BAB 47

3.3K 273 38
                                    

     PEJAM celik pejam celik, dah seminggu usia perkahwinan Marissa dan Harraz. Memang selama tujuh hari itu, hidup mereka tersangat bahagia. Harraz dengan usikan nakalnya, manakala Marissa pula masih malu-malu kucing.

Tapi makin lama, dia dah biasa dengan sikap Harraz yang kuat menyakat. Tak lekang senyuman di bibirnya. Lagi satu, Harraz juga tak putus-putus mengungkapkan kata-kata manis di telinganya.

Tipulah kalau Marissa kata dia tak cair. Perempuan mana je yang tak sukakan ayat-ayat romantis kan? Lebih-lebih lagi bila ayat tersebut meluncur keluar daripada bibir si suami.

Sungguh, baja cinta yang Harraz semai semakin memekar dengan jayanya. Daripada anak benih, kini sudah mula tumbuh pucuk cinta di setiap tangkai jantung Marissa. Semakin hari Harraz siram dengan bibit kasihnya, semakin mekar bunga cinta Marissa.

Tak ada ungkapan lain yang Marissa boleh tuturkan melainkan ucapan bahagia. Ya, dia tersangat bahagia di sisi suaminya, Harraz Daniel.

Marissa meletakkan semangkuk mee goreng di atas meja makan. Harini, Harraz request nak sarapan mee goreng. Jadi, awal pagi lagi Marissa dah berperang dekat dapur menyiapkan sarapan buat suami tercinta.

Sebelum mereka bertolak ke tempat kerja, Marissa akan pastikan Harraz mengambil sarapan terlebih dahulu. Dan yang paling penting, suaminya makan air tangan dia! Itulah rutin Marissa setiap pagi. Dah makan, baru boleh pergi kerja.

"Good morning, sayang..." sapa Harraz tatkala melangkah mendekati Marissa yang sedang sibuk menuang air ke dalam cawan. Pipi isterinya dicium sekilas.

"Good morning, abang..." Tubuh Harraz dipeluk. Yup, rutin mereka tiap hari. Bangun pagi, Harraz akan mencium pipi Marissa. Manakala Marissa pula, dia akan memeluk tubuh Harraz. Itulah peraturan mereka sebagai suami isteri. Kata Harraz, cara ni pun boleh eratkan hubungan mereka sebagai pasangan. Marissa ikut aje. Lagi pun, dia suka dengan cara suaminya ini.

"Lah... Ni kenapa tak pakai lagi tali leher? Ris ingat abang dah siap dekat atas tadi." Marissa menggeleng. Kolar kemeja suaminya dibetulkan.

"Nak sayang pakaikan..."

"Kenapa tak pakai sendiri?" Mata dipincilkan memandang si suami yang tersengih.

"Entah. Harini abang tiba-tiba lupa pula cara nak pakai tali leher ni," ujar Harraz seraya angkat bahu.

Ceh, ini bukan lupa. Tapi sengaja nak mengada dengan Marissa kan?

"Ni bukan lupa. Tapi mengada-mengada." Tali leher yang dihulur oleh Harraz pantas diambil. Jelingan manja dihadiahkan buat si suami.

Kaki dijengketkan sedikit bagi memudahkan dia untuk meletakkan tali leher itu di leher suaminya. Manakala Harraz pula, dia menarik pinggang Marissa merapati badannya. Wajah si isteri yang sedang fokus memakaikan dia tali leher ditenung dalam.

"Okey, done!" Marissa kemaskan kolar kemeja Harraz. Dah siap, dia menepuk-nepuk bahu si suami. Saat itu, barulah Marissa perasan Harraz sedang merenung dia. Mata helang itu menikam lama irisnya.

"Kenapa abang? Ada benda tak kena ke kat muka Ris?" Marissa sentuh pipinya.

"Taklah, sayang..." Geleng Harraz.

"Then, kenapa abang tenung muka Ris?" soalnya lagi. Marissa senyum sambil mencuit dagu Harraz.

"Because I see an angel standing in front of me."

Dan berterbanganlah rama-rama di dalam perut Marissa. Pipi putihnya dah bertukar kemerahan. Ada senyuman lebar terlakar di bibir.

"Pagi-pagi lagi dah pandai bermanis mulut eh? Suami siapa ni?" Kedua telapak tangan Marissa dilekapkan di dada sasa Harraz. Di ruang makan itu, mereka saling menatap anak mata masing-masing. Mulut tidak berbicara kerana hati sudah terlebih dahulu meluahkan rasa.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now