hana tidak kering gusi petang itu. Ada sahaja yang mahu digaduhkan. Kesudahnya, Hana beri semula cek tersebut kepada Eil kerana dia ikhlas menolong. Syara pula hanya menghormati keputusan Hana.

"Hana kalau esok saya nak datang study kat sini boleh?"

"Asalkan kau zip mulut. Bila-bila masa kau boleh datang."

Tersenyum lebar Eil.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now