BAB 34

3.9K 288 19
                                    

     KEHENINGAN pada malam itu benar-benar menenangkan jiwa Marissa yang sedang duduk di luar rumah. Kakinya disilangkan sambil mata terkatup rapat menikmati angin malam yang sejuk. Tenang dan damai saja.

Mata dibuka seraya kepala mendongak memandang langit pekat yang dibanjiri dengan ribuan bintang yang berkelip indah malam itu. Kemudian, kedua-dua belah tapak tangan digosok bagi mendapatkan kehangatan yang telah digantikan dengan kesejukan suasana malam.

Iris dijatuhkan memandang telefon pintar yang berada di tangan. Terbit satu senyuman usai saja dia membuka gallery. Gambar selfienya bersama Harraz ketika berada di Teluk Cempedak itu ditenung lama. Entah mengapa, hati mula berlagu rindu.

Serta merta, mindanya menerawang pada waktu mula-mula dia bekerja sebagai pembantu peribadi lelaki itu.

•••

     PANGGILAN daripada interkom itu pantas Marissa jawab. Pen yang dipegang lekas dibawa ke bibirnya sambil panggilan itu dibawa ke telinga.

"Yes, Encik Harraz?" panggil Marissa acuh tak acuh. Bebola matanya menjuling ke atas apabila koklea menerima arahan daripada Harraz yang menyuruhnya untuk masuk ke dalam bilik pejabat lelaki itu.

Butang interkom dimatikan. Dengusan kasar mula meluncur keluar daripada bibirnya. Tangan disilangkan ke dada dengan muka berkerut seribu.

"Masuk bilik aku sekarang. Aku ada benda nak suruh kau buat." Marissa mengejek semula arahan Harraz tadi. Bibir dicebik menyampah.

"Kalau tak kerana misi aku ni, tak hingin aku nak jejakkan kaki dekat ofis ni! Apatah lagi nak masuk dalam bilik pejabat dia tu!" gerutu Marissa kegeraman. Namun, tangannya laju mencapai iPad di atas meja. Dengan langkah yang berat, Marissa menapak ke dalam bilik Harraz.

Tok! Tok!

Ketukan diberi pada daun pintu sebelum Marissa melangkah masuk. Bibir dipaksa untuk mengukirkan senyuman walaupun hipokrit. Ah, lantaklah! Daripada dia tayang muka masam, lebih baik dia senyum meskipun tak ikhlas.

"Ya, Encik Harraz. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Marissa lemah lembut. Baldi ada baldi? Dia rasa nak termuntah dengan lakonannya itu.

Harraz panggung kepala. Keningnya terangkat melihat Marissa yang sedang berdiri di hadapannya.

"Masa kau masuk tadi, pintu dah ketuk?" mendatar nada Harraz menyoal. Tubuh disandarkan pada kerusi. Pen hitam itu dipusingkan di antara jari-jemarinya.

"Dah," balas Marissa sepatah.

"Aku tak dengar pun?" senyuman sinis diukir. Sengaja dia mahu menyakat wanita itu.

"Pekak!" tanpa Marissa sedar, dia sudah terlepas cakap. Dengan pantas, mulutnya dikemam rapat.

"Excuse me, ulang balik apa yang kau cakap tadi? Aku kurang jelas," pinta Harraz menyuruh Marissa mengulang kembali ayatnya tadi.

"Cakap apa?" Marissa pura-pura tidak mengerti. Mata melilau memerhati sekeliling pejabat Harraz. Lebih baik dia pandang ke tempat lain daripada menatap muka si singa lapar itu.

"Cakaplah apa yang kau kutuk aku tadi tu," sekali lagi, Harraz mengarah semula. Daripada duduk, kini dia sudah berdiri. Lengan kemejanya dilipat kemas hingga ke siku. Setapak demi setapak dia mendekati Marissa. Dan kakinya berhenti pada bucu meja kerjanya. Mata pula menikam lembut wajah Marissa.

"Bila...bila masa pula saya kutuk Encik Harraz? Saya tanya, ada apa-apa yang Encik Harraz perlukan? Itu aje. Mana ada saya kutuk apa-apa pun," nafi Marissa bersungguh-sungguh. Mampuslah dia kalau Harraz terdengar kutukannya tadi. Tak pasal-pasal, hari pertama bekerja dah kena pecat. Semuanya gara-gara mulut lasernya itu.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now