BAB 32

3.9K 289 8
                                    

     TERKOCOH-KOCOH Harraz mengatur langkah menuju ke arah Aini yang sedang menunggunya. Baru tadi Aini call dan mengajak dia untuk berjumpa lewat malam begini. Mata tertancap pada seorang wanita dan seorang lelaki yang sedang berdiri di luar kereta. Pantas saja Harraz menghampiri dan menegur mereka.

"Aini, sorry aku lambat sikit," sapa Harraz lalu menyentakkan dua orang manusia itu. Berkerut kening dia apabila mata bertembung pandang dengan Taufik. Ini lelaki yang Marissa perkenalkan kepadanya tempoh hari.

"Taufik, tunang aku," jelas Aini seraya mengerling tunangnya dari ekor mata. Harraz angguk kecil dan mereka berjabat tangan sebagai salam perkenalan sekali lagi.

"Marissa mana?" tidak menunggu lama, soalan itu diajukan. Kut-kut wanita itu turut ikut sekali.

"Biy, ayang borak dengan Harraz sekejap eh?" soalan Harraz dibiarkan tidak berjawab dahulu. Tunangnya dipandang. Taufik hanya mengangguk kecil dan membiarkan Aini dan Harraz yang berlalu menjauhi dia.

"Marissa ada di rumah. Aku intai bilik dia tadi dah gelap. Tidur dah tu kut. Itu yang aku keluar cepat-cepat ni sebab nak jumpa kau," ujar Aini perlahan. Bibirnya melepaskan nafas berat. Macam mana dia nak mulakan cerita pada Harraz ni? 

Harraz mengangguk faham. Wajah Aini yang kelihatan kusut itu diperhatikan.

"Kau ada nak cakap apa-apa ke, Aini?" soal Harraz apabila sepi mengambil tempat beberapa saat.

"Marissa, dia dah tahu bukan kau teman lelaki arwah Lisa." Aini berkata tanpa berselindung lagi. Dia berpeluk tubuh sambil mata melontarkan pandangan ke arah jalan raya.

"Macam mana dia tahu?" Harraz kembali menyoal. Resah nadanya. Reaksinya usah dikata. Terkejut bukan kepalang lagi. Dia tak sangka pula Marissa akan tahu tentang hal itu.

"Iqbal, penyiasat upahan dia. Budak tu dah selidik keluarga kau, Harraz. Sekarang ni Ris dah tahu yang teman lelaki Lisa ialah Damian, abang kau." Kepala digelengkan lagi. Rumit betul kepalanya tika ini. Sesak untuk dia berfikir akan hal tersebut.

"Ris taknak teruskan rancangan dia untuk berkahwin dengan kau," sambung Aini lagi lantas membuatkan Harraz laju memalingkan wajahnya menghadap wanita itu. Hatinya kembali tidak tenang. Tak, Harraz taknak kehilangan Marissa lagi.

Sejujurnya, Harraz dah tahu lama rancangan Marissa untuk membalas dendam kepadanya. Demi Tuhan, walaupun niat gadis itu kembali semula ke dalam hidupnya hanya kerana dendam, namun Harraz tak kesah langsung!

Setelah bertahun dia berpisah dengan Marissa dulu, akhirnya pertemuan mereka adalah sebagai musuh buat wanita itu. Tapi tidak bagi Harraz. Pertemuan tiga bulan lepas adalah anugerah yang terindah buat dirinya biarpun Harraz hanya mengagak ianya cuma sementara saja.

Punca Marissa hilang ingatan akibat kemalangan dulu membuatkan Harraz tidak berani untuk mendekati Marissa. Biarpun hanya dari jauh dia merindui wanita itu, namun itu sudah cukup buat Harraz.

Dan peluangnya terbentang luas apabila Damian melarikan diri ke luar negara kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan kehamilan arwah Lisa. Ya, dan di situlah titik permulaan Marissa Jasmine hadir kembali dalam hidup Harraz Daniel.

"Aini, aku taknak hilang Ris buat sekian kali. Tolonglah pujuk Ris supaya teruskan saja rancangan dia tu! Aku tak kesah kalau dia berpura-pura pun, asalkan dia tak lari jauh daripada aku lagi," ujar Harraz sedikit merayu.

Cukuplah dia kehilangan Marissa dulu. Harraz taknak perkara yang sama berulang lagi. Sakit. Sakit dan terseksa menahan rindu buat orang yang sudah berjauhan daripada kita.

Aini menggeleng kecil. Tubuh dipusingkan menghadap Harraz. Satu demi satu keluhan berat dilepaskan.

"Kau tau Ris tu degil kan? Bukan aku tak cuba pujuk, tapi Marissa tetap dengan keputusan dia. Cakap dia saja kita kena dengar. Aku...aku pun tak taulah nak nasihat macam mana lagi buah hati kau tu," rungut Aini lalu menjeling Harraz dari ekor mata.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now