BAB 23

3.6K 274 11
                                    

     HARI ini, sudah genap seminggu selepas kepulangan Marissa dari Teluk Cempedak. Tubuhnya disandarkan pada kerusi memandu. Tangan pula sudah memegang stereng kereta. Jam menunjukkan tepat pukul 5.30 petang. Ah, penatnya!

"Aduh, stresnya berlakon!" rungut Marissa. Kepalanya dijatuhkan pada stereng kereta. Macam manalah dia boleh terserempak dengan teman lelaki Aini iaitu Taufik semasa dia dan Harraz keluar makan tadi. Nasib ajelah tak kantoi.

"Marissa?" tegur seorang lelaki. Ketika itu Marissa sedang menunggu Harraz di dalam restoran. Kebetulan, lelaki itu pergi ke tandas sekejap. Kepalanya didongak memandang gerangan yang menegurnya tadi.

"Taufik? Kau buat apa kat sini?" soal Marissa kaget. Apatah lagi Taufik sudah menghenyakkan punggungnya di hadapan Marissa. Suka hati dia je. Padahal Marissa tak jemput duduk pun. Heh!

"Dah nama pun restoran, takkan aku nak berkaroake dekat sini pula? Alang-alang aku nampak kau dekat sini, aku join boleh?" selamba aje Taufik memanggil pelayan. Marissa seperti cacing kepanasan. Macam mana ni? Macam mana dia nak halau Taufik dari sini? Mampuslah dia kalau Harraz muncul kejap lagi. Dahlah si Taufik ni panggil dia Ris. Tak pasal-pasal kantoi dengan Harraz nanti.

"Ris, kau sorang aje ke?" soal Taufik lagi.

"Tak, aku dengan kawan aku. Dia pergi tandas sekejap." Marissa membalas. Keningnya digaruk. Macam mana ni? Tolonglah dia!

Saat itu, matanya terpandang akan Harraz yang semakin dekat langkahnya. Mampus! Apa dia nak buat ni? Fikir Marissa, fikir! Dahlah suasana dekat dalam restoran ni agak bising. Makin payah otaknya nak mencari idea.

"Okey, Taufik kau bukak telinga capang kau besar-besar. Kau dengar sini, aku nak kau berlakon nanti bila kawan aku sampai. Paling penting, jangan panggil aku Ris tapi Orkid! Kau faham tak? Ingat Taufik, kau jangan kantoikan aku! Biar pecah di perut jangan pecah di mulut! Kalau kau tak faham, aku ulang sekali lagi. Tolong berlakon depan kawan aku nanti. Ingat, jangan panggil aku Ris tapi Orkid!" fuh, senafas Marissa mengeluarkan arahan. Tercungap-cungap dia mencuri nafas.

Terpinga-pinga Taufik di situ. Apa benda si Marissa ni cuba cakap? Berlakon apa? Bila masa dia ada terima tawaran berlakon pula ni? Lagi satu, cameraman mana?

"Siapa ni?" Harraz yang baru tiba di meja, bertanya. Pelik, dia datang berdua je dengan Marissa tadi. Tiba-tiba ada manusia lain pula disini.
Takkan baru pergi tandas sekejap, Marissa dah cari peganti dia?

"Kenalkan, ini Taufik. Tunang saya. Eh, tunang kawan saya. Taufik, ini Harraz. Majikan tempat aku kerja." Tersasul pula Marissa tadi. Harraz pula dah membulatkan matanya mendengar perkataan tunang kepada si gadis itu. Nasib baik ianya palsu semata-mata.

Taufik menghulurkan tangan. Mereka berjabat tangan seketika sebelum Harraz kembali duduk di tempatnya. Taufik jegil mata kepada Marissa dan mulutnya seakan menggumam sesuatu.

"Ri... Orkid, aku pergi dululah. Kawan baik kau tu dah call aku. Aku minta diri dulu, Harraz. Maaflah kalau aku mengacau korang berdua dating." Terbelit lidah Taufik nak menyebut nama Orkid tadi. Dia kemudian bangun dan sekali lagi Harraz menjabat tangannya sambil tersenyum senang. Marissa dipandang sekilas. Mata dipincilkan meminta penjelasan. Dan ianya dibalas anggukkan laju daripada Marissa. Barangkali menyuruh Taufik cepat-cepat angkat kaki pergi dari sini.

"Aku ingat siapalah yang nak mengorat kau tadi." Harraz menyilangkan tangan. Wajah Marissa ditenungnya macam nak tembus ke dalam iris gadis itu.

"Pandai awak buat lawak. Dahlah, jom order. Saya dah kebulur ni." Marissa ketawa. Ketawa yang penuh kepura-puraan. Namun, hatinya sedikit lega selepas Taufik pergi meninggalkan mereka berdua. Kalau tak, memang terasa janggal sungguh. Dan yang lebih penting, Taufik dah bekerjasama dengan dia tadi. Walaupun nampak kekok lakonan lelaki itu, tapi tak kesahlah. Asalkan nama Marissa tak disebutnya. Lega!

•••

MARISSA menggelengkan kepalanya.
Terasa kelakar pun ada bila teringat kejadian tadi. Haihlah Taufik. Terima kasihlah menjadi penyelamat Marissa hari ini.

Kemudian, Marissa menghidupkan enjin keretanya. Jam dilihat. Pukul 5.45 petang. Amboi, lama betul dia mengimbas kejadian tengah hari tadi. 15 minit termenung dalam kereta tanpa buat apa-apa? Membazir masa sungguh! Tak menunggu lama, keretanya mula bergerak laju meninggalkan bangunan tinggi itu. Hala tujunya kini ke kubur Lisa. Dah seminggu dia tak melawat kawan baiknya itu. Jadi, Marissa buat keputusan untuk menziarahi kubur Lisa pada petang ini.

Setengah jam menempuh jem, akhirnya Marissa tiba di hadapan kawasan perkuburan. Selendang yang disangkut pada tempat duduk belakang, dicapai. Kemudian, dia membuka pintu kereta dan berjalan menuju ke kubur Lisa.

"Assalamualaikum, Lisa." Marissa memberi salam terlebih dahulu. Kemudian, dia bertinggung lalu batu nisan putih itu diusapnya.

Marissa mencabut rumput-rumput yang mula tumbuh di atas pusara Lisa. Tanah yang digambus itu ditenungnya. Sekejap sangat masa berlalu. Tahu-tahu saja, hampir dua bulan Lisa meninggalkannya. Rindu? Sudah semestinya. Malah, perasaan itu semakin hari semakin mengasak jiwanya.

"Lisa, kau tahu tak mama Harraz nak jumpa aku? Hmm, mula-mula tu aku terkejut juga. Tapi, bila fikir-fikirkan balik, inilah peluang aku untuk hancurkan hidup Harraz kan? Macam mana dia hancurkan hidup kau, macam itulah aku akan buat. Aku akan bela kematian kau, Lisa."

"Tapi kan Lisa, kenapa hati aku rasa bersalah bila aku terfikir nak buat dia macam tu? Bukan itu je, jiwa aku pun tak tenang. Seolah-olah macam ada benda yang menghalang aku. Ka...kau rasa aku dah jantuh cinta dekat Harraz ke, Lisa? Andaikata ya, kau marah aku tak Lisa sebab cintakan orang yang penah musnahkan hidup kau? Kau akan benci aku tak, Lisa?" Marissa menyambung bicaranya lagi. Seketika, dia menarik nafas dalam-dalam dan dihembuskan perlahan selepas meluahkan segala yang terbuku di hati.

Dinding jantungnya dijentik dengan rasa aneh. Setiap kali mulut menyebut nama Harraz, pasti akan ada rasa halus yang menjalar di setiap urat sarafnya.

"My heart beats only for you..."

Entah kenapa, angin yang lalu di halwa telinganya membawa ucapan itu dan terus menusuk ke dalam hatinya. Kata-kata yang pernah Harraz ungkapkan tempoh hari.

Mata dipejam rapat. Langit yang mulai mendung dipandang. Tanda-tanda hujan bakal menimpa bumi. Lantas, Marissa bangun dari bertinggung. Sebelum dia melangkah pergi, tangannya ditadah dan doa dibaca perlahan.

Setiap langkahnya dipandang. Walaupun kaki menghayun langkah, tapi mindanya jauh melayang ke tempat lain. Pintu kereta dibuka lalu tubuh menerobos masuk ke dalam.

"Wake up, Ris! Ini realiti, bukan mimpi." Marissa menampar perlahan pipinya. Entahlah, pelik betul dia akan dirinya. Kadang, rasa dendam itu menguasai diri. Ada ketika, ianya lenyap dimamah hati. Keliru.

Perlahan-lahan, Honda Jazz itu mula maju ke hadapan. Dari sisi cermin kereta, dapat dilihat seorang lelaki muda menghampiri kubur yang dilawati Marissa tadi.

"Assalamualaikum, adik... Abang datang ni..." ucap lelaki muda itu.

__________

Hello! masih ada ke yg nk baca cerita ni?
Ada yg nk double update? 😜

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now