BAB 50

4.7K 308 26
                                    

"SAYANG!"

Tanpa amaran, tubuh Shafqi yang tidak berbaju itu dipeluk erat. Shafqi mengeras di depan pintu. Giginya diketap. Mampus! Bala dah datang!

"You buat apa dekat rumah I ni, Wafa?" Perlahan tubuh gadis yang bernama Wafa itu ditolak.

Wafa. Teman wanita dia suatu ketika dulu. Perempuan yang dia suka selain Marissa. Bezanya, Wafa ini cuma dianggap sebagai teman wanita untuk dia lepaskan bosan saja. Manakala Marissa pula, wanita yang ingin dia miliki dan hidup semati dengannya.

Kehadiran Wafa petang ini betul-betul mengejutkan Shafqi. Setelah hampir dua bulan wanita itu berhijrah ke Perancis dek tuntutan kerja pemodelannya, harini Wafa tiba-tiba muncul dengan gaya baru. Sememangnya wanita itu kelihatan lebih cantik dari sebelum ini.

Tubuhnya yang langsing, kulit pula putih melepak. Dengan ketinggian wanita itu, menampakkan Wafa memang seorang perempuan yang menjaga imejnya. Patutlah beria benar syarikat pemodelan termuka di Perancis itu mahu mengambil Wafa sebagai salah seorang model pakaian ternama di sana.

"Sayang! Kut ya pun jemputlah I masuk dulu! Tak naklah borak dekat depan rumah," rengek Wafa lalu jarinya dimainkan di dada Shafqi yang terdedah. Rindunya dia terhadap lelaki itu. Setelah hampir dua bulan dia pulang semula ke Malaysia, baru tika ini Wafa sempat bertemu dengan si kekasih.

Dengan selamba, Wafa menapak selangkah memijak lantai rumah Shafqi. Namun, langkahnya terbantut saat Shafqi dengan laju menghalang jalannya.

"Sayang... I nak masuk..." Bibir dah memuncung.

"Wafa, kita bercakap dekat sini ajelah. Tak manislah you masuk. I ni lelaki, you tu perempuan. Nanti apa kata jiran-jiran dekat sini? Tak malu?" Shafqi menggeleng. Tangannya diluruskan bagi menghalang Wafa dari terus melangkah masuk.

"Oh my God sayang! Since when you berubah jadi alim ni? Baru dua bulan I tak ada dekat Malaysia ni. Tahu-tahu you dah berubah sedrastik ni? So funny!" Wafa meledakkan tawanya. Lengan Shafqi ditolak. Menonong dia masuk tanpa mempedulikan jelingan tajam daripada Shafqi.

Lenggang-lenggok Wafa berjalan menuju ke arah sofa. Dah duduk, dia silangkan pula kaki putihnya. Skirt yang terbelah menampakkan betis mulusnya. Sengaja dia tayang. Dia mahu menggoda Shafqi malam ini.

Shafqi tutup daun pintu sedikit kuat. Dengusan kasarnya meluncur keluar. Wafa dihampiri. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah gadis itu.

"You buat apa dekat sini?" Soalan yang masih belum dijawab oleh Wafa, kembali disoal laju. Keningnya berkerut memandang bibir yang tak putus-putus dengan senyuman itu. Entah apalah yang Wafa suka sangat, Shafqi sendiri tak pasti.

"I rindu you lah, sayang! Don't you miss me?" Lengan Shafqi dipaut erat. Kepalanya dilentokkan di bahu lelaki itu. Hidungnya menusuk dengan aroma minyak wangi yang melekat di leher Shafqi.

Decitan dilepaskan oleh Shafqi. Dia tak selesa Wafa memegangnya. Kepala dah mula pening dengan bau minyak wangi daripada wanita itu. Kuat sungguh baunya. Kalau duduk semeter pun, agaknya bau itu masih boleh mencucuk rongga hidungnya. Tanpa isyarat, Shafqi terbersin. Dia menenyeh hidungnya.

"Kenapa ni sayang? You sakit ke?" Risau Wafa menyoal. Tapak tangan melekap pada dahi Shafqi. Tak panas.

"You boleh tepi sikit tak, Wafa? I tak tahanlah dengan bau perfume you ni. Sakit hidung I," rungut Shafqi tanpa memikirkan perasaan Wafa. Lantaklah kalau wanita itu nak terasa hati sekalipun. Biar dia keluar dari rumah Shafqi ni. Rimas! Sesak!

"Shafqi! Since when you pandai cakap macam ni dekat I? Oh my god! You memang dah totally berubah! Ini bukan Shafqi yang I kenal! Damn!" Wafa mengamuk. Sakit pula hatinya mendengar bicara lelaki itu tadi.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now